Pages

Wednesday, May 23, 2018

Resepi kuih Cucur jawa



Ini adalah resepi (resep) kuih (kue) kepakaran ibu mertua saya. Masih belum ada lagi anak-anak mahupun cucu-cucu yang mampu menghasilkan cucur jawa yang setanding. Resepinya nampak mudah tetapi untuk menghasilkan rupa sebegitu agak susah. Apa pun rupa hasil terakhir ia masih boleh dimakan. Cuma, untuk kepuasan pastinya hendak mendapatkan rupa yang terbaik. Saya telah mencuba beberapa kali dengan berbagai percubaan dan itulah hasil terbaik saya setakat ini.

Kuih juga dikenali sebagai penganan. Ia sesuai dibuat kudap atau kudapan.

Moh kite buat!

Untuk panduan memasak resepi ini, klik video di bawah.


Bahan bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras (elakkan yang campuran)
2/3 cawan gula pasir
1 sudu gula merah
1 cawan air
1 cawan minyak masak

Cara cara

Masukkan tepung gandum, tepung beras, gula dan gula merah ke dalam satu bekas. gaul rata dengan tangan.

Masukkan 3/4 cawan air dan gaul rata kesemuanya.

Biarkan seketika kira kira 1/2 jam untuk gula mencair (melengas)

Masukkan baki 1/4 air dan gaul rata.

Biarkan adunan sebati selama 3-4 jam.

Panaskan minyak dalam kuali. Bila sudah panas perlahankan api.

Guna senduk untuk menceduk dan menuang adunan ke dalam kuali.Tuang pada satu tempat sahaja iaitu di tengah-tengah kuali. Ia akan merebak sendiri.

Selepas beberapa ketika setelah adunan mula timbul, alihkan/ terbalikkan. Jika kedua-dua sudah berwarna agak perang, bolehlah diangkat.

Pastikan tuangan tidak terlalu banyak atau terlalu sedikit. Jika terlalu banyak, ia akan menjadi "tembam" dan kelihatan tidak menarik tetapi masih boleh dimakan.

Kalau "tembam", kurangkan kuantiti tuangan seterusnya sehinggalah mendapat hasil yang diinginkan dan gunakanlah ia sebagai penanda aras untuk semua tuangan.

Nota:

1) Api kecil membantu membentuk lebih cantik.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Monday, May 21, 2018

Resepi Udang galah masak lemak cili api


Resepi (resep) udang galah masak lemak cili api (cabe rawit) yang mudah dan ringkas.

Moh kite masak!

Bahan bahan

1/2 kg udang galah
15 biji belimbing buluh
7 biji cili api
1 inci kunyit hidup
santan pekat 1 biji kelapa
2 gelas air
1 helai daun kunyit
garam secukup rasa.

Cara cara

Bersihkan udang dan toskan. Masukkan ke dalam periuk.

Buang pangkal belimbing buluh dan belah setiap satu belimbing buluh menjadi dua. Masukkan ke dalam periuk.

Masukkan santan, air, cili api, kumyit dan garam ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Masukkan hasil kisaran ke dalam periuk dan gaul rata.

Pasang api dan kacau selalu agar santan tidak pecah lemak. Tunggu sehingga semua belimbing buluh layu dan udang bertukar ke warna jingga.

Hiris daun kunyit halus-halus dan masukkan ke dalam periuk. Gaul rata dan tutup api.

Sedia dihidang.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Kerabu jantung pisang



Resepi (resep) kerabu jantung pisang yang sangat enak dan menyelerakan. Kena pula dengan nasi panas. Memang makan tak sedar apa.

Moh kite masak!

Bahan bahan 

1 biji jantung pisang
1biji bawang besar
5 biji cili api
3 keping asam keping
1/2 biji kelapa santan pekat
1 cawan air

Cara cara

Buang bahagian kulit yang keras pada jantung pisang. Ambil yang lembut sahaja.

Potong kecil kecil dan basuh jantung pisang itu.

Rebus sehingga jantung lembut, toskan dan bubuh ke dalam mangkuk.

Hiris bawang besar nipis-nipis dan masukkan ke dalam mangkuk.

Potong cii api kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk.

Masukkan santan, air , garam dan asam keping ke dalam periuk. Buka api dan kacau selalu sehingga mendidih sebelum menutup api.

Masukkan santan tadi tanpa asam keping ke dalam mangkuk dan gaul rata kesemuanya. Asam keping itu tidak perlu dimasukkan sekali.

Hidangkan.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Sunday, May 20, 2018

Resepi Kerabu kulit tembikai


Tembikai memang sedap dimakan terutamanya apabila ia sejuk setelah diletak di dalam peti sejuk. Ianya juga enak dibuat jus dan dibuat ulam makan bersama nasi. Ramai yang tidak mengetahui kulit tembikai juga boleh dimakan dan dimasak.

Moh kite buat!

Bahan bahan

Isi sebelah dalam kulit tembikai (bahagian dekat dengan isi)
1 biji bawang merah
3 biji cili padi
1 biji limau nipis (perah ambil airnya)
Secubit belacan
Secubit garam

Cara cara

Korek isi dlm kulit tembikai dengan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam mangkuk.

Hiris bawang merah kecil dah cili padi.

Masukkan bawang dan cil ke dalam mangkuk.

Masukkan belacan, garam dan jus limau nipis. Gaul sebati.

Siap untuk dimakan.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Kari kepala ikan



Kepala ikan memang sedap jika dimasak kari. Biasanya kepala ikan yang besar menjadi pilihan kerana apabila sudah masak, lemak-lemak ikan disitu banyak dan sedap dihisap. Terdapat pelbagai jenis ikan yang kepalanya sedap dibuat masakan kari. Antaranya ialah ikan merah, ikan jenahak dan ikan kerapu. Resepi (resep)

Moh kite masak!

Bahan bahan  

Sebelah kepala ikan merah (saiz besar)
1.5 peket serbuk kari ikan (bubuk kari)
0.5 biji santan pekat
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 inci halia
1 kuntum bunga lawang
7 biji bendi
1 tangkai daun kari
3 cawan air
minyak masak


Cara cara

Bersihkan kepala ikan.

Hiris bawang putih dan bawang merah halus-halus.

Potong halia kecil-kecil dan nipis-nipis.

Bancuh serbuk kari dangan sedikit air.

Potong serong bendi kira kira 2 inci.

Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.

Masukkan bancuhan serbuk kari dan bunga lawang. Tumis sehingga pekat dan naik minyak.

Masukkan halia dan daun kari. Gaul rata sehingga sebati.

Masukkan air, santan pekat dan bendi. Kacau kerap agar lemak santan tidak pecah sehingga mendidih.

Masukkan ikan dan teruskan mengacau. Biar seketika sebelum mengallih/ terbalikkan ikan. Hati hati agar ikan tidak pecah.

Teruskan mengacau sehingga ikan masakdan kuah menjadi pekat.

Tutup api dan hidangkan.


Nota:

1) Sedap dimakan bersama kerabu. Contohnya kerabu salom.

2) Jika gemar masakan kari yang lebih lemak, lebihkan santan.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Laksa Johor


Laksa Johor menggunakan spaghetti sebagai mi. Kuahnya pekat ditambah dengan sayur sayuran menjadikan ianya makanan yang pelbagai dalam satu hidangan. Ditambah pula dengan sambal belacan, pastinya menambahkan kesedapan kuahnya dan laksa Johor secara keseluruhannya,

Moh kite buat!

Bahan bahan kuah

1 kg ikan sardin
21 tangkai cili kering
7 keping asam keping
3 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 peket serbuk kari ikan
1/2 kg santan pekat
Garam secukup rasa
Air untuk merebus ikan

Bahan bahan untuk mi

1 bungkus spaghetti
2 sudu minyak zaitun
air


Bahan bahan rampai

15 helai daun kesom/ daun selasih
1 kuntum bunga kantan
1 biji bawang besar
1 biji timun
2 batang kacang panjang

Bahan bahan sambal belacan

Sedikit belacan
7 biji cili api (cabe rawit)
1/2 sudu teh pes asam jawa
sedikit garam


Cara cara menyediakan kuah

Ikan sardin dibersihkan dan direbus bersama asam keping sehingga isi ikan tertanggal dari tulang.

Asingkan isi ikan dan air rebusan dengan menggunakan penapis dan sejukkan kedua-duanya.

Potong cili kering pendek-pendek, buang bijinya dan basuh. Rebus sehingga mendidih. Toskan dan masukkan ke dalam pengisar.

Buang kulit halia, lengkuas dan bawang besar. Potong kecil-kecil untuk memudahkan kerja mengisar.Masukkan ke dalam pengisar.

Ambil kira kira 3-4 inci serai dati akarnya/ pangkalanya dan buang daunnya. Potong pendek pendek dan basuh. Masukkan ke dalam pengisar.

Masukkan santan dan serbuk kari ikan ke dalam pengisar.

Kisar semua bahan hingga halus. Jika terlalu padat, tambah sedikit air. Bubuh ke dalam periuk besar.

Pisahkan isi ikan dari tulang. Ramas agar dapat mengasingkan tulang-tulang kecil daripada isi ikan. Kisar isi ikan yang telah diasingkan tulang dengan air rebusan berserta asam keping yang direbus bersama-sama tadi. Kisar sehingga halus dan masukkan ke dalam periuk.

Kisar tulang tulang ikan bersama air rebusan sehingga halus. Gunakan penapis ketika menuang ke dalam periuk.

Ulang jika baki tulang atas penapis masih likat. 

Jika ada baki air rebusan ikan, masukkan juga ke dalam periuk.

Letakkan garam secukup rasa dan nyalakan api. Kacau sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat.

Rasa masakan jika perlu. Kalau kurang masin, tambah garam.

Tutup api.


Cara cara menyediakan spaghetti

Celur spaghetti bersama air dan 2 sudu minyak zaitun sehingga lembut

Tuutp api dan toskan menggunakan penapis.


Cara cara menyediakan rampai

Hiris bawang besar, daun kesom dan halus-halus/ kecil-kecil.

Potong kacang panjang pendek-pendek.

Buang kulit timun dan potong secara nipis secara membulat untuk kelihatan seperti bawang. Boleh juga dpotong halus-halus dan kecil-kecil.


Cara cara menyediakan sambal belacan

Bersihkan cili api, buangkan tangkainya dan masukkan ke dalam lesung batu.

Masukkan garam dan tumbuk/ gesek sehingga agak halus dan biji semuanya tergesek.

Masukkan belacan dan tumbuk/ gesek lagi.

Masukkan asam jawa dan tumbuk/ gesek rata.


Cara cara menyediakan hidangan

Masukkan spaghetti ke dalam pinggan/ mangkuk.

Tuangkan kuah ke dalam pinggan/ mangkuk.

Masukkan rampaian dan sambal belacan.

Siap dan nikmatilah.

Nota:

1) Ikan sardin kecil lebih sedap dan lebih manis.

2) Minimakan penggunaan air untuk terus mendapat kuah yang pekat.

3) Ini mungkin cara masakan paling mudah dengan bahan paling mudah.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Ayam lada hitam dan cendawan


resepi ayam lada hitam (black pepper) dan cendawan (mushroom) enoki yang sedap dan mudah.

Moh kite masak!

Bahan bahan

1/4 ayam (bahagian peha dan peha atas)
1 sudu lada hitam kisar
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 batang seleri
i inci halia
2 paket cendawan enoki
3 biji cili api
1 sudu tepung jagung
1/2 cawan air
serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak masak

Cara cara

Bersihkan ayam. Kelar sedikit di beberapa tempat.

Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing.

Angkat ayam dan keluarkan minyak. Tinggalkan sedikit untuk menumis.

Hiris bawang putih dan merah nipis nipis.

Potong halia kecil-kecil dan halus-halus.

Potong seleri dan cili api kecil-kecil.

Bancuh tepung jagung dengan 1/2 cawan air.

Potong dan buang akar cendawan enoki. Basuh cendawan enoki.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu.

Masukkan lada hitam dan halia. Biar seketika dan masukkan cendawan enoki bersama seleri. Gaul rata.

Masukkan bancuhan tepung jagung.

Masukkan ayam dan gaul rata. Masak sehingga cendawan enoki lembut/ layu.

Maasukkan cili api dan gaul rata.

Tutup api dan hidangkan.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Acar ikan masin


Biasanya ikan masin hanya digoreng dan dimakan dengan nasi begitu sahaja. Kelainan masakan mungkin dapat menambah selera makan. Contohnya ikan masin yang dimasak lemak cili api bersama nenas dan acar ikan masin. Ikan masin juga sedap digoreng bersama nasi. Resepi (resep) ikan masin ini pasti menambah dan menambat selera tidak kiralah makan pagi, tengahari, malam, berbuka puasa (iftar) dan juga sahur.

Moh kite masak!

Bahan bahan

250g ikan talang masin (isi sahaja)
7 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
1 inci halia X2
2 sudu cuka epal
3 sudu serbuk jintan manis
gula secukup rasa
garam secukup rasa
minyak masak


Cara cara

Bersihkan ikan talang dan basuh.

Potong ikan talang kecil-kecil kira kira 1 inci.

Goreng sehingga garing.

Potong cili kering kecil-kecil, basuh dan rebus sehingga mendidih.

Buang kulit bawang besar dan halia. Basuh kedua-duanya.

Kisar cili kering bersama bawang besar dan halia (X1).

Belah dua bawang putih dan bawang merah.

Potong kecil dan nipis halia (X1).

Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.

Masukkan bahan kisaran dan masak sehingga pecah minyak dengan api kecil.

Masukkan cuka epal, jintan manis, garam dan gula.

Masukkan ikan masin. Gaul rata dan masak sehingga sebati.

Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Nota:

Sedap dimakan dengan nasi panas.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Rendang kerang






Kerang adalah salah satu makanan laut. Ia agak sukar untuk didapati dipasaran. Harganya pula sudah semakin mahal menjadikan ramai mula mencari makanan basah lain. Begitupun kerang tetap unik pada rasanya. Ianya sedap walaupun sekadar direbus dan dimakan begitu saahaja mahupun dicicah dengan air asam atau sos. Ada juga yang suka dengan kerang bakar. Kerang juga boleh dimasak dengan pelabagai masakan lain. Contohnya dalah mi kari dan rendang.

Moh kite masak!

Bahan bahan

2 kg kerang
13 tangkai cili kering
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 batang serai
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
15 batang kacang buncis
Santan pekat 1 biji kelapa
2 cawan air

Cara cara

Bersihkan dan rebus kerang sehingga masak. Tapis, toskan dan sejukkan.

Potong cili kering pendek-pendek dan basuh. Rebus sehingga mendidih dan toskan. Masukkan ke dalam pengisar.

Buang kulit bawang besar, halia, lengkuas dan kunyit hidup. Basuh dan potong sedikit kecil untuk memudahkan kerja mengisar. Masukkan ke dalam pengisar.

Ambil kira kira 3-4 inci serai daripada akarnya. Daunnya dibuang. Potong kecil dan masukkan ke dalam pengisar.

Masukkan air, santan dan garam ke dalam pengisar.

Kisar semuanya sehingga halus.

Potong kacang buncis pendek-pendek secara serong. Basuh dan masukkan ke dalam kuali.

Kopek isi kerang dan masukkan ke dalam kuali.

Masukkan kesmua bahan kisaran ke dalam kuali dan gaul rata.

Pasang api dan kacau sekali sekala sehingga kuah pekat.

Tutup api dan hidangkan.


Nota:

1) Sedap dimakan dengan nasi ataupun pulut kuning.



Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Saturday, May 19, 2018

Resepi Sotong goreng kunyit



Kunyit agak popular dalam masakan di Malaysia. Biasanya ia digunakan untuk menggoreng lauk pauk seperti ikan, sotong (cumi atau gurita) , udang, ayam, daging dan lain lain.Ia juga digunakan dalam masakan seperti rendang, msak lemak dan asam pedas. Jika diolah cara masakan, pelbagai jenis masakan dapat disediakan. Contohnya seperti resipi ini, sotong goreng kunyit.

Moh kite masak!

Bahan bahan

1/2 kg sotong (cumi)
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji bawang holland
3 biji cili api (cabe rawit)
1 biji lobak merah
2 batang kacang panjang
serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak masak/ minyak zaitun

Cara cara

Bersihkan sotong dan potong.

Gaulkan sotong bersama serbuk kunyit dan garam.

Hiris bawang merah dan bawang putih.

Hiris bawang besar.

Potong lobak merah sederhana panjang dan nipis/ kecil.

Potong kacang panjang sederhana panjang (kira kira 2 inci)

Potong cili api kecil kecil.

Panaskan minyak di dalam kuali.

Tumis bawang putih an bawang merah sehingga layu.

Masukkan sotong. Kacau rata dan biar seketika. Kacau sekali sekala sehingga air sotong agak kering.

Masukkan lobak merah dan bawang besar. Kacau dan gaulkan. Masak sehingga kacang panjang nampak sedikit layu.

Masukkan cili api dan kacau.

Tutup api dan hidang.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Monday, May 14, 2018

Resepi Kerabu daging



Kerabu adalah salah satu makanan popular di Malaysia terutamanya di Pantai Timur. Ia adalah campuran makanan yang mendatangkan rasa sedap. Nasi kerabu adalah campuran nasi dengan pelbagai ulaman dan lauk. Terdapat pelbagai jenis kerabu, resepi (resep) dan cara menyediakannya. Ada yang perlu dimasak dan ada yang tidak perlu.Kerabu daging adalah salah satu jenis kerabu kesukaaan saya. Ianya campuran rasa masam dan pedas serta keunikan rasa serai bersama bunga kantan. Ianya segar dan pastinya sedap.

moh kite masak!

Bahan bahan

300g daging
5 kelopak bunga kantan
1 biji bawang holland
1 biji tomato
1 batang serai
7 biji cili api (cabe rawit)
3 biji limau nipis
5 helai daun limau purut
1/2 batang kacang panjang
Garam secukup rasa

Cara cara

Bersihkan daging, potong kecil kecil dan rebus sehingga lembut.

Tapis daging dan alirkan air rebusan ke dalam bekas lain.

Basuh serai dan hiris serai halus-halus.

Basuh dan rincik daun limau purut halus-halus.

Basuh dan rincik kelopak bunga kantan halus-halus.

Buang kulit bawang, basuh dan potong bawang kecil kecil.

Basuh tomato dan potong kecil kecil.

Basuh cili api dan potong kecil-kecil.

Basuh dan potong kacang panjang kecil-kecil.

Masukkan daging ke dalam periuk.

Masukkan sedikit air rebusan daging tadi kira kira 1/2 cawan,

Masukkan serai, daun limau purut, cili api dan kacang panjang.

Potong dan perah limau nipis kedalam periuk.

Masukkan garam dan pasang api. Biarkan seketika sehingga mendidih.

Tuang ke dalam mangkuk.

Masukkan tomato, bunga kantan dan bawang. Gaul sekata.

Hidangkan.


Nota:

Tanpa daun limau purut akan terasa sesuatu yang tidak kena pada kerabu ini.



Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Kerutuk Daging


Kerutuk adalah resepi (resep) masakan yang dikongsi oleh seorang rakan sekerja di bulan Ramadhan tahun lepas. Walau bagagaimanapun resipi asalnya telah saya ubah setelah memakan kerutuk pada satu majlis rumah terbuka. Cuma, rempah kerutuk asli Kelantan atau Terengganu belum lagi saya dapati. Jadi saya hanya menggunakan rempah kerutuk yang ada di pasaran. Cubalah. Ianya pasti memikat selera.

Moh kite masak!

Bahan bahan

1/2 kg daging
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
7 tangkai cili kering
1 peket rempah kerutuk
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
7 kuntum bunga cengkih
7 biji buah pelaga
Santan kelapa (1 biji)
3 sudu kerisik
1/2 keping gula melaka (atau kira kira sesudu)
1 keping asam keping
1 biji cili merah
Garam secukup rasa
Minyak masak


Cara cara

Potong daging secara sederhama iaitu tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil/ nipis. Basuh dan toskan.

Potong cili kering pendek-pendek. Basuh dan kisar bersama sedikit air.

Ketuk serai yang telah di potong (kira kira 3-4 inci)

Bancuh rempah keruttuk bersama cili kisar. Jiaka terlalu pekat, tambah sedikit air.

Buang kulit bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas. Basuh dan pottong kecil kecil. Masukkan ke dalam pengisar kering bersama buah keras. Saya ulangi, gunakan pengisar kering tanpa air. Kisar sehingga halus kesemuanya.

Basuh kayu manis, buah pelaha, bunga cengkih dan bunga lawang.

Masukkan minyak ke dalam kuali dam pasangkan api.

Tumis kayu manis, buah pelaha, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga naik bau.

Masukkan bahan kisar kering tadi ke dalam kuali bersama serai.Masak sehingga agak kekuningan.

Masukkan rempah kerutuk bersama cili kisar tadi. Masak sehingga naik minyak.

Masukkan asam keping.

Masukkan gula melaka dan ratakan. Jika berbuku kacau dan cuba hancurkan.

Masukkan santan bersama kerisik dan kacau sehingga mendididh.

Masukkan daging dan kacau sehingga naik minyak sekali lagi.

Masukkan garam. Rasa dan tutup api.

Ceduk daging ke dalam piring.

Potong cili merah halus halus dan taburkan diatas daging.

Sedia dihidang.


Nota:

Resipi ini mungkin berlainan daripada resipi kerutuk yang sebenar tetapi ia tetap sedap.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Laksa Utara




Salah satu makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia adalah laksa. Terdapat pelbagai jenis laksa di Malaysia walaupun namanya mungkin seolah-olah jauh di seberang sana. Antara laksa yang terkenal adalah laksa utara, laksa Johor, laksa Sarawak, asam laksa dan laksa Singapore. Laksa utara sendiri terdapat pelbagai kelainan. Antaranya laksa Penang, laksa Kuale (Kuala Kangsar, Kuala Kedah & Kuala Perlis) dan Laksa Kedah. Kebanyakan laksa menggunakan ikan sebagai bahan utamanya. Ikan yang digunakan pula adalah pelbagai bergantung kepada yang memasaknnya. Antara ikan-ikan yang digunakan ialah ikan sardin, ikan tomgkol (kayu), ikan parang dan ikan belut. Satu perkara yang menjadi kemusykilan adalah benarkah laksa pasangannya cendol? Cubalah resepi (resep) masakan ini.


Moh kite masak!


Bahan bahan kuah

1 kg ikan sardin
21 tangkai cili kering
14 keping asam keping
3 kuntum bunga kantan
15 helai daun kesom
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
Air untuk merebus ikan

Bahan bahan lain

1 bungkus laksa
! biji bawang besar
5 biji cili api
2 helai daun salad
1 biji timun

Cara cara

Bersihkan ikan sardin dan rebus bersama 7 keping asam keping sehingga isi ikan tertanggal daripada tulang. Air rebusan mestilah tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Cukup sekadar menenggelamkan semua ikan.

Tapis ikan dengan penapis dan airnya dibiar mengalir kdalam besen/ periuk lain.Jangan buang air rebusan. Sejukkan ikan dan air rebusan.

Potong cili kering pendek pendek. Buang bijinya sebanya mungkin. Basuh dan rebus sehingga mendidih. Toskan dan basuh. Kisar sehingga halus.

Asingkan isi ikan dengan tulang, Seboleh-bolehnya memang tiada tulang langsung, hanya isi ikan. Isi ikan di ramas  bagi memastikan tulang tulang ikan dapat diasingkan sebaik mungkin. Tulang ikan diasingkan tetapi jangan dibuang. Asam keping yg direbus tadi juga jangan dibuang.

Kisar isi ikan bersama asam keping (yang direbus tadi) seehalus mungkin bersama air rebusan ikan tadi, Masukkan ke dalam periuk hasil kisaran itu. Ulang jika masih ada isi ikan dengan menggunakan air rebusan yang berlebihan dan tuang ke dalam periuk.

Kisar tulang ikan sehalus mungkin menggunakan air rebusan ikan. Gunakan penapis dan tuang hasil kisaran ke dalam pernapis di atas periuk. Ini adalah untuk memastiikan tulang ikan tidak masuk ke dalam periuk.

Jika hasil kisaran (di dalam penapis) masih kelihatan pekat, ambil dan kisara semula. jika ada lagi air rebusan tadi, gunakan ia. Jika tiada, tambah sedikit air sekadar untuk mengisar.

Tuang ke dalam penapis di atas periuk Buang tulang di atas penapis.

Jika ada lagi air rebusan ikan, masukkan kesemuanya ke dalam periuk.

Masukkan cili kisar ke dalam periuk.

Potong bunga kantan dan ambil bunganya sahaja. Belah empat bunga kantan tersebut dan masukkan ke dalam periuk.

Masukkan garam, belacan dan 7 keping asam keping. Nayalakan api dan kacau sehingga mendidih.

Masukkan dauun kesom.

Rasa masakan anda. Jika sudah agak masam, buang sebahagian asam keping kerana asam keping berbeza beza tahap kemasamannya. Jika kurang masam tidak mengapa, kerana anda boleh memerah limau ketika menikmatinya nanti.

Jika hendak lebih pekat, biarkan lebih lama dia atas api.

Laksa pula bergantung pada jenis yg dibeli. JIka perlu dicelur, celurlah. Jika boleh terus di gunakan, teruskanlah.

Potong bawang, cili api, timun dan daun salad kecil kecil atau halus halus.

Masukkan laksa ke dalam mangkuk, tuangkan kuah dan taburkan bawang, cili padi, timun dan daun salad.

Laksa anda sudah siap. Nikmatilah.



Nota:

1) Ikan sardin yang bersaiz kecil lebih sedap dibuat kuah kerana ia lebih manis.

2) Guna air secukupya sahaja untuk mendapat kuah yang terus pekat tanpa perlu memasak terlalu lama atau memanaskannya berulang-ulang.

2) Daun salad boleh diganti dengan daun salom atau daun gajus.

3) Telur rebus terutama bahagian kuningnya dapat menambahkan kepekatan kuah dan menyedapkannya. Ada juga yang gemar memakan laksa dengan telur goreng (telur sarang)

4) Ada juga menggemari kuah laksa dimakan dengan bihun goreng.
.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Saturday, May 12, 2018

Resepi Nasi kambing







Moh kite masak!


Bahan bahan

2 pot beras basmathi
½ kg daging kambing
1 paket serbuk kurma 
3 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
7 kuntum bunga cengkih
11 biji buah pelaga
1 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih 
3 biji bawang merah
1 biji lobak merah
1 biji lada benggala (boleh dicampur warna merah, hijau & kuning) 
5 kelopak kobis
2 inci halia
7 sudu minyak zaitun
Garam secukup rasa

Cara cara:

Tanak/ masak beras basmathi dalam periuk nasi.

Hiris bawang putih dan bawang merah.

Potong lada benggala sederhana kecil.

Potong halia halus-halusl kecil-kecil.

Belah lapan bawang besar tetapi tidak terus putus (ala-ala kelopak bunga)

Potong daging kambing secara sederhana (tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil). Basuh dan toskan.

Potong lobak merah panjang-panjang dan nipis-nipis. Rebus seketika dan toskan.

Potong kelopak kobis sederhana besar.

Panaskan minyak zaitun dan tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pala. Tunggu sehingga naik bau.

Masukkan bawang putih dan bawang merah. Tunggu sehingga agak layu.

Masukkan serbuk kurma yg telah dibancuh dengan air bersama halia. Tumis sehingga naik minyak.

Masukkan daging kambing dan ratakan. Tutup kuali dengan penutup.

Buka sekali sekala penutup dan kacau. Tutup kembali penutup. Masak sehingga air daging tinggal sedikit.

Masukkan lobak merah dan kobis. Kacau rata dan tutup seketika sehingga kobis agak layu.

Masukkan garam secukup rasa.

Masukkan nasi yang telah dimasak.

Masukkan lada benggala. Kacau dan ratakan bahan tumisan dan nasi.

Masukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi semula. Tekan “cook” diperiuk nasi macam masak nasi biasa.Tunggu sehingga kering (“cook” button ejected).

Sedia dihidang.


Nota:

1) Daging kambing boleh ditukar dengan daging lembu atau ayam. 

2) Boleh juga dimasukkan sayuran lain seperti terung dan tomato.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Asam pedas patin


Sebut asam pedas sahaja pastinya ramai orang akan teringat atau terbayang asam pedas Melaka. Saya secara jujur asalnya tidak mengetahui yang asam pedas Melaka sangat popular. Setelah diteliti, saya dapati asam pedas Melaka kuahnya agak pekat berbanding dengan asam pedas yang saya pelajari daripada emak saya. Macam macam jenis asam pedas ada sekarang. Ada asam pedas daging, ada juga asam pedas ayam. Cuma yang pasti, asam pedas ikan yang paling digerami. Asam pedas ikan pula boleh dimasak menggunakan pelbagai jenis ikan. Ikan patin, ikan tenggiri, ikan parang, ikan terubuk, ikan lawang, ikan mabong dan ikan pari adalah anatara masakan asam pedas ikan yang popular. Resepi masakan asam pedas ini pastinya padu.

Moh kite masak!

Bahan bahan

1 ekor ikan patin (beli ikan patin sungai kerana ianya tidak berbau tanah)
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 biji bendi
15 helai daun kesom
21 tangkai cili kering
5 keping asam keping
2 batang serai
garam secukup rasa
minyak masak
1.5 cawan air

Cara cara

Potong dan bersihkan ikan patin.

Potong cili kering pendek-pendek. Basuh dan rebus sehingga mendidih. Basuh dan toskan.

Buang kulit bawang besar, basuh dan kisar bersama cili kering.

Hiris nipis-nipis bawang putih dan bawang merah.

Potong bendi pendek-pendek (kira kira 1.5 inci)

Ambil kira kira 4 inci serai dari pangkalnya dan ketuk.

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau dan sedikit layu.

Masukkan cili kering yang telah dikisar bersama bawang besar tadi. Tumis sehingga naik minyak (pekat dan sedikit kehitaman).

Masukkan serai ketuk,  asam keping dan garam. Gaul rata.

Masukkan air dan daun kesom. Kacau sehingga mendidih.

Masukkan ikan patin dan bendi. Masak sehingga ikan masak dan kuah bertambah pekat.

Tutup api dan hidangkan.

Nota:

1) Daun kesom memang penting bagi asam pedas. Cuma, kalau terlalu banyak kemungkinan akan menyebabkan rasa pahit,

2) Bendi digunakan untuk memekatkan kuah. Boleh sahaja ditambah bilangannya.

3) Resipi ini boleh juga dimasak menggunakan ikan-ikan lain.

4) Ada resepi yang menggunakan sedikit kunyit/ serbuk kunyit dalam masakan asam pedas. Boleh sahaja ditambah.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Rendang pedas ayam








Terdapat pelabagai jenis resepi (resep) atau masakan rendang. Jadi, cara memasaknya mungkin juga banyak perbezaannya. Ada yang menggemari rendang ayam dan ada pula yang lebih gemar rendang daging. Malah, ada juga yang menggemari rendang kerang. Cuma rendang daging kambing jarang didengar atau dibuat. Saya sendiri belum pernah merasainya. Saya pernah merasai landak masak rendang pedas banjar. Ianya sangat sedap. Rendang itu sendiri pun sangat sedap. Sehinggakan saya ingin mempelajari cara masakan rendang banjar itu.  Rendang sinonim dengan perayaan umat Islam samada Hari Raya Aidil Fitri ataupun Hari Raya Aidil Adha. Pasangan utamanya pula adalah masakan yang berasaskan pulut. Tidak kisahlah lemang, ketupat palas atau pulut kuning. Boleh juga dimakan dengan ketupat nasi, nasi ataupun roti.

Moh kite masak!

Bahan bahan

1 ekor ayam
21 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 inci halia
5 batang serai
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 helai daun kunyit
1/2 kg santan pekat
1 sudu kerisik
2 cawan air
garam secukup rasa.

Cara cara

Bersihkan ayam.

Potong cili kering pendek pendek, basuh dan rebus seketika sehingga mendidih. Tutup api dan toskan.

Buang kulit bawang besar, halia, kunyit hidup dan lengkuas. Potong sekadar untuk memudahkan kerja mengisar.

Buang daun serai. Ambil kira kira 3 inci sahaja serai itu daripada pangkalnya. Potong sekadar untuk memudahkan kerja mengisar.

Masukkan cili kering, bawang besar, halia, kunyit hidup, lengkuas, serai, kerisik, santan dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.

Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam kuali.

Masukkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam kuali. Gaul rata bersama ayam.

Pasangkan api dan masak sehingga kuah pekat. Kacau sekali sekala.

Masukkan garam secukup rasa.

Basuh daun kunyit dan rincik halus halus. Masukkan ke dalam kuali dan gaul rata.

Biarkan seketika dan kacau sekali  sekali. Ini bagi memastika aroma daun kunyit masuk ke dalam kuah.

Tutup api dan sedia dihidang.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama