Pages

Thursday, November 28, 2019

Resepi kuih lapis sukatan cawan



Resepi kuih lapis pelbagai warna ini adalah rekaan ataupun kreativiti semata-mata. Ia adalah resepi menggunakan bahan asal kuih lapis. Cuma warnanya dipelbagaikan. Kuih atau kue ini adalah salah satu kuih tradisional melayu.

Moh kite buat!
Bahan-bahan 1
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
4 cawan santan (santan pekat 1 biji kelapa dicairkan kepada 4 cawan)
1 sudu teh garam
Bahan-bahan 2
Pewarna merah
Pewarna hijau
Pewarna kuning
Perisa pandan

Cara-cara Kisar kesemua bahan bahan 1 sehingga sebati dan tuang ke dalam 6 cawan.
Masukkan sedikit merah ke dalam satu cawan tadi.
Masukkan satu cawan tanpa diwarnai.
Masukkan sedikit hijau ke dalam satu cawan tadi.
Masukkan satu cawan tanpa diwarnai.
Masukkan sedikit kuning ke dalam satu cawan tadi.
Masukkan satu cawan tanpa diwarnai.
Masukkan sedikit perisa pandan ke dalam setiap cawan.
Panaskan bekas di dalam pengukus (sehingga air mendidih)
Tuang satu cawan merah. Tutup dan biar 3-5 minit.
Tuang tanpa warna. Tutup dan biar 3-5 minit.
Tuang satu cawan hijau. Tutup dan biar 3-5 minit.
Tuang tanpa warna. Tutup dan biar 3-5 minit.
Tuang satu cawan kuning. Tutup dan biar 3-5 minit.
Tuang tanpa warna. Tutup dan biar 5-7 minit.
Tutup api dan angkat. Sejukkan kepada suhu bilik.
Masukkan ke dalam peti sejuk kira kira 1-2 jam.
Potong dan hidangkan.
Nota:
Jangan potong ketika belum disejukkan di dalam peti sejuk. Kalau potong juga, berkemungkinan lunyai.



Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Monday, November 25, 2019

Resepi Kuih Donut



Resepi atau resep donut atau pun doughnut ataupun donat.

Moh kite buat!
Bahan-bahan
500g tepung
1 sudu minyak masak
1 sudu marjerin
2 sudu gula blended
Bancuh kesemuanya dengan air sehingga menjadi doh


Bahan-bahan 2
4 sudu krimer pekat
1 paket yis mauripan
1 sudu teh Pewarna kuning
Bancuh yis dan susu pekat dengan sedikit air.
Masukkan ke dalam doh dan uli sehingga menjadi doh semula.
Biar seketika utk mengembang
Kecil-kecilkan doh
Tekan biar leper dan tebuk lubang
Biarkan mengembang seketika
Goreng.
Jika mahu bubuh cheese, guna mozarella cheese kerana ia lebih elastik dan akan memanjang bila ditarik.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Saturday, November 9, 2019

Resepi ayam buttermilk | with mozarella cheese




moh kite masak ayam buttermilk with cheese (dengan keju).

Resepi ini boleh dimantapkan lagi dengan menambah daun kari serta cili api bagi yang inginkan ianya pedas.


Bahan-bahan

1 ekor ayam (chicken)

1 biji telur (egg)

3 sudu mentega (butter)

1/2 kiub mozarella cheese (keju mozzarella)

1 biji bawang holland (onion)

5 ulas bawang putih (garlic)

1 tin susu sejat (evaporated creamer)

sedikit Lada sulah (pepper)

7 sudu tepung gandum (wheat flour)

1 paket serbuk (bubuk) kari (curry powder)

5 sudu tepung jagung (corn flour)

1 sudu teh garam (salt)

Cara-cara

Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam bekas.

Pecahkan sebiji telur dan gaul rata.

Masukkan lada sulah dah kacau rata.

Gaul tepung gandum, serbuk kari, tepung jagung dan garam.

Letak campuran ke dalam bekas.

Gaul ayam dengan campuran tepung itu dan goreng.

Angkat ayam goreng dan asingkan.

Cincang bawang putih.

Hiris bawang holland.

Panaskan kuali dan cairkan mentega.

Apabila sudah panas, masukkan bawang putih.

Sesudah bawang putih kekuningan, masukkan bawang holland. Tumis sehingga layu.

Masukkan krimer sejat dan kacau rata sehingga mendidih.

Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau rata sehingga kelihatan sebati.

Parut cheese mozarella ke dalam kuali. Parut sekadar yang dikehendaki. Mahu lebih cheesy? Parutlah lebih banyak.

Setelah semuanya pekat dan likat,  tutup api.

Hidangkanlah dan nikmatilah bersama orang tersayang, orang tercinta, keluarga, kawan-kawan dan jiran jiran.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Friday, November 8, 2019

Resepi Kek Pandan atau Kek Santan




Moh kite buat resepi kek pandan atau nama yang selalu emak aku sebut adalah kek santan, Ya ianya adalah resepi daripada mak aku sendiri yang mana bila dia dah lama sangat tak buat ada la sepupu sepapat yang tanya. Di sini aku share kan resepinya cuma pastinya mak aku buat lagi la sedap.


Bahan-bahan

10 helai daun pandan
2 cawan gula (aku guna 1.75 cawan sahaja)
2 cawan santan kelapa
4 cawan tepung gandum
2 sudu serbuk penaik (baking powder)
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

Kisar daun pandan bersama santan dan tapis.

Pukul telur bersama gula sehingga berwarna krim atau nampak macam berbuih. Gula mestinya dah larut

Masukkan serbuk penaik dan secawan tepung dengan pengayak.

Kacau/ gaul rata.

Masukkan tepung secawan demi secawan dan kacau rata

Masukkan hasil kisaran daun pandan dan santan tadi.

Masukkan esen vanilla.

Kacau rata atau pukul dengan pemukul telur.

Sapu marjerin ke dalam periuk. Sapu juga sedikit tepung agar tidak melekat nanti.

Masukkan adunan ke dalam periuk dan bakar sehingga naik bau.

Periksa dengan belakang sudu atau pisau. Jika masih melejat maknanya belum masak,

Jika tidak melekat maknanya sudah masak.

Tutup api dan hidangkan.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Friday, November 1, 2019

Resepi ayam masak merah kenduri




// Bahasa Melayu or Malay

Resepi ayam masak merah.

Ayam masak merah kenduri kacang hijau memang sedap tak terkata. Kenduri-kendara seolah-olah tidak cukup lengkap tanpa ayam masak merah. Cuma, ia semakin sukar ditemui ketika ini walaupun pada masa kenduri. Mungkin kerana harga barang barang yang semakin meningkat. Ia boleh dianggap sebagai makanan tradisional melayu.

Ayam masak merah sedap dimakan dengan nasi tomato. Walau bagaimanapun, ia tetap sedap dinikmati bersama nasi putih mahupun roti.

Moh kite masak!

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
6 biji tomato
10 tangkai cili kering
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 tin kecil kacang peas(hijau)
Santan pekat 1 biji kelapa
1 inci halia
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
7 kuntum bunga cengkih
7 biji buah pelaga
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam dan gula
Minyak masak

Cara-cara

Kisar bawang merah, bawah putih dan halia.

Kisar 5 biji tomato. 1 biji dihiris atau dipotong kasar.

Potong cili kering pendek-pendek dan rebus sehingga mendidih. Kisar sehingga halus.

Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak. Tidak perlu terlalu garing ataupun garing. Cukup sekadar masak isinya. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis kisaran bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.

Masukkan buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan bunga lawang. Tumis sehingga naik bau wangi.

Masukkan cili yang telah dikisar dan tumis sehingga naik minyak.

Masukkan tomato yang telah dikisar. Kacau sehingga mendidih.

Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih.

Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Biarkan seketika.

Masukkan kacang peas (hijau) dengan airnya sekali. Kacau rata.

Masukkan garam dan gula. Kacau sekali sekala sehingga kuah menjadi pekat.

Tutp api dan hidangkan.

Nikmatilah.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
www.mohkite.com

// English

Chicken cooked in red with green peas is speechless delicious. Events especially weddings seems like not complete without it. However, this type of cookings becoming more and more rare. Maybe it is due the increase or hike of goods.

Chicken cooked in red is good to have with Tomato rice. However, it is still good to have with other kind of rice and also breads.

Ingredients

1/2 chicken
6 tomates
10 dried chillies
3 onions
5 garlics
1 tin of green peas
Coconut milk from 1 coconut
1 inch of ginger
1 cinnamon bark
3 door flower
7 cloves
7 cardamom
Some turmeric powder
Some sugar and salt
Cooking oils

How to cook

Blend onions and garlics.

Blend 5 tomatoes. The other 1, cut or slice it not to thin.

Cut dried chillis to small pieces and boil it with water. After that, blend it.

Mix chicken with turmeric powder and salt. Fry until it is fully cooked or 3/4 cooked. No need to have it too crispy or even crispy. 

Heat a little cooking oil and pour in blended onians and garlic until the colour becomes yellowish or brownish.

Pour cardamom, cloves, cinnamon bark and door flower. Fry until nice smells come out.

Pour blended chilli and fry until its oil comes out.

Pour blended tomatoes and wait until they
boil.

Pour coconut and and wait until they boil once again.

Insert the fried chickens and mixed properly so those ingredients will blend themselves together.

Pour the green peas with it’s soup. Mixed them together.

Insert some sugar and salt. Mixed them until the sauce looks concentrated and densed.

Turn off the gas and serve it.

Enjoy it!

For more information and recipe, please visit
www.mohkite.com

//chinese

红熟鸡肉煮豌豆无比好吃。然而,在盛宴的时候没有了红熟鸡肉似乎不完美。可是,现在的盛宴也很难找到红熟鸡肉煮豌豆,可能是因为原料价格不断上涨。


红熟鸡肉配番茄饭很好吃。然而,搭配白米饭或面包味道也很好。

配料:
半只鸡
六粒番茄
十个辣椒干
三粒葱头
五瓣蒜头
一小罐豌豆(绿豆)
浓椰浆
一小块生姜
一支肉桂
三朵八角
七朵丁香
七粒豆蔻
少许姜黄粉
少许盐和糖
食油

煮法:

将洋葱,蒜头和生姜磨碎。
5粒番茄捣碎, 1粒切片(薄或粗随自己喜好)。
将辣椒干切成片,煮至沸腾,然后磨碎备用。
将鸡肉,姜黄粉和盐混合,然后将鸡肉炸至熟即可不需爽脆。捞起备用。
将食油烧热,然后将磨碎的葱头,蒜头和生姜一起炒至金黄色。
把豆蔻,八角,丁香,和肉桂爆炒至香。
加入磨碎的辣椒,爆炒至香和生辣椒油。
加入已经捣碎的番茄,搅拌至沸腾。
加入浓椰浆,搅拌至沸腾。
加入炸好的鸡肉,搅拌至均匀,小火煮一会儿让酱汁渗透肉里。
加入豌豆(绿色),搅拌均匀。
加入盐和糖调味。不时搅拌直到酱汁变稠。
息火并备用。

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Thursday, August 8, 2019

Resepi Puding Roti


Resepi puding roti yummy in sangat sedap dan mudah. Boleh dibuat untuk minum petang dan dinikmati bersama keluarga dan orang tersayang.
Moh kite buat!

Untuk video bagaimana cara membuatnya, sila klik link video di bawah




Resepi puding roti yang sedap dan mudah.

Apa menu nak masak hari ni? Apa nak buat time kena lock kat umah?

Masaklah resepi ini.
Bahan-bahan 10 keping roti 2 biji telur 100g kismis 50g atau 1/2 cawan gula 400ml atau 1 tin krimer sejat (susu cair) 1 sudu besar mentega 1 sudu teh esen vanilla Bahan-bahan sos kastad 400ml atau 1 tin krimer sejat 100ml atau 1/4 tin air (tin krimer tadi) 2 sudu gula 2 sudu tepung kastad.

Cara-cara

Bakar roti sehingga agak garing menggunakan pembakar roti (toaster), air fryer atau pun bakar atas pan sahaja. Jangan bakar terlalu garing sehingga hangus. Kalau hangus, nanti akan berasa pahit.

Potong empat roti yang telah dibakar. Boleh juga potong kepada kepingan atau bahagian yang lebih kecil.

Gaulkan kismis ke dalam bekas roti yang telah dipotong tadi.

Pukul telur bersama gula, esen vanilla dan susu sejat sehingga sebati.

Tuang hasil pukulan ke dalam bekas roti dan kacau rata.

Masukkan mentega yang telah dicairkan ke dalam bekas. Kacau atau gaul rata dan biarkan semuanya seketika agar diresap oleh roti.


Panaskan oven. Setelah panas, masukkan bekas roti ke dalam oven dan bakar. Gunakan suhu 180 darjah Celcius, api atas dan bawah serta set masa selama 25 minit.

Sementara menunggu siap, bolehlah buat sos kastad.


Cara-cara sos kastad

Tuang krimer sejat ke dalam periuk diikuti air, gula dan tepung kastad.

Kacau rata dan buka api.

Kacau sehingga mendidih dan likat. Tutup api.

Tuang ke dalam bekas roti yang telah siap dibakar.

Nikmatilah.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Tuesday, August 6, 2019

Resepi daging masak merah



Klik video di bawah, untuk melihat cara-cara masakan.

//Malay
Cara-cara masak daging masak merah. Daging masak merah sedap dimakan dengan nasi panas, nasi lemak, nasi minyak, nasi hujan panas, nasi kerabu dan nasi dagang. Makan macam tu sahaja pun sedap.

Moh kite masak!

Bahan-bahannya mudah dan cara memasaknya juga mudah.



Apa menu nak masak hari ni? Apa nak buat time kena lock kat umah?

Masaklah resepi ini.

Bahan-bahan

400g daging
7 sudu besar sos cili
7 sudu besar cili kering kisar/ cili boh
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 kuntum bunga lawang
1 kulit kayu manis
sedikit daun bawang

Cara-cara

Potong daging tidak terlalu tebal agar mudah empuk.

Kisar bawang putih dan bawang merah.

Potong bawang besar bulat-bulat.

Potong daun bawang sederhana panjang.

Goreng daging sehingga masak dan bertukar warna. Tidak perlu garing. Angkat dan toskan.

Keluarkan minyak dan hanya tinggalkan sedikit untuk menumis.

Tumis bawang kisar sehingga kekuningan dan naik bau.

Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

Kemudian, masukkan bunga lawang dan kayu manis. Tumis sehingga naik bau wangi.

Masukkan sos cili dan kacau rata.

Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan gaul rata sehinga sebati dan kuah melekat pada daging.

Jika terlalu likat atau kuah sudah terlalu kering, masukkan sedikit air.

Setelah kuah likat kembali, masukk cili api dan bawang besar.

Setelah bawang besar agak layu, masukkan daun bawang dan gaul rata.

Tutup api dan hidangkan.

Nikmatilah.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah

www.mohkite.com


//English
This video shoes how to cook meat in red sauce. It is so delicious and nice to have with warm/ hot rice, nasi lemak, nasi minyak, coloured rice, tomoto rice, vegetable rice, nasi dagang, etc. It is also nice to have on its own.

The ingredients and the way to cook it are simple and easy.

Ingredients

400g meat
7 table spoon of chilli sauce
7 table spoon of blended dried chilli
7 red onion
3 garlic
1 onion
3 star anise
1 cinnamon bark
3 bird eye chillis
some onion leaves

How to cook it

Cut the meat to small pieces but not to thick.

Blend garlic with red onion.

Cut the onion making rings.

Cut the onion leaves moderately long.

Fry the meat until it changes colour. No need to make it spicy.

Just leave a little oil amounts in the fryer.

Fry the blended onions and garlic until their smell come out.

Pour blended Chilli and let it well cook.

Then, insert star anise and cinnamon. Fry untul the nice smell comes out.

Pour in chilli sauce.

Put the fried meat into the pan and mixed the sauce and the meat together.

If too dry, pour in some water.

After the sauce becomes thick again, put in bird eye chillis and onions.

Lastly, put in those onion leaves and mixed everything together.

Serve it and enjoy it!

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Monday, August 5, 2019

Resepi nasi daging berempah



Resepi nasi daging berempah ini asalnya diberi oleh seorang rakan tetapi telah diubah kepada beberapa versi yang menjadikannya lebih sedap dan menyelerakan. Saya akan kongsikan versi lain nasi daging ini di dalam video yang lain.

Cara menyediakan, membuat dan memasak nasi daging ini amat mudah. Cuma masa memasak nasi sahaja yang agak lama. Bahan-bahannya juga amat senang didapati. Cuma kalau ingin rempah nasi daging utara yang sebenar, kenalah pergi ke utara untuk mendapatkannya.

Nasi daging ini sedap dimakan bersama air asam kerisik atau air asam utara yang mana resipinya didapati daripada seorang rakan lain yang memang memenuhi citarasa saya yakni pedas, masam dan secukup rasa.

Moh kite masak!

Untuk melihat cara masakan, sila klik video di bawah



Apa menu nak masak hari ni? Apa nak buat time kena lock kat umah?

Masaklah resepi ini.

Bahan bahan

1.5 pot beras basmathi
0.5kg daging
1 biji tomato
1 biji cili merah
1 paket rempah kurma
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3 kuntum bunga lawang
1 kulit kayu manis
7 biji buah pelaga
7 kuntum bunga cengkih
2 biji terung
garam secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara cara

Masak beras basmathi sehingga menjadi nasi.

Hiris nipis bawang merah dan bawang putih.

Potong atau belah bawang besar dengan potongan besar.

Potong terung kecil-kecil.

Kisar rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air bersama tomato dan cili merah.

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah serta bawang putih.

Setelah kekuningan atau layu, masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga.

Setelah naik bau, masukkan kisaran rempah kurma, tomato dan cili merah.

Apabila sudah agak pekat, masukkan bawang besar.

Masukkan daging setelah bawang agak layu, tutup kuali dan kuatkan api.

Setelah mendidih dan daging sebati dengan kuah, masukkan terung dan tutup semula kuali.

Apabila terung sudah layu/ lembut, masukkan garam dan gaul rata. Biarkan seketika untuk sebati.

Masukkan nasi tang telah dimasak dan gaul rata.

Tutup api dan masukkan kesemuanya nasi yang telah digaul ke dalam periuk nasi semula.

Tekan 'cook' dan biarkan sehingga ia 'tendang' sendiri.

Kemudian, hidangkan dan nikmatilah.


Nota:

Sedap dinikmati bersama air asam kerisik.

Link untuk air asam kerisik adalah seperti di bawah


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Thursday, August 1, 2019

Resepi kuih Lepat ubi kayu



Lepat ubi kayu adalah satu makanan tradisional yang unik dan pastinya sedap. Ianya tidaklah terlalu sukar untuk disediakan dan hasilnya pasti memikat selera.

Moh kite buat!

Untuk video cara masakan, sila klik video di bawah


Apa menu nak masak hari ni? Apa nak buat time kena lock kat umah?

Masaklah resepi ini.

Bahan-bahan

1kg ubi kayu
1/2 cawan tepung gandum
2 cawan gula merah
1/2 biji kelapa parut
sedikit garam

Cara- cara

 Parut atau sagat ubi kayu kesemuanya.

Bubuh dalam penapis dan masukkan sedikit air.

Ramas ubi kayu tadi dan perah. Pastikan air perahan mengalir ke dalam bekas.

Biar seketika sehingga air perahan mendap. Buang air dan hanya tinggalkan sedikit. Bahan yang mendap adalah tepung ubi.

Masukkan ubi di dalam penaois tadi ke dalam bekas tadi. Masukkan tepung gandum dan gaul raya.

Masukkan gula merah dan gaul rata juga sehingga menjadi sebati dan halus.

Tabur sedikit garam ke atas kelapa parut dan gaul rata. Ini untuk inti lepat ubi.

Layur daun pisang dengan api.

Letakkan ubi ke atas daun pisang. Letakkan kelapa ke atas ubi tadi dan balut atau bungkus dengan cara membungkus lepat.

Ulangi sehingga semuanya ubi habis.

Kukus sehingga daun pisang menjadi hijau keemasan. Tutup api dan hidangkanlah.

Nikmatilah keenakannya.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Sunday, July 28, 2019

Resepi Bubur lambuk


Bubur lambuk popular terutamanya di bulan Ramadhan. Ia sebenarnya adalah bubur nasi yang dicampur rempah dan santan. Terdapat kepelbagaian cara dan rasa bubur lambuk. Ini cara saya. cubalah!

Moh kite masak!

Untuk video cara-cara memasak, sila klik pautan di bawah.



Bahan-bahan

200g daging kisar
1 pot beras
santan 1 biji kelapa
1 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga
3 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan putih
1/2 jaq air
garam secukup rasa

Cara-cara

Masukkan beras yang telah dibasuh ke dalam periuk.

Masukkan jintan putih, bawang putih,  bunga lawang dan buah pelaga.

Kemudian, masuk 1/2 jag air. Pasang api dan tutup periuk.

Apabila sudah mendidih, buka penutup dan masukkan daging kisar. Tutup semula periuk.

Tutup dan buka periuk sekali sekala untuk melihat keadaan nasi.

Setelah beras menjadi nasi, masukkan santan, kacau rata dan tutup periuk semula.

Masak sehingga nasi mengembang dan pecah daripada keadaan asalnya.

Masukkan garam secukup rasa dan gaul rata. Tutup kembali periuk.

Setelah nasi pecah dan hancur, bolehlah masukkan daun bawang dan sup. Gaul rata dan tutup api.

Hidangkanlah.


Nota:

Boleh juga menggunakan daging yang dipotong kecil bagi menggantikan daging kisar.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Wednesday, July 24, 2019

Resepi ayam masak merah kenduri kacang hijau




Ayam masak merah kenduri kacang hijau memang sedap tak terkata. Kenduri-kendara seolah-olah tidak cukup lengkap tanpa ayam masak merah. Cuma, ia semakin sukar ditemui ketika ini walaupun pada masa kenduri. Mungkin kerana harga barang barang yang semakin meningkat.

Ayam masak merah sedap dimakan dengan nasi tomato. Walau bagaimanapun, ia tetap sedap dinikmati bersama nasi putih mahupun roti.

Moh kite masak!


Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
6 biji tomato
10 tangkai cili kering
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 tin kecil kacang peas(hijau)
Santan pekat 1 biji kelapa
1 inci halia
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
7 kuntum bunga cengkih
7 biji buah pelaga
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam dan gula
Minyak masak




Cara-cara

Kisar bawang merah, bawah putih dan halia.

Kisar 5 biji tomato. 1 biji dihiris atau dipotong kasar.

Potong cili kering pendek-pendek dan rebus sehingga mendidih. Kisar sehingga halus.

Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak. Tidak perlu terlalu garing ataupun garing. Cukup sekadar masak isinya. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis kisaran bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.

Masukkan buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan bunga lawang. Tumis sehingga naik bau wangi.

Masukkan cili yang telah dikisar dan tumis sehingga naik minyak.

Masukkan tomato yang telah dikisar. Kacau sehingga mendidih.

Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih.

Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Biarkan seketika.

Masukkan kacang peas (hijau) dengan airnya sekali. Kacau rata.

Masukkan garam dan gula. Kacau sekali sekala sehingga kuah menjadi pekat.

Masukkan hirisan tomato dan kacau sehingga kuah menjadi lebih pekat.

Tutup api dan hidangkan.

Nikmatilah!

Nota:

Jangan kisar bunga lawang dan masukkan ke dalam masakan, kerana bijinya boleh mengakibatkan sakit perut. Mungkin lepas balik kenduri sakit perut beramai-ramai adalah disebabkan oleh ini. Tidak dinafikan juga sebab-sebab lain.

banyak juga resepi yang divideokan dalam channel youtube 'moh kite'.




www.mohkite.com
keihlasan adalah rencah utama



Monday, July 22, 2019

Resepi Ayam Lemon



Resep ayam lemon enak banget ini adalah resepi yang dikongsi oleg seorang rakan iaitu Azlin Azmi. Cuma ada sedikit pengubahsuian mengikut citarasa saya sendiri. Hasilnya memang memuaskan!

Moh kite cuba!

Untuk video cara memasaknya, sila klik link video di bawah




Apa menu nak masak hari ni? Apa nak buat time kena lock kat umah?

Masaklah resepi ini.


Bahan-bahan 1

1/2 ekor ayam (saiz kecil)
1 sudu besar sebuk lada putih
sedikit garam
sedikit tepung gandum
1 biji telur
minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan 2

1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 biji cili api
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh lada putih
sedikit minyak masak

Cara-cara 1 (Bahan-bahan 1)

Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam bekas.

Pecahkah telur ke dalam bekas ayam.

Masukkan garam dan lada putih. Gaul rata.

Panaskan minyak di dalam kuali.

Celup ayam yang telah digaul ke dalam tepung gandum dan goreng.

Celup dan goreng setiap ketulan ayam sehingga habis.

Angkat dan toskan.

Cara-cara 2 (Bahan-bahan 2)

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

Tumis bawang putih sehingga kekuningan.

Masukkan cili api dan kacau rata.

Masukkan lada putih dan kacau rata.

Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuali.

Masukkan garam dan kacau rata sehingga menjadi likat.

Masukkan ayam dan kacau rata.

Perah lemon dan kacau rata sehingga pekat dan sebati.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Sunday, July 14, 2019

Resepi udang goreng nestum


Resepi Nestum Cereal Butter Prawn ini diberi oleh seorang rakan hanya kerana dia telah memaparkan hasil masakannya di Instagram. Gambar yang dipaparkan sangat menarik dan nampak sedap sehinggalah hasilnya telah saya perolehi sendiri dengan memasaknya dengan sedikit perubahan daripada resepi asal.

Moh kite masak!

Resepi dan cara-cara membuat atau memasaknya boleh juga dilihat di link youtube dibawah







Bahan-bahan 1

300g udang sederhana besar
sedikit garam
1 biji telur
sedikit serbuk kari ikan
sedikit tepung gandum

Bahan bahan 2

2 sudu besar mentega masin (salted butter)
2 tangkai daun kari
3 biji cili api
1 paket nestum 3 in 1
3 ulas bawang putih
sedikit gula


Cara-cara (Bahan-bahan 1)

Masukkan garam ke dalam mangkuk udang yang telah dibersihkan dan gaul rata.

Pecahkan telur dan pukul rata.

Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam mangkuk udang dan gaul rata.

Masukkan serbuk kari ke dalam bekas tepung dan kacau rata.

Panaskan minyak, celup udang ke dalam tepung dan goreng sehingga garing.

Ulang sehingga semua udang habis digoreng.


Cara-cara (Bahan-bahan 2)

Cincang halus bawang putih.

Hiris halus cili api.

Panaskan pan dan cairkan mentega.

Masukkan daun kari, bawang putih dan cili api ke dalam pan. Goreng sehingga bawang putih berwarna kekuningan dan daun kari agak layu.

Masukkan udang dan nestum 3 in 1. Gaul rata.

Masukkkan gula jika mahu dan gaul rata.

Kacau sehingga rata semuanya garing.

Angkat dan hidangkan.

Nota:

1) Kredit kepada Siti Munirah untuk resepi ini.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Wednesday, June 26, 2019

Resepi kuih Lepat Pisang




























LLepat pisang adalah salah satu kuih (kue) muih tradisional melayu. Salah satu pisang yang sedap dibuat lepat adalah pisang awak. Cara membuatnya sama seperti cekodok atau jemput-jemput pisang. Cuma, bezanya ia dibungkus dengan daun pisang dan dikukus.

Ianya sedap dibuat kudapan seisi keluarga. Rasanya yang manis pasti juga digemari oleh anak-anak kecil. Bau daun pisang itu juga pasti memikat. Sebab itulah ia banyak digunakan dalam masakan dan juga untuk membungkus nasi lemak dan sebagainya. Kuih juga dikenali sebagai penganan dan sesuai dibuat kudap atau kudapan.

Moh kite buat!

Untuk melihat cara-cara menyediakan dan memasaknya, tontonilah video di bawah.



Bahan-bahan

1 sikat pisang awak
1/2 sudu teh garam
1 cawan tepung gandum
sedikit kelapa parut putih (jika mahu inti)

Cara-cara

Asingkan kulit pisang dan masukkan isi ke dalam bekas.

Lenyek pisang sehingga lumat/ halus.

Masukkan garam dan tepung. Gaul sehingga rata dan sebati.

Layur daun pisang menggunakan api.

Potong daun pisang kepada bahagian-bahagian untuk membungkus lepat.

Letakkan pisang yang telah diadun ke dalam daun dan bungkus.

Jika mahu inti, letakkan inti sebelum membungkus.

Kukus dengan menggunakan pengukus sehingga daun pisang menjadi kuning atau hijau keemasan.

Tutup api dan nikmatilah.

Nota:

1) Cara mengenali pisang awak adalah dihujung buahnya terbonjol sedikit.
2) Daun pisang perlu dilayur dengan mengenakan api ke bahagian atasnya. Ini akan membantu agar daun pisang tidak mudah putus atau pecah.
3) Pisang boleh dilenyek dengan menggunakan gelas yang tebal dan keras di bahagian bawahnya. Boleh juga menggunakan food processor jika ada.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama