Pages

Friday, February 22, 2019

Resepi Rendang Ayam Raya


Untuk cara masakan secara video klik link video di bawah.



Moh kite masak rendang!

Bahan bahan

2 ekor ayam (dipotong saiz rendang)
3 biji bawang besar
7 batang serai
7 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
santan 3 biji kelapa
2 helai daun kunyit
25 tangkai cili kering
garam secukup rasa

Cara cara

Buang kulit halia, bawang, lengkuas dan kunyit hidup. Buang daun serai. Potong kecil semuanya untuk memudahkan kisaran.

Potong pendek pendek cili kering, basuh dan buang bijinya sebanyak mungkin. Kemudian rebus sehingga mendidih/ lembut. Basuh dan toskan.

Kisar semua bahan sehingga halus bersama santan. Kurangkan penambahan air.

Ricik halus daun kunyit.

Bersihkan ayam. Kemudian toskan.

Masukkan ayam ke dalam kuali.

Masukkan semua hasil kisaran ke dalam kuali dan gaul rata.

Pasang api dan kacau serta alihkan ayam.

Masukkan garam secukup rasa.

Masak sehingga agak kering dan masukkan daun kunyit.

Gaul rata dan biar seketika.

Tutup api dan sedia dimakan.

Nota:

1) Sedap dimakan dengan makanan berasaskan pulut seperti lemang, ketupat daun palas, pulut kuning dan sebagainya.

2) Sedap juga dimakan dengan nasi dan roti,

3) Sedap juga dimakan begitu saja

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Tomyam ayam



Resepi (resep) tomyam yang mantap dan sedap. Resepi yang tak viral tak semestinya tak bagus. ADa pelbagai resepi dan cara memasak. Jadi terpulanglah kita nak masak yang mana. Cara masakan berbeza dan masing-masing ada citarasa sendiri juga.

Moh kite masak!

Boleh juga melihat cara memasak melalui link video di bawah.





Bahan bahan

1/2 ekor ayam
1 paket cendawan enoki
1 biji bawang besar
3 sudu besar pes tomyam
7 helai daun limau purut
1 genggam bunga kobis
Sedikit daun ketumbar
3 biji tomato
2 batang serai
1 inci lengkuas
Garam secukup rasa
5 gelas air

Cara cara

Bersihkan ayam dan potong agak kecil.

Hiris bawang besar.

Ketuk-ketukkan serai.

Bersihkan dan hiris lengkuas nipis nipis.

Potong tomato kepada 4 atau 8.

Belah 2 daun limau purut jika terlalu besar.

Bersihkan daun ketumbar berserta akarnya. Potong kita kira 1cm kecuali akarnya. Akarnya biarkan sahaja panjang.

Potong bunga kobis kecil kecil.

Potong dan buang akar cendawan enoki. Leraikan antara satu sama lain.

Didihkan air dan masukkan ayam.

Masukkan pes tomyam.

Masukkan serai, lengkuas dan akar ketumbar. Gaul rata.

Biar seketika agar ramuan sebati. 

Masukkan bunga kobis. Kacau seketika.

Masukkan bawang besar dan cendawan enoki, 

Masukkan daun limau purut dan tomato. Gaul rata.

Apabila semua sudah agak sebati dan lembut, masukkan daun ketumbar dan gaul rata.

Biar seketika dan tutup api.

Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata.

Siap! boleh dihidangkan dan makan.


Nota:

Boleh ditambah sedikit santan jika mahu tetapi jangan terlalu banyak agar tidak menjejaskan rasa tomyam. Cukup sekadar 2-3 sudu.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama