Pages

Sunday, March 11, 2018

Resepi Jelawat Masak Tempoyak



Moh kite masak!

Bahan bahan

1 ekor ikan jelawat
2 batang serai diketuk
10 biji cili api
10 sudu tempoyak
sedikit garam
5 cawan air
15 helai daun kesom

Cara cara

Siang ikan jelawat dan bersihkan. Kelar rapat rapat supaya tulang tulang kecil yang bercabang putus. Seolaknya ikan ditarik dibahagian ekor dan kepala sebelum dikelar.

Lumurkan tempoyak bersama ikan.

Tumbuk cili api bersama garam (secukup rasa)

Masukkan ikan, cili api, serai, baki tempoyak, air dan daun kesom ke dalam periuk. Pasang api dan masak. Tunggu sehingga kuah agak pekat dan tutup api.

Nota: 
Ikan jelawat boleh didapati di Pasar Karat Shah Alam pada hari Ahad. Gerai ini juga menjual ikan patin sungai pahang dan tempoyak yang telah dicampur cili. Ia terletak bersebelahan dengan gerai menjual daging kambing berhampiran jalan besar di bawah Stadium.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

MAKAN MAKAN: Restoran KITAGI Kambing Bakar






Lokasi: Taman Nakhoda Yusoff, Klang. (Berhampiran Kampung Jawa, KISAS & Masjid Sultan Sulaiman)

Makanan: Menu utama adalah yang berasaskan kambing. Ada kambing bakar, sup kambing, tortilla kambing nasi goreng kambing dan lain lain. Ada juga spaghetti carbonara, mee bandung Muar, kentang goreng, cendawan goreng, ayam penyet dan sebagainya.

Minuman: Selain minuman biasa  juga minuman yang agak berlainan dari kebiasaan seperti air jagung float, manggo 'pio' dan dragon fruit 'pio'.

Komen: Komen adalah berdasarkan apa yang telah dimakan dan diminum serta mengikut citarasa saya.

Air manggo 'pio' sedap kerana terasa serat serat mangga ketika menyedutnya di tambah pula dengan mangga yang dipotong kecil kecil diletak bersama. Air jagung float juga sedap tetapi kurang sejuk. Jika lebih sejuk pastinya lebih mantap.



Lamb Grill Yagi'Kusyhiyaki. Ia adalah hidangan kambing bakar dengan lebih daging kambing bersama kentang goreng cheese, kacang panggang, broccoli, sos lada hitam dan juga sambal kicap. Kambing bakar memang sedap. Antara yang terbaik perapannya sehinggakan jika tidak ada sos lada hitam dan sambal kicap pun tidak mengapa. Sos lada hitamnya pun sedap cuma saya agak janggal dengan sambal kicap untuk makanan ala barat (western).


Spaghetti Carbonara Seafood. Rasanya agak sedap. Cuma, tambahan telur (atau mungkin telur putih sahaja) menjadikan rasa carbonara itu kurang menonjol. Selainnya, memuaskan.

Saya merasakan perlu kembali lagi ke restoran ini untuk mencuba hidangan hidangan lain pula.

Daging kambing perapan juga ada dijual atau boleh didapati daripada stokis stokis yang disenaraikan.





Thursday, March 8, 2018

KENALI: Cucur Jawa


Ini adalah salah satu makanan yang unik. Pada saya ianya unik sebab saya tidak pernah tahu kewujudannya sehinggalah beristerikan orang Pokok Sena, Kedah. Lagi satu sebab ianya unik adalah ianya hanya menjadi bila dibuat oleh ibu mertuaku. Namanya di Kedah pastinya lain. Ia dikenali dengan nama Coq Jawa.

Rasanya manis dan agak liat tetapi memang sedap. Cuma ia menyerap minyak agak kuat dan menjadikannya agak berminyak.

Pernah terjumpa dan terbeli di Bukit Naga, Klang tetapi warnanya putih tidak seperti pada gambar. Mungkin disebabkan penggunaan gula perang dan gula putih yang menjadikan warna berlainan. Rasanya lebih kurang sama tetapi yang tidak dibeli pastinya lebih sedap. Masakan ibu pulak tu.

Rupanya di Kelantan, mereka memanggilnya dengan nama lain yakni Kuih Topi. Kalau dilihat betul juga bentuknya seakan akan topi.

Saya masih belum mendapatkan resipi ini sehingga hari ini. Mungkin di suatu masa akan mencuba sendiri dan akan dikongsikan. InsyaAllah.

MAKAN MAKAN: Warung D'Salai











Lokasi: Kampung Tengah Puchong (berhampiran Putra Height & USJ)

Makanan: berasaskan lauk yang telah disalai dan di masak lemak. Ada keli salai, itik salai, ayam salai, daging salai dan tilapia salai. Ada juga ulam ulaman, patin tempoyak, pucuk ubi tempoyak, ikan masin, bubur, laksa dan laksa sarang.

Komen: Memang mantap terutama kepada mereka yang sukakan masak lemak cili api dan masakan pedas. Pucuk ubi tempoyak yang juga dimasak bersama petai menambahkan lagi selera. Asam yang digunakan pula adalah belimbing buluh. Ia menjadikan masak lemak cili api semakin sedap. Belimbing buluh di dalam masakan itu juga sedap dimakan bersama dengan lauk pauk dan nasi.

Kebanyakan makanan agak pedas. Jadi, untuk kanak kanak mungkin pilihannya agak terhad. Pastikan datang awal kerana kedainya agak kecil untuk menampung jumlah pelanggan yang banyak.

Resepi Taco



Moh kite buat!

Bahan bahan

Minyak Zaitun
Daging cincang/ ayam cincang/ kambing cincang
bawang putih (ditumbuk halus)
halia (ditumbuk halus)
Bawang besar holland (potong kiub kecil kecil)
lobak merah (potong dadu kecil kecil)
cendawan butang (potong nipis)
lada capsicum (potong dadu)
sos lada hitam
mozarella cheese
garam
gula
serbuk lada hitam
spice italian herbs

Cara cara

Panaskan minyak zaitun.

Masukkan daging cincang, bawang putih dan halia yg ditumbuk halus.

Goreng sehingga daging masak,
Masukkan bawang besar holland yg dipotong kiub kecil2 dan goreng bersama daging sehingga mesra.

Letak garam, gula, serbuk lada hitam dan spice italian herbs jika ada.Kacau hingga mesra dan rasa.

Masukkan carrot potong dadu kecil, cendawan butang potong nipis dan lada capsicum potong dadu.

Kacau sehingga mesra.

Tambah sos lada hitam mengikut rasa yg suka.

Kacau sehingga masak dan kering sedikit.

Rasa semula utk tambah garam atau lada hitam.

Untuk inti melekat dengan kulit,
letak mozarella cheese dan bakar balik lepas masukkan inti.

Nota: sedap dimakan ketika masih panas/ suam.

Resipi kredit kepada Saudara Nz Bpk


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Bawal Emas Stim Air Asam



Moh Kite masak!

Bahan bahan
2 ekor ikan bawal emas saiz sederhana
1.5 sudu asam jawa
3 batang serai dihiris halus
1 biji bawang besar dihiris
5 biji cili qpi
1 sudu teh garam
1 biji mempelam muda dihiris halus
1 cawan air

Cara cara
Bersihkan ikan dan buat satu kelaran di tengahnya.

Masukkan ikan ke dalam periuk besar.

Lumur ikan dengan asam jawa dan garam.

Masukkan bawang, serai dan air.

Masak dan tutup periuk. Untuk kesan lebih baik, letakkan lesung batu di atas penutup. Biarkan seketika sehingga mendidih kemudian buka penutup dan alihkan ikan. Tutup kembali seperti tadi.

Buka penutup dan masukkan mempelam yg telah dihiris. Biarkan seketika jangan terlalu lama. 

Tutup api dan hidang.

Nota:
Boleh juga tambah tomato bersama mempelam.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Ayam Goreng Telur Masin


Moh kite masak!

Bahan bahan

1 inci halia dirincik halus
3 ulas bawang putih dirincik halus
3 biji cili api potong kecil kecil
3 tangkai daun kari
2 sudu mentega
1 sudu minyak zaitun
1 sudu minyak masak
3 biji telur masin
1/4 Ayam dipotong kecil/ Isi ayam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng ayam

Cara cara

Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam sehingga masak. Keluarkan dan sediakan periuk lain atau alih minyak gorengan.

Rebus telur masin sehingga masak. Ambil kuningnya sahaja dan lenyek sehingga halus.

Panaskan mentega, minyak zaitun dan minyak masak. 

Masukkan telur masin yg telah dilenyek sehingga berbuih dan masukkan bawang putih, daun kari, halia serta cili api. Biar seketika sehingga naik bau.

Masukkan ayam goreng dan gaul rata.

Tutup api dan hidang.

NOTA: enak juga dimakan begitu saja.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama