Pages

Friday, August 2, 2013

Resepi Nasi Goreng Kampung



Moh kite masak!

Bahan Bahan:

1 pot beras
Segenggam ikan bilis (digoreng rangup)
10 ekor ikan bilis (ditumbuk agak halus)
1 kiub pati ikan bilis
10 batang kangkung (diambil bahagian lembut sahaja)
1 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
5 biji cili api (dipecahkan - guna belakang pisau)
Minyak masak/ zaitun
Garam secukup rasa

Cara cara:

1) Masak beras sehingga menjadi nasi.
2) Panaskan minyak di dalam kuali.
3) Tumis bawang putih dan bawang merah.
4) Masukkan cili api.
5) Masukkan ikan bilis yang ditumbuk serta pati ikan bilis dan garam secukup rasa.
6) Masukkan kangkung dan tunggu sehingga ia agak layu.
7) Masukkan nasi dan ratakan.
8) Masukkan ikan bilis goreng dan ratakan.
9) Siap.

Nota:

1) Boleh ditambah udang, sotong, daging dan ayam.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Sotong Masak Pedas



Moh Kite masak!

Bahan Bahan:

1/2 kg sotong (dipotong/ dihiris bulat)
10 tangkai cili kering (direbus & dikisar)
1 biji bawang merah (dihiris)
1 biji bawang besar (dipotong/dihiris bulat)
3 ulas bawang putih (dihiris)
sedikit minyak masak/ zaitun
1 keping asam keping (gelugor)
garam secukup rasa

Cara cara:

1) Panaskan minyak di dalam kuali.
2) Tumis bawang putih dan bawang merah.
3) Tumis cili kisar sehingga naik minyak, masukkan garam dan asam keping.
4) Masukkan sotong dan tunggu sehingga air sotong kering.
5) Masukkan bawang besar dan tunggu sehingga ia agak layu.
6) Padamkan api dan hidang.

Nota:

1) Boleh ditambah cili merah yang dihiris atau dibelah 3 atau 4 sebagai penambah selera atau sebagai hiasan.
2) Lebih sedap kalau dimakan dengan nasi putih.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama