Pages

Saturday, March 28, 2020

Resepi Ikan Siakap masak halia


Resepi (resep) ikan siakap (kakap) ini adalah resepi yang dicuba-cuba dan menjadi. Sebab itulah ianya special. Malah ikan siakap yang agak besar ini tidak cukup untuk 6 orang makan. Itupun beserta dengan lauk lain. 

Moh kite masak!

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap (kakap) besar
1 biji cili merah
7 biji cili padi (cabe rawit)
2 batang serai
3 ulas bawang putih
3 inci halia (jahe)
1 cawan air
sedikit limau nipis
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak masak





Cara-cara

Basuh dan bersihkan tangan. Sebaiknya berwudhu'.

Siang dan bersihkan ikan. Garam kunyit.

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan sehingga garing.

Cincang bawang putih.

Cincang halia.

Hiris serai.

Potong cili merah dan cili api pendek-pendek. Tumbuk menggunakan lesung batu. Tak perlu sampai lumat.

Masukkan serai dan tumbuk rata. Tak perlu terlalu hancur atau lumat.

Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. 

Tumis bawang putih sehingga naik bau.

Masukkan halia dan kacau rata sehingga halia kelihatan kembang.

Masukkan hasil tumbukan cili dan halia. Kacau rata sehingga cili agak masak.

Masukkan secawan air dan biar sehingga mendidih.

Masukkan ikan biar seketika dan alih-alihkan agar semua bahagian terkena bahan tumisan.

Masukkan garam secukup rasa dan alih-alihkan ikan.

Tutup api.

Hidangkan.

Nota: 

1. Untuk lebih pedas, lebihkan cili api (cabe rawit)
2. Untuk kesan halia (jahe) buang angin lebih banyak, lebihkan ia.
3. Sesuai dibuat makan tengahari (siang) dan malam.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Friday, March 27, 2020

Resepi kuih tepung talam gula merah


Banyak makanan serta resepi (resep) masakan kuih (kue) muih tradisi ataupun tradisional melayu yang semakin dilupakan. Maksud dilupakan adalah semakin ramai yang tidak tahu membuatnya. Tepung talam gula merah ini adalah salah satu daripadanya. Moh kite belajar dan cuba buat tepung talam ini. Resepi mungkin berbeza antara satu tepung talam dengan tepung talam yang lain.

Bahan-bahan (lapisan bawah - gula merah)

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula merah
4 sudu gula pasir putih
2 cawan air

Cara-cara (lapisan bawah)

Bersikan tangan sebaiknya berwudhu'.

Masak gula merah dan gula putih dengan satu cawan air sehingga larut kesemuanya. Sejukkan seketika.

Masukkan tepung gandum ke dalam besen atau mangkuk.

Masukkan larutan gula dan baki 1 cawan air. 

Gaul rata dan pecahkan/ hancurkan tepung tepung yang terapung sebaik mungkin. 

Tapis hasilnya ke dalam loyang.

Didihkan air untuk mengukus.

Masukkan loyang ke dalam pengukus.

Kukusan akan mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Sementara itu sambung dengan bahan-bahan dan cara-cara buat lapisan atas.

Bahan-bahan (lapisan atas - santan)

1 cawan tepung beras
2 cawan santan pekat
1/4 sudu teh garam

Cara-cara

Bersihkan tangan atau lebih baik berwudhu'

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.

Tapis ke dalam periuk. 

Masak sehingga sedikit pekat.

Setelah 15 minit kukusan lapisan bawah selesai di dalam periuk pengukus, cakar cakarkan bahagian atas lapisan bawah.

Tuang lapisan atas ke atas bahagian bawah di dalam loyang (di dalam pengukus).

Kukus selama 15 minit lagi.

Tutup api dan sejukkan kepada suhu bilik.

Boleh dihidang dan dinikmati.

Nota:
  1. Jika mahu, boleh juga disejukkan di dalam peti sejuk.
  2. Jika mahu lapisan atas nipis, tebalkan lapisan bawah dengan menambah bahan dan kurangkan bahan lapisan atas.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Wednesday, March 25, 2020

Resepi sambal belacan




Cara-cara yang buat resepi (resep) sambal belacan yang power, sedap dan mengancam jiwa.

Moh kite buat! Bahan-bahan Cili api/ cili padi (cabe rawit) sedikit garam sedikit belacan (terasi) sedikit air asam jawa (asem jawa) Cara-cara Tumbuk cili api di dalam lesung batu sehingga lumat bersama sedikit garam. Masukkan sedikit belacan dan tumbuk rata kesemuanya. Masukkan air asam jawa dan giling rata. Siap!!

Kat youtube ada video cara membuatnya.


Nota: 1) Enak dimakan bersama ulam-ulaman dan sayur yang dicelur atau direbus. 2) Kalau nak buat sambal kelapa, hanya masukkan kelapa ke dalam lesung batu yang ada sambal belacan dan tumbuk kelapa bersamanya.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi pelengat pisang




Pelengat pisang ni popular di Kedah. Resepi (resep) kuih (kue) ni pun orang Jitra yang bagi. Ia agak berbeza dengan bancuhan cekodok dan lepat pisang kerana ia menggunakan tepung beras dan juga santan. Rasanya sudah pasti manis dan sudah tentukah sedap. Moh kite buat!
Bahan-bahan 10 biji pisang berangan 1 cawan tepung beras 1 sudu gula merah 1/2 sudu teh garam 1/3 cawan santan Sedikit gula Sedikit air Sedikit minyak masak Cara-cara Lenyek pisang di dalam bekas/ besen. Boleh gunakan garpu, penekan daging burger, bawah gelas yang keras atau apa sahaja. Janji lenyek. Seeloknya rasa pisang dahulu. Kalau pisang sudah manis, kurangkan gula. Bancuh gula merah dengan sedikit air dan masukkan ke dalam bekas pisang yang dilenyekkan tadi. Kacau/ gaul rata. Masukkan garam dan gula. Kacau/ gaul rata. Masukkan tepung beras sedikit demi sedikit. Kacau/ gaul rata. Masukkan santan. Kacau/ gaul rata. Kalau terlalu lembik atau cair, tambah sedikit tepung. Jangan terlalu banyak, nanti dah nasak jadi keras. Cukup sekadar likat. Minyakkan loyang menggunakan tisu. Masukkan aduan ke dalam loyang. Didihkan air di dalam pengukus. Masukkan loyang ke dalam pengukus. Kukus kita-kira 45-60 minit. Jika buka diantara waktu itu dan ada air bertakung diatas adunan di dalam loyang, buang menggunakan sudu. Sejukkan pada suhu bilik dan bolehlah nikmati. Kalau suka lagi kering dan sejuk, sejukkan di dalam peti ais dahulu. Nota: 1) boleh juga guna pisang lain seperti pisang awak.

Cara-cara membuatnya ada juga di channel youtube moh kite. Sila klik pautan di bawah.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Tuesday, March 24, 2020

Resepi kuih Kaswi


Kuih kaswi atau kuih kasui adalah yang agak simple atau mudah cara pembuatannya. Cuma mungkin tidak semua orang ada tepung ubi dan kapur makan di rumah. Jadi kenalah beli dulu. Kena belajar dan cuba buat resepi (resep) kuih (kue) tradisional melayu kita ni. Resepi ini menggunakan sukatan cawan atau gelas.

Moh kite buat!

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum (bukan tepung gundam ye.. gundam wing tu best betul)
1/2 cawan tepung ubi kayu
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir putih
1/3 sudu teh kapur makan
4 cawan air
1/2 biji kelapa parut (putih)
Sedikit garam




Cara-cara

Bancuh kapur makan dengan sedikit air. Guna air di dalam bahan-bahan di atas.

Masukkan gula pasir ke dalam periuk dan masukkan sedikit air. Panaskan dan kacau sehingga larut. Guna air di dalam bahan-bahan di atas.

Masukkan tepung gandum, tepung ubi, gula merah, bancuhan air kapur, larutan gula pasir dan air ke dalam bekas/ besen.

Gaul rata dan hancurkan/ larutkan tepung serta gula merah sebaik mungkin.

Tapis ke dalam loyang.

Didihkan air di dalam pengukus.

Masukkan loyang ke dalam pengukus dan kukus 40-45min. Jika ada air di atas kuih, tuang/ buang.

Sejukkan seketika kepada suhu bilik. Kemudian sejukkan pula di dalam peti sejuk kira-kira 30 minit.

Garamkan kelapa parut dan kacau rata.

Potong kuih kaswi cantik-cantik dan gaul ke dalam kelapa parut.

Hidangkanlah.

Nota:
Sedap dimakan kalau sejuk.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Saturday, March 21, 2020

Resepi daging masak rempah




Daging masak rempah ini sangat sedap rasanya. Kena pulak makan dengan nasi panas ketika tengahari, memang mantap dan padu. Ianya adalah masakan yang menggunakan serbuka kari, cuma ia tidaklah seperti masakan kari pekat ala mamak atau pun gulai kari yang dimasukkan santan. Ini kerana ia sedikit berminyak. Mungkin boleh dikatakan sebagai masak kari goreng ataupun tumis. Cubalah resepi (resep) masakan ini.


Moh kite masak!

Bahan-bahan

1/2kg daging
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1/2 paket serbuk kari daging
1 tangkai daun kari
1 inci halia
1 kulit kayu manis
1/2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara-cara

Basuh dan bersihkan tangan. Lebih baik kalau ambil wudhu’.

Potong daging kecil-kecil, basuh dan toskan.

Hiris nipis bawang merah dan bawang putih.

Potong halia seperti bentuk lidi.

Bancuh serbuk kari dengan sedikit air.

Panaskan minyak masak di dalam kuali.

Masukkan halia dan kayu manis.

Setelah naik bau, masukkan bawang merah dan bawang putih.

Setelah bawang agak layu, masukkan bancuhan kari.

Setelah naik minyak, masukkan daun kari. Tangkainya dibuang.

Tunggu sehinga daun kari agak layu. Masukkan daging.

Kacau rata selalu, sehingga air daging kering dan minyak kembali naik.

Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata.

Biarkan seketika dan tutup api.

Hidangkanlah.

Nota:
  1. Perlu minyak masak yang agak banyak
  2. Boleh taburkan cili merah yang dihiris nipis.
  3. Boleh dimakan dengan nasi putih, nasi beriani dan segala jenis roti seperti roti sandwich, roti jala, roti puri dan sebagainya.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Friday, March 13, 2020

Resepi cendawan tiram kelabu masak lemak



Cendawan tiram kelabu atau kulat tiram kelabu boleh di masak pelbagai cara. Antaranya adalah sup, sayur campur, goreng dan tumis. Moh kite cuba resepi (resep) ini, cendawan tiram masak lemak. Ia adalah resepi yang mudah tetapi sedap.


Bahan-bahan
Cendawan tiram
1 cawan santan kelapa (1 kotak 200g)
1 batang serai
3 biji cili api
1 sudu serbuk kunyit
1 keping asam gelugor (asam keping)
500ml air (setengah jug)
Garam secukup rasa

Cara-cara
Basuh tangan bersih-bersih. Ambil wudhu’ lagi bagus.


Bersihkan cendawan tiram dan masukkan ke dalam periuk.
Buang tangkai cili api dan patah-patahkan ke dalam lesung batu.
Gesek/ tumbuk cili api bersama garam sehingga lumat.
Masukkan serai dan ketuk/ tumbuk.
Masukkan serbuk kunyit, asam gelugor, cili api dan serai ke dalam periuk.
Masukkan juga air dan santan kelapa.
Letak periuk di atas dapur dan buka api.
Kacau selalu agar santan tidak pecah lemak.
Apabila sudah mendidih, masukkan garam secukup rasa.
Kacau rata sehingga sebati.
Tutup api dan hidangkan.
Nota:
1) asam gelugor boleh digantikan dengan asam jawa atau belimbing buluh atau limau.
2) untuk kenikmatan berganda, tambah cili api untuk lebih pedas.
3) sesuai untuk hidangan berbuka puasa (iftar).
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Asam pedas ikan kembung siam | kaeng som phed



Moh kite masak asam pedas. Kali ni kite masak asam pedas siam atau pun dalam bahasa siamnya kaeng som phed. Cara dan bahan untuk memasaknya agak berlainan daripada yang biasa tetapi nampak sesuai untuk mereka yang eat clean atau makan secara sihat kerana tiada penggunaan minyak masak dan gula. Resepi (resep) yang unik dan pastinya sedap.

Bahan-bahan
2 ekor ikan kembung
7 tangkai cili kering
7 biji cili api
2 atau 3 keping asam keping (asam gelugor)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh belacan
Sedikit kacang bendi (banyak pun boleh)
Sedikit daun kesom (biar ada bau dan rasa)
Garam secukup rasa
3 ulas bawang putih
Sedikit kunyit hidup
Sedikit lengkuas
1 kuntum bunga kantan
700- 750ml air
Cara-cara


Basuh tangan bersih-bersih. Ambil wudhu’ lagi bagus.
Potong cili kering pendek-pendek dan buang bijinya sebanyak mungkin. Basuh dan rebus.
Setelah mendidih, tuang ke dalam penapis dan basuh serta buang lagi bijinya sebanyak mana yang boleh.
Masukkan ke dalam pengisar cili kering yang telah direbus tadi bersama cili api, bawang putih, serbuk lada hitam, belacan, kunyit hidup dan halia. Kisar halus kesemuanya.
Masukkan hasil kisaran ke dalam periuk. Masukkan juga bunga kantan dan asam keping.
Masak sehingga mendidih. Kemudian, masukkan kacang bendi, ikan kembung dan daun kesom.
Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa.
Tutup api dan hidangkan.
Nota:
1) boleh dibuat lauk berbuka puasa atau iftar nanti.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi sambal tumis sotong petai




Moh kite masak sambal petai sotong (cumi-cumi) pula. Bagi penggemar petai, ianya pasti sukar dilepaskan. Sambal sotong saja dah best. Ini pulak ditambah dengan penaik selera bernama petai. Resepi (resep) ini pastinya menggiurkan dan mengecurkan.

Bahan-bahan
4 ekor sotong sederhana besar (cumi-cumi)
7 sudu cili giling (cili boh)
1 mangkuk kecil isi petai (pete)
1 biji bawang besar
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh pes asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit gula (jika mahu)
Cara- cara


Basuh tangan bersih-bersih. Ambil wudhu’ lagi bagus.
Siang sotong, bersihkan dan toskan.

Hiris bawang merah dan bawang putih.
Potong bulat bawang besar.

Belah dua isi petai.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu.
Masukkan cili giling dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan bawang besar dan petai. Masak sehingga bawang besar sedikit layu.
Masukkan pes asam jawa. Kacau rata.
Masukkan sotong dan kacau rata.
Setelah mendidih masukkan garam dan gula (jika mahu).
Kacau rata sehingga sebati.
Tutup api dan hidangkanlah.
Nota:

1. sedap dimakan dengan nasi lemak
2. Sesuai juga sebagai hidangan berbuka puasa (iftar)


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Saturday, March 7, 2020

Resepi ayam pencen masak lemak mangga dan pegaga




Ayam pencen atau ayam tua memang keras tetapi kalau kena cara memasaknya, ia akan jadi lebih sedap daripada ayam daging biasa. Moh kite memasak ayam pencen masak lemak cili api mangga dan pegaga. Isi ayam pencen yg lebih kenyal atau pejal lebih sedap. Umpama makan daging itik pula rasanya. Cubalah resepi (resep) masakan ayam ini.

Moh kite cuba!
Bahan-bahan
1 ekor ayam pencen/ ayam tua
2 cawan santan / 200g X 2 santan
3 batang serai
2 liter air/ 1 jug air
1 sudu garam
1 sudu serbuk kunyit/ 1 inci kunyit hidup
7 biji cili api
3 biji mangga muda
Segenggam/ seikat pegaga

Cara-cara


Basuh tangan bersih-bersih. Ambil wudhu’ lagi bagus.
Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam periuk.
Buang tangkai cili api dan tumbuk halus dengan lesung batu.
Ketuk atau tumbuk penyek serai dalam lesung yang sama.
Masukkan kesemua yang ditumbuk/ diketuk ke dalam periuk.
Masukkan serbuk kunyit.
Masukkan santan.
Belah 2 mangga muda dan masukkan ke dalam periuk.
Letak di atas dapur, buka api dan masak.
Kacau selalu agar santan tidak pecah lemak.
Masak selama 75-90 minit agar isi ayam menjadi lemut dan boleh dikunyah.
Masukkan secawan lagi santan.
Masukkan pegaga. Kacau rata.
Rasa masakan anda, jika kurang masin, tambah garam secukup rasa.
Nota:
1) untuk lebih pedas tambah cili api.
2) untuk lebih masam tambah mangga muda
3) boleh juga guna ayam daging biasa. Tak perlu masak terlalu lama untuk ayam biasa.
4) ayam pencen juga sedap dimasak rendang untuk hari raya dimakan bersama lemang dan ketupat.

5) kalau ada pressure cooker, proses melembutkan ayam akan menjadi lebih cepat juga.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama