Pages

Thursday, May 28, 2020

Resepi kerabu Sotong



Resepi kerabu sotong masakan ala thai yang masam-masam dan pedas ini pastinya membuatkan kita tak sabar untuk menikmatinya. Bahan-bahannya pun senang sahaja dan masa penyediaannya tidaklah terlalu lama. Yang penting halal dan thoyyib. Halalan thoyyiban. Moh kite cuba! Bahan-bahan 3 ekor sotong besar (cumi-cumi) 2 batang serai 1 biji tomato (tomat) 1 biji limau nipis (kalau tak cukup, perah 2 biji) 1 biji bawang besar 2 biji cili api (cabe rawit) 7 helai daun limau purut (wajib) 1/2 sudu garam 1 batang kacang panjang (jika ada)

Cara-cara


Hiris serai nipis nipis. Masukkan ke dalam mangkuk.

Hiris bawang besar nipis nipis. Masukkan ke dalam mangkuk.

Potong dadu atau potong kecil tomato. Masukkan ke dalam mangkuk.

Potong cili api kecil kecil. Masukkan ke dalam mangkuk.

Cincang halus daun limau purut. Masukkan ke dalam mangkuk.

Potong atau hiris limau nipis. Perahkan ke dalam mangkuk.

Gaul rata kesemuanya.

Bersihkan sotong. Buang dakwat, kulit, tulang, telur dan mulutnya.

Potong kecil-kecil atau kalau pandai corakkan bolehlah potong bercorak.

Basuh dan masukkan ke dalam kuali. Panaskan dan biar airnya hampir kering.

Tutup api dan masukkan sotong ke dalam mangkuk. Gaul rata kesemuanya dan biar ia sebati.

Hidangkanlah dan nikmatilah.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi sotong stim limau



Moh kite memasak atau masak-masak Resepi atau resep sotong stim limau ala thai sawadee ini saya ambil ketika merasa keenakannya di sebuah restoran yang sudah viral. Saya ambil dengan mengagak bahan-bahan yang digunakan. Tajuk tu sengaja bubuh camtu bagi best sikit. Musim wabak corona virus atau covid-19 ni eloklah masak di rumah sendiri dan luangkan masa bersama keluarga. Tambahan pula ada Perintah Kawalan Pergerakan sekarang ni. Lockdown dan self quarantine ataupun kuarantin diri sendiri walau tak kena tak ada simptom. Bahan-bahannya dan cara memasak mudah saja. Moh kite!

Bahan-bahan 3 ekor sotong (cumi-cumi) dikelar dan dikukus 3 ulas bawang putih dicincang halus 1 biji cili api di potong kecil 3 akar daun ketumbar 1 sudu teh garam 1.5 biji limau nipis diperah airnya

Cara-cara Bersihkan sotong. Buang tulang, dakwat dan mulut. Buang juga kulit sotong kerana ia akan membuat kuahnya berwarna ungu. Didihkan air dan kukus selama 5 ke 7 minit. Angkat sotong. Cincang halus bawang putih. Potong cili api kecil-kecil. Potong daun ketumbang pendek pendek. Masukkan ke dalam mangkuk. Akar daun ketumbar tidak perlu di potong tetapi dibersihkan dan dimasukkan sekali ke dalam mangkuk. Perah limau nipis. Perah 1 biji atau 1.5 biji sahaja. Jangan banyak sangat nanti terlalu masam. Gaul rata kesemuanya dan masukkan mangkuk ke dalam pengukus. Kukus antara 3-5 minit. Sekali-sekala kacau rata.
Tutup api dan hidangkan. Cubalah! Manalah tahu boleh memikat hati suami atau isteri dengan memasak sedap untuk mereka. Manalah tau meletop pulak resepi ini jangan meletop dapur sudahlah.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi ayam goreng mamak ala KFC




Ayam goreng mamak biasanya memang sedap dan best. Kalau nak puas hati dan harga yang lebih murah daripada KFC atau McDonald, biasanya orang akan pilih ayam goreng mamak. Memang ada mamak yang ayam gorengnya lagi sedap daripada KFC dan ayam goreng McD. Kenalah cari dan tahu tempatnya. Selera masing-masing. Resepi ini dapat membantu anda yang merinduinya. Buat apa beli kalau boleh buat sendiri. Tak susah mana pun. Kalau kat mamak atau fast food, 3 ketul je dah sama harga seekor ayam. Masak sendiri boleh makan puas-puas seekor ayam! Cubalah. Dengan bahan secukupnya anda yang berkahwin boleh pura-pura bujang sebab nak pulun sorang... awas jatuh cinta! Moh kite! Bahan-bahan 1 ekor ayam (bahagian tulang) 5 sudu tepung jagung 5 sudu tepung beras 3 tangkai daun kari Bahan-bahan kisar 5 ulas bawang putih 2 sudu serbuk kari ayam 1 inci halia 1 sudu cili giling 1 biji telur 1 sudu teh lada sulah Garam secukup rasa Sedikit air

Cara-cara Kisar halus semua bahan kisar. Masukkan hasil kisaran ke dalam bekas ayam. Leraikan daun kari daripada tangkainya dan masukkan ke dalam bekas ayam. Masukkan tepung. Gaul rata kesemuanya. Perap melebihi 1 jam. Lebih lama lebih baik. Jika lebih lama, sebaiknya perap di dalam peti sejuk. Goreng ayam sehingga garing. Hidangkan. #ayamgorengmamak #ayamkfc #mohkite Nota: 1. Jika mahu warnanya kemerahan, gunakan cili gemuk kerana cili gemuk lebih memberi warna. 2. Jika mahu pedas, tambah cili atau gunakan cili yang lebih pedas. 3. Perapan yang lebih lama akan memberikan hasil yang lebjh baik kerana semua bahan menyerap ke dalam ayam.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi ayam masak Palembang



Ayam masak palembang ini adalah salah satu masakan teristimewa. Amat rindu dalam hati untuk menikmatinya. Resepi (resep) ayam masak palembang ini memang enak. Cara buat (bikin) pun tak susah. Cuma perlu bahan-bahan yang agak banyak. Begitupun, hasilnya nanti amatlah memuaskan hati.Tak perlu susah-susah lagu mencari kerana sudah ada resepi ini. Moh kite cuba!
Bahan-bahan 1 ekor ayam 3 sudu cili giling 2 tangkai daun kari 1 keping asam gulugor 1 mangkuk kecil/ cawan santan pekat 5 sudu kicap lemak manis 2 sudu sos tiram Bahan Kisar 5 biji bawang merah 5 ukas bawang putih 3 batang serai 2 inci halia Bahan Tumis 3 kuntum bunga lawang 1 kulit kayu manis. 10 kuntum bunga cengkih 10 biji buah pelaga

Cara-cara Goreng ayam separa garing atau angkat sebelun garing. Kisar bahan kisar sehingga halus. Sebaiknya potong serai pendek-pendek untuk memudahkan kisaran. Tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisaran dan tumis lagi sehingga naik bau. Masukkan daun kari. Tumis sehingga semua berbau wangi. Masukkan cili giling. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan asam keping. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau rata sehingga agak pekat. Masukkan ayam. Gaul rata sehingga sebati. Masukkan santan dan gaul rata. Masak sehingga kuah pekat atau sedikit. Tutup api dan hidangkan. #ayammasakpalembang #ayampalembang #mohkite Nota: 1. kalau tiada kicap lemak manis, tambahkan 1 sudu susu pekat ataupun krimer pekat ke dalam kicap biasa. 2. Jika ingin lebih pedas, boleh ketuk cili api (cabe rawit) 3. Enak untuk hidangan berbuka puasa malah untuk sahur juga. 4. Enak juga dibuat hidangan lauk pauk hari raya.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Wednesday, May 27, 2020

Resepi mi megi goreng sedap ala mamak



Kalau mi macam ni je sinonim dengan perkataan megi. Nasib la jenama lain tu sebab kalau orang order je tetap sebut megi goreng atau megi sup atau megi kari. Cuma tak semestinya jenama Maggi yang sedap sekarang ni tau. Mi sedaap, Mamee, Cintan, Saji dan sebagainya pun sedap juga.


Moh kita cuba megi goreng dengan mi sedaap ini

Bahan-bahan

1 paket mi sedaap goreng
5 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1/2 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh cili giling
1 biji cili merah
1 biji telur
1 pokok  pak choy
Sedikit minyak masak
Sedikit limau nipis

Cara-cara

Didihkan air di dalam periuk.

Masukkan seketika mi sedap. Jangan tunggu kembang kerana akan digoreng lagi nanti. Angkat dan toskan.

Didihkan air sekali lagi dan celur pak choy seketika. Angkat dan toskan.

Hiris bawah putih dan bawang merah nipis-nipis.

Panaskan minyak di dalam kuali.

Tumis ketumbar sehingga naik bau. masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga sedikit layu.

Masukkan perencah mi sedaap bersama cili giling. Kacau rata sehingga sebati.

Masukkan mi yang telah dicelur tadi dan kacau rata.

Buat lubang ditengah-tengah kuali dan pecahkan telur.

Kacau bahagian telur sehingga masak semuanya barulah gaul rata dengan mi.

Hiris cili merah.

Masukkan hirisan cili merah. Kacau rata.

Masukkan pak choy. Kacau rata.

Angkat dan hidangkan.

Perahkan limau nipis untuk lebih enak.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi kerutuk daging special


Kerutuk adalah salah satu makanan femes di Kelantan. Resepi ini adalah resepi pemberian seorang rakan yang menggunakan campuran rempah secara sendiri. Walaupun bukan resepi original kerutuk, rasa kerutuk itu ada. Itu yang penting!

Moh kite cuba!

Bahan-bahan tumis

1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
10 biji buah pelaga

Bahan-bahan kisar 1

1 biji cili merah
3 sudu serbuk kari daging
3 sudu serbuk kurma
7 batang serai

Bahan-bahan kisar 2

3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Bahan-bahan lain

1kg daging
3 batang serai (diketuk)
1 cawan santan pekat
Sedikit minyak masak
Garam secukup rasa

Cara-cara

Kisar kering bahan-bahan kisar 1.

Bancuh hasil kisaran dengan sedikit air.

Kisar bahan-bahan kisar 2.

Tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau.

Masukkan hasil kisaran bahan-bahan kisar 2.

Tumis sehingga bau wangi.

Masukkan bancuhan bahan-bahan kisar 1.

Masukkan serai yang diketuk.

Tumis sehingga pekat, pecah minyak.

Masukkan daging dan masak sehingga air daging hampir kering.

Masukkan garam dan santan.

Masak lagi sehingga kuah sedikit dan likat.

Tutup api.


Nota:

1. Lebih sedap jika gunakan rempah kerutuk yang sebenar.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Monday, May 25, 2020

Resepi rendang hijau ayam pencen



Ayam pencen. Bunyinya macam tak best dan tak sedap. Tetapi sebenarnya ianya amat sedap terutamanya untuk masakan rendang. Ini kerana isinya pejal dan tak macam isi ayam daging biasa yang kebiasaanya orang tak suka makan walaupun ianya lebih selamat dan sihat. Ayam pencen sebenarnya ialah ayam yang sudah tua. Jadi isinya pun menjadi keras tetapi apabila dimasak dengan betul ianya menjadi pejal dan amat enak. Selain ayam kampung, ayam tua adalah yang terbaik untuk masakan rendang.

Moh kite cuba!

Bahan-bahan (ingredients)
1 ekor ayam pencen 7 batang serai 5 inci halia 1/2 inci lengkuas 10 helai daun limau purut 1 biji bawang besar 15 biji cili api 1 sudu kerisik 1 sudu teh serbuk kunyit Garam secukup rasa 10 cawan santan cair. (2 cawan santan pekat dicairkan kepada 10 cawan) 1 cawan santan pekat





Cara-cara

Bersihkan ayam dengan membasuhnya.

Potong serai, lengkuas, halia dan bawang kecil-kecil. Ini untuk memudahkan kisaran.

Masukkan ke semuanya ke dalam pengisar.

Masukkan juga cili api, kerisik dan serbuk kunyit. Masukkan sebahagian santan cair.

Kisar kesemuanya.

Masukkan ayam ke dalam kuali. Tuang hasil kisaran. Tuang juga lebihan santan cair sekadar memenuhi kuali.

Masukkan daun limau purut.

Buka api dan masak.

Setelah kuah menjadi sedikit atau sedikit kering, masukkan lebihan santan cair. Ulangi selagi ada santan cair.

Masukkan santan pekat dan garam.

Masak sehingga kuah pekat dan sedikit.

Tutup api dan hidangkan.

Nota:

1. seeeloknya api kecil kerana masakan ini mengambil masa lama kerana ayam tua atau ayam pencen agak liat dan keras tetapi bila sudah masak ianaya amat sedap kerana isinya pejal.
2. Boleh gunakan bahan-bahan yang boleh membantu melembutkan isi ayam dan dagin seperti tebu, daun nangka, biji kurma dan sebagainya.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi kuih cara manis



Resepi kuih cara manis yang mudah menjadi idaman kalbu terutamanya untuk berbuka puasa.
Moh kite belajar dan buat cuba buat sendiri. Bahan-bahan 3 cawan tepung gandum 1 cawan santan 2 cawan air 2 biji telur 10 helai daun pandan Sedikit pewarna hijau Sedikit gula Sedikit garam Sedikit minyak masak


Cara-cara

Potong daun pandan pendek-pendek ke dalam pengisar. Masukkan air dan kisar.

Tapis dan ambil airnya.

Masukkan tepung gandum, santan, air pandan, telur, pewarna hijau dan garam ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.

Sapu minyak masak ke dalam acuan. Jangan sampai bertakung.

Panaskan acuan dan tuang adunan (yang telah dikisar) ke dalam setiap acuan.

Masukkan sedikit gula ke dalam setiap acuan. Bubuh agak-agak manis dan cair.

Tunggu adunan masak dan angkat.

Ulangi proses sehingga habis.

Nota:

1. Sebaiknya tutup api apabila masak. Setelah keluarkan kuih cara yang telah masak, sapu minyak dan tuang adunan. Kemudian barulah buka api dan masukkan gula. Ini agar acuan tidak terlalu panas dan menyebabkan kuih cara hangus.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi kuih cara berlauk

Resepi kuih cara berlauk sejenis kuih muih yang sedap dan popular serta viral di bulan puasa Ramadhan Al Mubarak.

Moh kite cuba!

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan santan
2 biji telur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Sedikit daging kisar
1 sudu serbuk kari daging
Sedikit daun sup & daun bawang
2 biji cili merah
sedikit minyak masak



Cara-cara

Masukkan tepung gandum, air, santan, telur, serbuk kunyit dan garam ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.

Hiris nipis daun sup dan daun bawang.

Hiris nipis cili merah.

Bancuh serbuk kari dengan sedikit air.

Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bancuhan kari sehingga naik minyak.

Masukkan daging kisar dan oreng sehingga dagin masak.

Keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk kecil. Sebaiknya gunakan gunting dan gunting-guntingkan daging itu agar menjadi ketulan lebih kecil.

Sapu minyak masak dan panaskan acuan. Jangan sampai bertakung.

Tuang bahan kisar ke dalam semua acuan.

Gunakan sudu atau jari untuk meletakkan sedikit daging kisar ke dalam setiap acuan.

Letakkan juga daun sup daun bawang serta hirisan cili merah.

Tunggu sehingga tepung/ adunan di dalam acuan kelihatan masak dan angkat.

Ulangi proses sehingga adunan habis.

Nota:

1. Sebaiknya tutup api setelah siap satu pusingan. Sapu minyak kepada acuan  serta tuang adunan sebelum buka api agar acuan tidak terlalu panas.
2. Boleh juga gunakan ayam, kambing dan lauk lauk lain yang bersesuaian.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Saturday, May 23, 2020

Resepi rendang udang buncis




Rendang dan raya tak boleh dipisahkan. Begitu juga pulut. Tak kisahlah rendang ayam, daging udang atau pun kerang. Masakan pulut pula seperti pulut kuning, lemang dan ketupat.
Moh kite cuba Bahan-bahan (ingredients) 1/2 kg udang 250g kacang buncis 1 sudu teh garam 1 sudu teh serbuk kunyit 1 cawan santan pekat 5 cawan santan cair 1 biji bawang besar 3 sudu cili giling 3 batang serai 2 inci halia 1 hiris lengkuas 2 helai daun kunyit (jika mahu)




Cara-cara

Bersihkan udang dan buang kulitnya. (jika tidak mahu buang kulitnya puun tidak mengapa. kuah akan berasa lebih manis)

Siang kacang buncis dan potong serong.

Potong kecil serai, halia, lengkuas, dan bawang besar.

Masukkan santan cair, garam, serbuk kunyit, cili giling, serai, halia, bawang besar dan lengkuas ke dalam pengisar dan kisara halus.

Masukkan kacang buncis ke dalam kuali.

Tuang hasil kisaran dan buka api.

Masak sehingga mendidih dan kacang buncis kelihatan lembut.

Masukkan udang dan kacau rata sehingga udang masak.

Jika mahu, bileh masukkan sedikit hirisan daun kunyit.

Tutup api dan hidangkan.

Nota:
1. lebih baik ada sedikit berkuah.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Friday, May 22, 2020

Resepi rendang daging




Rendang daging, rendang ayam, rendang kerang, rendang udang, rendang pedas, rendang tok dan bermacam macam lagi rendang. Raya dan rendang tak boleh dipisahkan. Begitu juga rendang dengan pulut kuning, lemang dan ketupat. Bahan-bahan (ingredients) 1 kg daging garam secukup rasa 1 sudu teh serbuk kunyit 2 cawan santan pekat 5 cawan santan cair 1 biji bawang besar 3 sudu cili giling 5 batang serai 2 inci halia sedikit lengkuas 2 helai daun kunyit


Cara-cara

Bersihkan dan potong daging kecil-kecil.

Potong dan hiris halia, serai, bawang besar dan lengkuas kecil-kecil atau nipis-nipis. Ini akan memudahkan kisaran. Masukkan ke dalam pengisar.

Masukkan juga cili giling, serbuk kunyit dan santan cair ke dalam pengisar. Jika santan cair berlebihan, simpan dahulu.

Kisar kesemuanya.

Masukkan daging ke dalam kuali. Masukkan lebihan santan cair tadi dan masukkan juga hasil kisaran.

Masak sehingga kuah sedikit.

Masukkan santan pekat, garam dan daun kunyit yang telah dihiris nipis.

Kacau rata dan biarkan sebati.

Tutup api dan hidangkan.

Nota:

1. Boleh ditambah kerisik.
2. Boleh gunakan daun limau purut selain daun kunyit.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Thursday, May 21, 2020

Resepi kek pisang




Resepi (resep) kek (bolu) pisang gebu mudah menggunakan sukatan cawan. Ia juga dikenali sebagai bolu pisang di Indonesia. Sesuai dimakan setiap masa di mana saja. Semoga video youtube channel moh kite ini dapat membantu penonton dan subscribers di Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei dan di mana saja dalam menyediakan resepi masakan atau kuih muih ini. Moh kite cuba! Bahan-bahan (Ingredients) 4 biji pisang berangan 2 cawan tepung gandum 1/2 cawan minyak jagung 1 cawan minyak masak 1 sudu serbuk penaik 1 sudu teh perisa vanila 2 biji telur Sedikit marjerin




Cara-cara (how to)

Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik.

Masukkan 3.5 biji pisang ke dalam pengisar (blender).

Masukkan juga gula merah, minyak jagung, perisa vanilla, telur ke dalam pengisar.

Kisar kesemuanya sehingga halus.

Tuang hasil kisaran ke dalam bekas. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata. Jangan pukul, cuma kacau.

MInyakkan bekas kek dengan sedikit marjerin. Tepungkan juga sedikit agar kek tidak melekat nanti.

Tuang adunan ke dalam bekas kek dan ambil 1/2 biji pisang lagi. Hiris bulat dan nipis. Taburkan ke atas adunan.

Bakar di dalam ketuhar (oven) selama 45 minit pada suhu 175-180 C.

Nota:
1. Boleh periksa kek sudah masak atau belum dengan mencucuk benda nipis dan rata seperti pisau. Jika tiada apa-apa melekat, itu tandanya kek sudah masak.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama