Pages

Wednesday, April 24, 2019

Resepi ikan siakap stim lemon


Resepi dan cara masak siakap stim lemon siakap stim lemon ini adalah resepi hasil pemerhatian dan juga pengalaman menikmati siakap stim lemon dan juga limau. Ianya mudah dan sedap.

Siakap adalah seekor ikan yang popular dengan pelbagai masakan seperti masak 3 rasa, masam manis, pedas, masak lemak cili api, stim, kari dan sebagainya. Isinya yang putih halus menjadikannya senang menyerap rencah-rencah masakan dan menjadikannya pilihan untuk pelbagai masakan.

Resepi ikan siakap stim lemon ini adalah satu resepi yang sangat menarik, mudah dan sedap. Video ini menunjukkan cara membuat dan memasaknya. Ianya adalah ikan kukus. Cuma beberapa bahan perlu ditambah (ada dihujung video)  untuk melengkapkan resepi ini. Boleh juga menggunakan limau nipis untuk menjadikan masakan ini ala thai. Cubalah!

Moh kite masak!

Untuk video cara memasak, tontonlah video di bawah.


Bahan bahan

1 ekor ikan siakap (seabass)
1 biji lemon
1 biji lobak merah (carrot)
Sedikit bunga  kobis (cauliflower)
Sedikit brokoli (broccoli)
2 inci halia (garlic)
2 batang serai (lemongrass)
5 biji cili api (bird eye chili) -
1 biji bawang besar (onion)
5 ulas bawang putih (garlic)
Sedikit daun ketumbar (parsley)
Garam secukup rasa

Cara cara

Bersihkan ikan.

Hiris lemon bulat bulat.

Potong lobak merah, brokoli dan bunga kobis.

Potong cili api kecil kecil.

Hiris halia dan serai.

Potong/ hiris bawang besar dan bawa putih.

Potong daun ketumbar besar besar.

Untuk mengelakkan ikan melekat di dalam loyang, susun beberapa potong lobak merah sebagai lapik.

Letakkan ikan ke dalam loyang.

Masukkan sebahagian bahan ke dalam perut ikan. (kecuali daun ketumbar dan garam)

Masukkan/ bahan lain ke dalam loyang (kecuali daun ketumbar dan garam).

Perahkan 2 keping lemon ke atas ikan. Selainnya susun ke atas ikan.

Masukkan air di dalam periuk kukus dan masukkan loyang ke dalam periuk kukus. Jika tiada periuk kukus, boleh sahaja buat periuk kukus sendiri.

Buka api dan tutup periuk kukus.

Setelah mendidih, masukkan daun ketumbar dan garam.

Biar seketika untuk sebati dan tutup api.

Nota: 

1) Kalau tidak ada semua bahan, masih boleh buat.
2) Boleh juga ditambah dengan bahan lain mengikut citrasa dan kreativiti masing masing.
3) Kalau ingin lebih pedas tambah cili. Kalau tidak mahu pedas langsung, jangan bubuh cili.
4) Sesuai untuk seisi keluarga.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Thursday, April 18, 2019

Resepi roti puri





Ini adalah resepi roti yang mudah dan enak. Boleh dibuat dan dimasak di rumah untuk dinikmati seisi keluarga. Enak dimakan bersama kari daging/ kambing. Boleh juga dimakan dengan susu pekat manis.

Moh kite buat!

Untuk panduan memasak, klik video di bawah.


Bahan bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
3 sudu makan/ besar minyak masak
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan air panas/ suam
minyak untuk menggoreng

Cara cara

Ayak tepung menggunakan pengayak.

Masukkan yis, 3 sudu minyak masak, gula dan garam ke dalam mangkuk bersama tepung. Gaul rata.

Masukkan air dan gaul rata. Uli sehingga menjadi doh besar. Jika air kurang, tambah sedikit sekadar perlu.

Uli doh doh kecil dan letakkan secara renggang antara satu sama lain untuk membenarkan doh mengembang.

Minyakkan tempat untuk menggelek dan juga penggelek. Ini untuk mengelakkan doh melekat apabila digelek.

Panaskan minyak di dalam kuali dan gelek doh. Masukkan doh yang telah digelek ke dalam kuali.

Hasil gorengan adalah roti puri yg mengembang seperti belon.

Nota:

1) Enak dimakan terutamanya bersama kari daging.

2) Enak juga dimakan dengan lauk yang kuahnya berasaskan santan.

3) Sesuai untuk makan pagi dan petang terutama dihujung minggu.

4) Kredit untuk empunya resepi ini yang saya ambil daripada satu page Facebook tetapi maaf saya lupa page yang mana dan tidak dapat mencarinya kembali.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama