Pages

Sunday, July 28, 2019

Resepi Bubur lambuk


Bubur lambuk popular terutamanya di bulan Ramadhan. Ia sebenarnya adalah bubur nasi yang dicampur rempah dan santan. Terdapat kepelbagaian cara dan rasa bubur lambuk. Ini cara saya. cubalah!

Moh kite masak!

Untuk video cara-cara memasak, sila klik pautan di bawah.



Bahan-bahan

200g daging kisar
1 pot beras
santan 1 biji kelapa
1 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga
3 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan putih
1/2 jaq air
garam secukup rasa

Cara-cara

Masukkan beras yang telah dibasuh ke dalam periuk.

Masukkan jintan putih, bawang putih,  bunga lawang dan buah pelaga.

Kemudian, masuk 1/2 jag air. Pasang api dan tutup periuk.

Apabila sudah mendidih, buka penutup dan masukkan daging kisar. Tutup semula periuk.

Tutup dan buka periuk sekali sekala untuk melihat keadaan nasi.

Setelah beras menjadi nasi, masukkan santan, kacau rata dan tutup periuk semula.

Masak sehingga nasi mengembang dan pecah daripada keadaan asalnya.

Masukkan garam secukup rasa dan gaul rata. Tutup kembali periuk.

Setelah nasi pecah dan hancur, bolehlah masukkan daun bawang dan sup. Gaul rata dan tutup api.

Hidangkanlah.


Nota:

Boleh juga menggunakan daging yang dipotong kecil bagi menggantikan daging kisar.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Wednesday, July 24, 2019

Resepi ayam masak merah kenduri kacang hijau




Ayam masak merah kenduri kacang hijau memang sedap tak terkata. Kenduri-kendara seolah-olah tidak cukup lengkap tanpa ayam masak merah. Cuma, ia semakin sukar ditemui ketika ini walaupun pada masa kenduri. Mungkin kerana harga barang barang yang semakin meningkat.

Ayam masak merah sedap dimakan dengan nasi tomato. Walau bagaimanapun, ia tetap sedap dinikmati bersama nasi putih mahupun roti.

Moh kite masak!


Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
6 biji tomato
10 tangkai cili kering
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 tin kecil kacang peas(hijau)
Santan pekat 1 biji kelapa
1 inci halia
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
7 kuntum bunga cengkih
7 biji buah pelaga
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam dan gula
Minyak masak




Cara-cara

Kisar bawang merah, bawah putih dan halia.

Kisar 5 biji tomato. 1 biji dihiris atau dipotong kasar.

Potong cili kering pendek-pendek dan rebus sehingga mendidih. Kisar sehingga halus.

Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak. Tidak perlu terlalu garing ataupun garing. Cukup sekadar masak isinya. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis kisaran bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.

Masukkan buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan bunga lawang. Tumis sehingga naik bau wangi.

Masukkan cili yang telah dikisar dan tumis sehingga naik minyak.

Masukkan tomato yang telah dikisar. Kacau sehingga mendidih.

Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih.

Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Biarkan seketika.

Masukkan kacang peas (hijau) dengan airnya sekali. Kacau rata.

Masukkan garam dan gula. Kacau sekali sekala sehingga kuah menjadi pekat.

Masukkan hirisan tomato dan kacau sehingga kuah menjadi lebih pekat.

Tutup api dan hidangkan.

Nikmatilah!

Nota:

Jangan kisar bunga lawang dan masukkan ke dalam masakan, kerana bijinya boleh mengakibatkan sakit perut. Mungkin lepas balik kenduri sakit perut beramai-ramai adalah disebabkan oleh ini. Tidak dinafikan juga sebab-sebab lain.

banyak juga resepi yang divideokan dalam channel youtube 'moh kite'.




www.mohkite.com
keihlasan adalah rencah utama



Monday, July 22, 2019

Resepi Ayam Lemon



Resep ayam lemon enak banget ini adalah resepi yang dikongsi oleg seorang rakan iaitu Azlin Azmi. Cuma ada sedikit pengubahsuian mengikut citarasa saya sendiri. Hasilnya memang memuaskan!

Moh kite cuba!

Untuk video cara memasaknya, sila klik link video di bawah




Apa menu nak masak hari ni? Apa nak buat time kena lock kat umah?

Masaklah resepi ini.


Bahan-bahan 1

1/2 ekor ayam (saiz kecil)
1 sudu besar sebuk lada putih
sedikit garam
sedikit tepung gandum
1 biji telur
minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan 2

1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 biji cili api
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh lada putih
sedikit minyak masak

Cara-cara 1 (Bahan-bahan 1)

Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam bekas.

Pecahkah telur ke dalam bekas ayam.

Masukkan garam dan lada putih. Gaul rata.

Panaskan minyak di dalam kuali.

Celup ayam yang telah digaul ke dalam tepung gandum dan goreng.

Celup dan goreng setiap ketulan ayam sehingga habis.

Angkat dan toskan.

Cara-cara 2 (Bahan-bahan 2)

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

Tumis bawang putih sehingga kekuningan.

Masukkan cili api dan kacau rata.

Masukkan lada putih dan kacau rata.

Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuali.

Masukkan garam dan kacau rata sehingga menjadi likat.

Masukkan ayam dan kacau rata.

Perah lemon dan kacau rata sehingga pekat dan sebati.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Sunday, July 14, 2019

Resepi udang goreng nestum


Resepi Nestum Cereal Butter Prawn ini diberi oleh seorang rakan hanya kerana dia telah memaparkan hasil masakannya di Instagram. Gambar yang dipaparkan sangat menarik dan nampak sedap sehinggalah hasilnya telah saya perolehi sendiri dengan memasaknya dengan sedikit perubahan daripada resepi asal.

Moh kite masak!

Resepi dan cara-cara membuat atau memasaknya boleh juga dilihat di link youtube dibawah







Bahan-bahan 1

300g udang sederhana besar
sedikit garam
1 biji telur
sedikit serbuk kari ikan
sedikit tepung gandum

Bahan bahan 2

2 sudu besar mentega masin (salted butter)
2 tangkai daun kari
3 biji cili api
1 paket nestum 3 in 1
3 ulas bawang putih
sedikit gula


Cara-cara (Bahan-bahan 1)

Masukkan garam ke dalam mangkuk udang yang telah dibersihkan dan gaul rata.

Pecahkan telur dan pukul rata.

Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam mangkuk udang dan gaul rata.

Masukkan serbuk kari ke dalam bekas tepung dan kacau rata.

Panaskan minyak, celup udang ke dalam tepung dan goreng sehingga garing.

Ulang sehingga semua udang habis digoreng.


Cara-cara (Bahan-bahan 2)

Cincang halus bawang putih.

Hiris halus cili api.

Panaskan pan dan cairkan mentega.

Masukkan daun kari, bawang putih dan cili api ke dalam pan. Goreng sehingga bawang putih berwarna kekuningan dan daun kari agak layu.

Masukkan udang dan nestum 3 in 1. Gaul rata.

Masukkkan gula jika mahu dan gaul rata.

Kacau sehingga rata semuanya garing.

Angkat dan hidangkan.

Nota:

1) Kredit kepada Siti Munirah untuk resepi ini.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama