Pages

Monday, January 27, 2020

Resepi Kerabu Salom




Resepi (resep) kerabu salom daripada channel Moh Kite yang sedap dan mudah. Bahan-bahan mentahnya juga senang didapati. Ia boleh dikatakan sebagai masakan melayu yang menganjurkan makan makanan yang sihat. Ia sesuai untuk yang diet daripada makanan atau sayur yang digoreng dan berlemak. Eat clean.

Moh kite buat!
Bahan-bahan
1 ikat daun salom
4 biji cili merah/ besar
2 biji bawah merah/ kecil
2 biji tomato
1/2 biji kelapa parut
Sedikit belacan
Sedikit garam
Cara-cara
Potong 3 biji cili merah pendek-pendek dan tumbuk halus menggunakan lesung batu dengan sedikit garam.
Masukkan belacan dan tumbuk/ gesek rata.
Hiris limau nipis dan perahkan ke dalam lesung batu. Gesek rata.
Masukkan kelapa parut sedikit demi sedikit dan tumbuk rata menjadi sambal kelapa.
Basuh daun salom, tomato dan bawang yang telah dikupas.
Potong daun salom pendek pendek dan masukkan ke dalam mangkuk.
Hiris atau potong dadu tomato dan masukkan ke dalam mangkuk.
Hiris bawang merah dan masukkan ke dalam mangkuk.
Hiris 1 biji cili merah dan masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan sambal kelapa ke dalam mangkuk dan kacau rata.
Siap dan sedia untuk dihidang dan dinikmati.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi ayam masak kicap



Resepi dan cara masak ayam masak kicap yang sedap dan mudah.

Moh kite cuba!
Bahan-bahan
1 ekor ayam
3 biji tomato
2 bij bawang besar
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam
3 kuntum bunga lawang
1 kayu manis
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
1 cawan kicap lemak manis (kecap saus)
1 sudu cili boh
Cara- cara


Basuh tangan bersih-bersih. Ambil wudhu’ lagi bagus.
Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sehingga garing. Kemudian angkat dan toskan.
Kisar 1 cawan kicap bersama 1 sudu cili boh, sebiji bawang besar dan secawan air.
Potong bulat sebiji lagi bawang besar.
Hiris nipis tomato.
Masukkan ayam ke dalam mangkuk atau bekas.
Masukkan hasil kisaran ke dalam mangkuk ayam.
Masukkan juga bawang besar dan tomato.
Gaul rata dan tutup. Perap selama 40-60 minit.
Hiris nipis bawang merah dan bawang putih.
Panaskan sedikit minyak gorengan ayam di dalam kuali.
Tumis bawang merah dan putih sehingga layu.
Masukkan lada hitam, bunga lawang dan kayu manis. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan hasil perapan kesemuanya.
Masak sehingga pekat.
Tutup api. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.
Hiris sebiji cili merah dan taburkan ke dalam mangkuk.
Hidangkan.



Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Wednesday, January 15, 2020

Resepi mee goreng ala mamak



Resepi dan cara memasak mee goreng ala mamak kuch kuch hota hai. Kuch kuch hota hai bermaksud something something is happening seperti yang diberitahu oleh seorang rakan Hindi, Saurabh Pandey. Atau dalam bahasa melayunya “sesuatu sedang berlaku”.

Moh kite masak!
Bahan-bahan
Mee kuning
3 sudu kicap mer
3 sudu sos cili
1 sudu cili boh
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit isi ayam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
2 biji telur
Cara-cara


Basuh tangan bersih-bersih. Ambil wudhu’ lagi bagus

Celur mee kuning untuk membuang minyak dan bawan pengawetnya.
Garamkan dan kunyitkan isi ayam.
Panaskan mintak di dalam kuali.
Genggam sedikit air dan renjis atau buang ke dalam minyak panas untuk membuang bau minyak. Katanya makanan akan lebih sedap kalau buat macam ini.
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kuning layu.
Masukkan cili boh dan tumis sehingga cili masak.
Masukkan ayam dan goreng hingga ayam masak.
Masukkan kicap mee dan sos cili. Masak sehingga sebati.
Masukkan mee yang telah dicelur tadi dan kacau rata.
Lubangkan atau kosongkan tengah kuali dan pecahkan 2 biji telur.
Kacau telur sampai pecah kecil dan kering. Kemudian baru gaul dengan mee.
Masukkan daun kucai dan hirisan cili merah.
Kacau rata kesemuanya sehingga agak kering.
Tutup api dan hidangkan.
Nota:

Boleh tambah tauhu dan cucur goreng.
Boleh juga diperah limau bagi yang suka.
Boleh juga tambah sos semasa hidang.
Nak pedas lebih, guna lebih cili boh atau potong cili padi dan masukkan ke dalam mee.



Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Tuesday, January 14, 2020

Ngaku chips | Arrowhead chips | CNY Chips



Resepi atau cara membuat kerepek ubi arrow head atau ngaku
Ubi ini ada musim tertentu sahaja kewujudannya. Berasal daripada negeri China dan harganya tidaklah terlalu mahal. Rasanya unik dan yang penting sedap.
Ia juga dikenali sebagai Chinese New Year CNY Chips. Mungkin sudah menjadi makanan perayaan setahun sekali macam Prosperity Burger McDonald McD di Malaysia.


Moh kite cuba!
Bahan- bahan
Ubi Arrow Head
1 sudu marjerin
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Alatan
Grater/ pemarut/ slicer
Kuali
Sudip
Mangkuk
Tisu dapur
Cara-cara
Kupas ubi Arrow Head, basuh dan toskan.
Panaskan minyak. Masukkan garam dan marjerin.
Slice ubi ke dalam kuali.
Bila sudah kuning keperangan, angkat.


Nota: gambar thumbnail adalah dengan slicer yang proper.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi kuih ketayap atau kuih gulung



Ketayap atau kuih gulung adalah salah satu kuih tradisional melayu yang amat mudah disediakan dan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Ianya sesuai dinikmati sebagai sarapan atau minum petang.

Moh kite cuba!
Berikut adalah resepi kuih ini. Bahan-bahan inti
1 cawan gula
1/2 biji kelapa parut
1/2 sudu teh tepung gandum
Bahan-bahan kulit
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
5 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
Sedikit air


Cara-cara Inti

Sangai gula di dalam kuali sehingga cair keperangan.
Masukkan kelapa parut dan gaul rata.
Masukkan 1/2 sudu teh tepung gandum dan gaul rata.
Tutup api dan angkat.
Siap!

Cara cara Kulit

Basuh dan tumbuk halus daun pandan dengan lesung.
Masukkan air dan kacau rata.
Masukkan 1 cawan tepung gandum ke dalam mangkuk.
Tapis air daun pandan ke dalam mangkuk tepung. Kacau rata dan pastikan agak cair dan mengalir. Jika masih likat atau pekat, tambah air daun pandan.
Pecahkan hujung telur dan ambil putihnya sahaja. Putih telur adalah yang berwarna lutsinar ketika belum dimasak.
Masukkan putih telur dan 1/2 sudu teh garam ke dalam mangkuk tepung. Kacau atau pukul rata.
Panaskan kuali tidak melekat atau non stick pan.
Gunakan senduk dan tuang bancuhan ke atas non stick pan. Gunakan belakang senduk untuk meratakannya.
Setelah semua bancuhan di atas non stick pan kering, angkat dengan berhati-hati agar kepingan kulit ketayap tidak pecah.
Ulang proses sehingga bancuhan habis.

Cara-cara

Letak inti ke atas sekeping kulit ketayap dan gulung.
Ulangi proses sehingga habis kesemuanya.

Nota:

Jangan sangai gula terlalu lama atau sehingga menjadi gelap. Jika sudah mula gelap, ia akan pahit.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama