Pages

Thursday, April 30, 2020

Resepi Kuih Seri Muka



Resepi (resep) kuih Seri Muka salah satu jenis kuih muih tradisional melayu yang amat popular terutamanya di bulan puasa Ramadhan. Ianya amat sesuai dibuat sarapan, minum petang dan juga juadah berbuka puasa. Ada juga yang memanggil kuih ini dengan nama pulut sekaya.

Moh kite cuba buat!

Bahan-bahan pulut

1 cawan pulut
1 cawan santan
1.5 cawan air
Sedikit garam

Bahan-bahan tepung

1.5 cawan air
1/2 cawan santan
1/2 cawan gula
1 cawan tepung
10 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau



Cara-cara

Basuh beras pulut. Masukkan ke dalam rice cooker.

Masukkan bahan-bahan pulut yang lain iaitu santan, air dan garam.

Tanak atau masak pulut dengan rice cooker itu.

Didihkan air sementara menunggu pulut masak.

Potong daun pandan ke dalam pengisar, masukkan air dan kisar.

Tapis dan ambil airnya. Masukkan sedikit pewarna untuk mendapatkan warna hijau yang cantik.

Bersihkan pengisar dan masukkan tepung, santan dan gula. Masukkan juga air daun pandan tadi.

Kisar sehingga sebati semuanya.

Masukkan pulut yang telah masak ke dalam loyang. Padatkan dan ratakan.

Tuang hasil kisaran ke dalam loyang di atas pulut.

Kukus selama 15 minit.

Angkat dan sejukkan sebelum dipotong.

Hidangkan dan nikmatilah.

#serimuka
#kuihtradisional
#mohkite

Nota:

1. Jangan buka pengukus selalu kerana air akan jatuh ke dalam loyang. Jika boleh, jangan buka terus sebelum angkat.
2. Kredit kepada sahabat Noor Azlan Hassan dan isteri untuk resepi ini.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Tuesday, April 28, 2020

Resepi Ketupat Sotong Terengganu




Resepi ketupat sotong Terengganu atau tupak sotong ganu yang amat mudah tetapi amat menyelerakan. Sesuai dibuat juadah atau hidangan berbuka puasa dan juga hidangan rumah terbuka hari raya. Moh kite cuba buat! Bahan-bahan 4 ekor sotong (agak besar) 1 cawan beras pulut 2 cawan santan cair (untuk merendam beras) 3 cawan santan pekat (untuk kuah) Secubit halba 1 cm halia (dimayang) 3 biji bawang merah (dimayang) 1 sudu gula Garam secukup rasa
Cara-cara Rendam beras pulut dengan santan cair sekurang-kurangnya 2 jam. Bersihkan sotong. Buang kulitnya. Masukkan beras pulut ke dalam sotong dan sematkan dengan lidi. Cucuk-cucuk badan sotong dengan lidi. Masukkan sotong ke dalam periuk. Masukkan santan pekat. Masukkan bawang, halba, halia, garam, dan gula. Masak sehingga sotong masak dan kuah menjadi pekat. Sedia untuk dihidang. #ketupatsotong #ketupatsotongterengganu #mohkite
Nota: 1. Kuah akan berwarna merah jika sotong tadi tidak dibuang kulit. 2. Halba yang terlalu banyak akan menyebabkan rasa yang kurang sedap kerana menjadi rasa atau bau kari. 3. resepi dari trg ini tidak menggunakan gula perang @ nisan @ gula spt resepi kelantan 4. Kredit Ahmad Naidi Osman untuk resepi ini.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Monday, April 27, 2020

Resepi kuih tepung pelita




Tepung pelita atau lebih dikenali sebagai Limas di negeri Perak adalah salah satu jenis kuih muih yang amat digenari ramai terutamanya sebagai juadah berbuka puasa di bukan Ramadhan. Ia juga adalah salah satu kuih tradisional melayu.

Moh kite cuba buat!

Bahan utama

Daun pisang

Bahan-bahan (bawah)

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan santan
5 cawan air
10 helai daun pandan
Sedikit pewarna

Bahan-bahan (atas)

1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
Secubit garam



Cara-cara

Buat takir atau acuan atau bekas atau tempayan untuk kuih tepung pelita.

Didihkan air di dalam periuj pengukus.

Potong daun pandan pendek-pendek ke dalam pengisar.

Masukkan air dan pewarna. Kisar sehingga hancur lumat.

Tapis dan ambil airnya.

Bersihkan pengisar dan masukkan bahan-bahan atas berserta air daun pandan tadi. Kisar sehingga semua hancur dan sebati.

Masukkan sedikit gula ke dalam acuan tepung pelita dan masukkan bahan kisaran. Cukup sekadar 2/3 bekas kerana nanti akan dimasukkan bahan atas.

Kukus di dalam  pengukus selama 7-10 minit atau tepung menjadi agak beku.

Kisar semua bahan-bahan (atas) sehingga sebati.

Tuang menggunakan sudu ke atas bahagian bawah dia dalam pengukus dan kukus semula selama 3-5 minit.

Angkat dan hidangkan.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Monday, April 20, 2020

Resepi Kuih Buah Melaka Onde Onde




Kuih buah melaka atau onde onde atau di Kelantan dikenali sebagai kuih kekoh cha atau di Indonesia dikenali sebagai kue klepon adalah salah satu jenis kuih muih tradisional melayu yang amat popular terutamanya sebagai juadah berbuka puasa. Cara buat (bikin) kuih ini agak mudah dan cepat. Resepi (resep) kuih ini adalah seperti berikut.

Moh kite cuba!

Bahan- bahan

2 cawan tepung pulut
Sedikit air
10 helai daun pandan
1 keping gula melaka
Pewarna hijau (jika perlu)

Sedikit kelapa parut putih
Sedikit garam



Cara-cara

Kisar daun pandan dengan air.

Tapis menggunakan penapis dan ambil airnya. Jika airnya terlalu pudar warnanya, bolehlah ditambah pewarna untuk kelihatan lebih cantik.

Sebaiknya didihkan air di dalam periuk sementara menyediakan adunan.

Masukkan tepung pulut ke dalam besen/ bekas.

Masukkan air pandan sedikit demi sedikit. Ini agar adunan tidak terlalu cair atau terlalu keras.

Potong gula melaka kecil kecil.

Buat doh kecil dan ratakan atau tekan agar boleh dimasukkan gula melaka. Tutup gula melaka dengan adunan dan jadikan ia bulat.

Masukkan terus je dalam air mendidih.

Ulang sehingga adunan habis.

Buah melaka yang telah masak akan timbul. Biarkan lama sedikit agar gula melaka di dalamnya cair atau tunggu sehingga buah melaka tenggelam semula.

Angkat dan toskan.

Gaul kelapa parut dengan sedikit garam.

Gaulkan buah melaka dengan kelapa parut.

Hidangkan.

Nota:

  1. Sesuai untuk sarapan, minum petang dan berbuka puasa (iftar)
  2. Ada resepi yang tanbah sedikit atau sesudu tepung beras atau tepung gandum. 
  3. Pastikan tidak terlalu banyak garam, nanti masin.
  4. Untuk warna menarik, gunakanlah pewarna.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi kek butter atau Butter cake


Resepi kek butter atau butter cake yang menggunakan 5 bahan ini amat mudah dibuat tetapi amat sedap. Masa penyediaannya juga tidak terlalu. Cuma masa membakarnya lama sedikit iaitu kira kira 40-45 minit.
Moh kite bakor!

Bahan-bahan

250gm mentega (butter)
4 biji telur 
1 cawan  gula caster
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanilla



Cara-cara

Panaskan ketuhar (oven).

Pastikan mentega (butter) dilembutkan atau telah lembut di luar peti sejuk. 

Ambil sedikit kira-kira sesudu dan asingkan. Ini untuk disapukan kepada bekas kek nanti.

Pukul mentega bersama gula sehingga kembang atau sehingga gula larut.

Masukkan 1 biji telur dan kacau sedikit.

Ulangi untuk 3 biji telur lagi.

Masukkan esen vanilla dan kacau sedikit. Esen vanilla digunakan untuk menutup atau menghilangkan bau telur. 

Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata.

Sapu bahagian dalam bekas kek dengan mentega yang telah diasingkan tadi. Tepungkan juga sedikit bahagian dalam bekas itu. Ini supaya kek tidak melekat pada bekas.

Masukkan ke dalam oven dan bakar suhu 175 C api atas bawah selama 40-45 minit.

Sejukkan dan keluarkan dari bekas dan potong.

Hidangkan dan nikmatilah.

Nota:
  1. Credit to my friend Azah Aziz for the recipe.
  2. Esen vanilla kalau tak ada pun tak mengapa. Cuma nak bau lagi sedap, kenalah masukkan.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Thursday, April 16, 2020

Resepi jelatah atau acar timun dan nenas



Resepi atau resep jelatah ini adalah resepi ibunda. Resepi asal menggunakan sedikit udang kering yang ditumbuk halus dan digaulkan bersama. Cuma yang dibuat ini tidak menggunakan udang kering. Jelatah juga disebut sebagai acar di sebahagian tempat. Resepi ini tidak menggunakan cuka dan air kerana nenas, tomato dan timun akan mengeluarkan air sendiri. Rasa masam akan timbul daripada nenas dan tomato. Cuma, jika anda inginkan rasa masam cuka ada di dalamnya, anda boleh saja menambah sedikit cuka buatan.

Moh kite cuba!



Bahan-bahan

1/2 biji nenas
1 biji timun
3 biji bawang merah (tiada di dalam video)
3 biji tomato
2 biji cili merah
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula (jika nenas manis, kurangkan gula)

Cara-cara

Potong nenas kecil-kecil.

Hiris timun nipis dan kecil.

Hiris cili merah nipis-nipis.

Potong tomato kecil-kecil.

Hiris bawang merah nipis-nipis.

Satukan semua bahan ke dalam satu bekas dan kacau gaul rata.

Biarkan ia sebati di dalm peti sejuk sebelum dihidang untuk rasa yang lebuh sedap.


Nota:

1) jika suka boleh tambah udang kering
2) jika nenas kurang masam, boleh tambah sedikit cuka makanan atau cuka epal.
3) boleh juga ditambah lobak merah

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi kuih puding Sunquick




Resepi (resep) kuih (kue) puding sunquick yang amat mudah dengan bahan bahan yang amat sedikit. Hanya 5 bahan diperlukan secukupnya. Puding adalah salah satu jenis kuih muih yang yummy, teristimewa dan mudah disediakan. Awas jatuh cinta kepadanya.

Moh kite cuba!




Bahan-bahan (ingredients) 3 cawan air (3 cups of water) 5 sudu gula (5 tablespoons of sugar) 1 paket agar agar tali 24g (1 packet or jelly strip 24g) 5 sudu sunquick tropika (5 tablespoons of sunquick tropical) 4 cawan susu rendah lemak sejuk (4 cups of cold low fat milk) Cara-cara (how to) Masukkan air, gula dan agar agar tali ke dalam periuk. Buka api dan larutkan kesemuanya. (Pour in water, sugar and jelly strip to a pot. Heat it and let them melt) Apabila telah larut, tutup api dan sejukkan sedikit dengan mengacaunya. (Turn off the gas and let it cool by stirring it regularly) Masukkan sunquick dan susu rendah lemak yg sejuk. Kacau rata. (Pour in sunquick tropical and cold low fat milk. Stir properly) Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam. (Pour into a mould and let it cool in the fridge for 2-3 hours) Hidangkan dan potong. (Serve and cut it) Nikmatilah. (Enjoy it) Nota:

Boleh ditambah pelbagai buahan seperti buah naga, mangga, rambutan, nenas dan anggur. Buah ceri juga cantik sebagai hiasan.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Wednesday, April 8, 2020

Resepi kuih tepung talam



Resepi kuih (resep kue) tepung talam ini adalah salah satu resepi kuih kuih tradisional melayu. Kuih ini amat popular walaupun tak viral. Ianya sedap dan amat sesuai di makan di waktu pagi dan petang. Ia juga amat sesuai dijadikan juadah berbuka puasa (iftar). Kalau tak habis dan masih elok, boleh juga jadi sahur.

Moh kite masak atau buat kuih ni.

Bahan- bahan (bawah)

2 cawan tepung gandum.
1/2 cawan santan pekat
3.5 cawan air daun pandan (sila lihat video)
1 cawan gula
Pewarna hijau (jika perlu)

Bahan-bahan (atas)

1 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung gandum
Secubit garam


Cara-cara

Basuh dan bersihkan tangan. Lebih baik jika berwudhu’

Sediakan periuk pengukus dan didihkan air.

Cantumkan semua bahan bawah  dan masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus.

Tapis hasil kisaran ke dalam mangkuk agar jika ada yang kasar, ia tidak mengalir ke mangkuk.

Tuang hasil kisaran ke dalam loyang 20cm. Resepi ini cukup-cukup untuk loyang 20cm.

Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 15 minit.

Sementara mengukus, kisar bahan-bahan atas pula. Jika terlalu likat atau pekat, tambah sedikit air. Pastikan boleh dituang.

Setelah 15 minit mengukus bahagian bawah, tuang bahagian atas ke atas bahagian bawah di dalam pengukus/

Kukus selama 5 minit lagi dan tutup api.

Keluarkan daripada pengukus dan sejukkan sehingga betul-betul sejuk.

Potong hanya setelah sejuk. Untuk hasil yang lebih baik, sejukkan lagi di dalam peti sejuk.

Nota:

Jika dipotong semasa panas, mungkin akan melekat pada pisau dan juga loyang.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Monday, April 6, 2020

Resepi agar agar milo





Resepi (resep) agar-agar milo yang amat mudah. Minum milo anda jadi sihat dan kuat.
Duduk dirumah dan masaklah untuk keluarga.

Moh kite cuba!
Bahan-bahan
5 cawan air
1 paket agar-agar tali (strip)
9 sudu milo
3 sudu gula
Cara-cara
Basuh dan bersihkan tangan. Sebaiknya berwudhu’.
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
Letak di atas dapur dan panaskan sehingga semua bahan larut.
Tuang ke dalam loyang/ bekas.
Sejukkan kira-kira 1/2 jam.
Masukkan dan sejukkan di dalam peti sejuk paling kurang 1/2 jam.
Potong dan hidangkan.
Nota:

Tengah viral sekarang pelbagai resepi (resep). Resepi roti sepeti roti puri, roti canai dan cara buat roti sendiri,
Kek tiga bahan, kek oreo, kek batik, kek milo, dalgona coffee, dalgona milo.... apa kata cuba buat agar-agar milo ni jugak.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi ayam goreng kunyit



Resepi (resep) ayam goreng kunyit yang menggunakan kunyit hidup berbanding serbuk kunyit.

Moh kite cuba!

Bahan-bahan

Isi ayam yang dipotong kecil-kecil
1 biji lobak merah
1 biji bawang holland
1 biji cili hijau (jika mahu)
Sedikit kunyit hidup
Sedikit garam
Minyak masak

Cara-cara

Basuh dan Bersihkan tangan. Sebaiknya berwudhu’.

Potong isi ayam kecil kecil.

Tumbuk kunyit hidup sehingga lumat/ halus.

Gaul ayam dengan kunyit hidup yang ditumbuk berserta garam.

Goreng ayam sehingga garing.

Potong lobak merah panjang-panjang dan kecil seperti lidi.

Hiris bawang holland nipis-nipis.

Jika semua kunyit telah digunakan, tumbuk lagi sedikit (sebesar jari kelingking)

Guna semula sedikit minyak gorengan ayam. Panaskan.

Goreng lobak merah sehingga lembut.

Masukkan garam dan kunyit. Kacau rata.

Masukkan ayam goreng. Kacau rata.

Masukkan bawang holland. Masak sehingga bawang layu.

Jika mahu boleh taburkan hirisan cili hijau.

Siap! Hidangkan.

Nota:

1) Boleh juga guna hirisan cili merah atau cili api (cabe rawit)
2) jika tiada kunyit hidup, guna kunyit serbuk.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Sunday, April 5, 2020

Resepi ikan bawal masak kicap



Moh kite masak ikan bawal masak kicap yang lain macam sedapnya. Resepinya pun agak lain daripada biasa. Resepi (resep) ini diberikan oleh seorang rakan. Kredit kepada Zahril Talib.
Bahan-bahan 3 ekor ikan bawal hitam 2 biji cili merah 5 biji cili api (cabe rawit) 7 sudu kicap lemak manis (kecap saus) 2 sudu sos tiram 1/2 sudu teh garam 3 biji bawang merah 1 biji bawang holland Sedikit garam & serbuk kunyit (untuk goreng ikan) Cara-cara Basuh tangan bersih-bersih. Ambil wudhu’ lagi bagus Bersihkan ikan bawal dan potong 2 atau 3 bergantung pada saiz. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga garing. Kisar bawang merah, cili merah dan cili api sehingga halus. Potong/ hiris bawang holland. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisaran sehingga naik bau. Masukkan sos tiram. Kacau rata. Masukkan garam. Kacau rata. Masukkan kicap lemak manis. Kacau rata. Masukkan krimer pekat manis. Kacau rata. Masukkan ikan bawal. Kacau rata. Masukkan bawang holland. Kacau rata. Nota: 1. Boleh taburkan hirisan cili merah jika mahu. 2. Untuk lebih pedas dan lebih kaww, lebihkan cili api dan cili merah. 3. Boleh juga dimasak untuk ikan kembung, ayam dan tenggiri papan 4. Sesuai juga dibuat makanan berbuka puasa (iftar)
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Friday, April 3, 2020

Resepi sayur Sawi sos tiram




Masakan yang sihat amat penting. Jadi sayur-sayuran dan buah-buahan amat penting dalam gizi pemakanan.  Sayur-sayuran juga mempunyai serat yang amat penting untuk badan dan dapat membantu ke arah diet yang sihat. Resepi (resep) mudah ini mesti dicuba. Ianya tetap sedap walaupun amat ringkas.

Moh kite masak!

Bahan-bahan

1 ikat sawi
5 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis
2 sudu sos tiram
1/2 cawan air
sedikit minyak masak

Cara-cara

Basuh dan bersihkan tangan. Sebaiknya berwudhu'.

Basuh sawi dengan air lalu atau lalukan air supaya dapat membuang racun-racun perosak yang masih melekat.

Potong sawi dengan cara mengasingkan batang dan daun.

Porong batang sawi pendek-pendek.

Potong daun sawi kecil-kecil.

Cincang bawang putih halus-halus.

Tumbuk ikan bilis tetapi tidak perlu terlalu halus atau lumat.

Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali.

Tumis bawang putih dan ikan bilis sehingga naik bau.

Masukkan sos tiram dan kacau rata.

Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih.

Masukkan batang sawi dan kacau. Tunggi sehingga batang agak lembut.

Masukkan daun sawi dan masak sehingga layu.

Tutup api dan hidangkan.

Nota:

1) enak juga kalau cicah dengan sambal belacan.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi lala masak lemak




Lala masak lemak yang memang sedap. Kena pulak makan tengahari dengan nasi panas, memang mengancam! Tak kena gaya, nasi tak cukup.  Cubalah resepi (resep) ini. Ianya mudah dan cepat tetapi pastinya memikat.

Moh kite masak!

Bahan-bahan

2 kg lala
1 biji cili merah
9 biji cili padi/ api (cabe rawit)
2 batang serai
2 inci halia (jahe)
5 ulas bawang putih
2 cawan santan pekat
1 sudu teh serbuk kunyit
Air
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak

Cara-cara

Bersihkan tangan. Sebaiknya berwudhu’:

Bersihkan lala dan toskan:

Cincang bawang putih.

Cincang halia tetapi tak perlu terlalu halus.

Potong cili merah dan cili padi pendek pendek.

Hiris serai nipis nipis.

Tunbuk cili merah dan cili padi menggunakan lesung batu. Tidak perlu terlalu halus.

Masukkan hirisan serai dan tumbuk rata. Tidak perlu terlalu halus juga.

Tuang sedikit minyak masak ke dalam kuali dan panaskan.

Tumis bawang sehingga naik bau.

Masukkan halia dan tumis sehingga agak kembang atau berubah warnanya.

Masukkan hasil tumbukan cili dan serai. Masak sehingga cili masak.

Masukkan  serbuk kunyit.

Masukkan lala.

Masukkan air sehingga hampir hapus lala (lala hampir tenggelam).

Masukkan satu cawan santan. Kacau sehingga mendidih.

Setelah agak lama mendidih, masukkan satu cawan santan lagi. Masukkan garam secukup rasa juga.

Kacau rata dan bila lala sudah masak, tutuplah api.

Hidangkanlah lalalalalala.

Nota:
1) tambah cili api untuk tambah pedas.
2) tambah serai dan halia untuk lebih aroma.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama