Pages

Wednesday, June 17, 2020

Resepi sup ikan merah






Ikan merah memang mengambil nama daripadanya badannya yang berwarna merah. Ia adalah sejenis ikan laut tetapi ia berbeza dengan ikan siakap merah. Itu adalah ikan lain.

Ada pelbagai jenis masakan dan resepi ikan merah. Kebiasaannya ia dimasak gulai atau kari terutamanya bahagian kepalanya. Memang ia adalah satu kari kepala ikan yang paling sedap terutamanya jika ikan itu besar. Namun, ia boleh juga digoreng, dibakar atau dimasak sup. Jika digoreng sebaiknya makan ketika panas dan masih garing. Sediakan sambal hijau, pastinya menyelerakan.


Sup ikan merah bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak malah orang dewasa pun suka. Adabi ada pulak keluarkan sup bunjut ikan. Rasanya sup bunjutnya sama sahaja. Cuma dalam bungkusan terdapat buah keras, daun salam, kulit kayu manis dan buah pelaga. Jadi kalau beli sup bunjut biasa, boleh tambah bahan-bahan tu. Kalau tak nak tambah pun tak apa. Moh kite masak resepi sup ikan merah. Bahan-bahan 1 ekor ikan merah 1 paket sub bunjut ikan (sup bunjut biasa pun boleh) 5 ulas bawang putih 1 batang seleri 3 kuntum bunga lawang 5 cawan air Sedikit daun sup dan daun bawang Garam secukup rasa Sedikit minyak masak




Cara-cara

Bersihkan ikan dan potong 3-4 bergantung pada saiz ikan.

Hiris bawang putih nipis-nipis.

Hiris seleri nipis-nipis.

Potong daun sup dan daun bawang pendek-pendek.

Basuh bunga lawang.

Panaskan minyak masak di dalam kuali.

Tumis bunga lawang sehingga naik bau.

Masukkan bawang putih dan tumis sehingga sedikit layu.

Tuang air kesemuanya.

Masukkan semua isi di dalam paket sub bunjut seperti daun salam, kulit kayu manis, buah keras dan buah pelaga.

Masukkan seleri. Masak semuanya sehingga mendidih.

Masukkan ikan merah. Biarkan seketika sehingga agak-agak bahagian bawah sudah masak. Alihkan ikan dan masak lagi.

Masukkan daun sup dan daun bawang.

Masukkan garam dan kacau rata.

Tutup api dan hidangkan.

Nota: 

1) Jika ingin pedas, boleh tambah lada hitam ketika memasak atau cili kicap ketika makan.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Monday, June 15, 2020

Resepi ayam bakar air fryer


Resepi ayam bakar air fryer yang mudah dan sedap. Bahan perapan boleh menjadi sos ayam pula. Jadi tiada pembaziran hanya kesedapan. Moh kite cuba! Bahan-bahan 1 ekor ayam (bahagian tulang sahaja) 2 tangkai daun kari 1 biji limau nipis 5 biji cili api 3 biji cili merah 2 sudu serbuk kari 3 sudu tepung jagung 1 sudu teh garam 2 sudu gula Sedikit pewarna merah 3 ulas bawang putih 2 inci halia

Cara-cara

Bersihkan ayam, toskan dan masukkan ke dalam mangkuk.

Masukkan daun kari, cili api, cili merah, serbuk kari, garam, gula, halia, bawang putih, pewarna merah dan sedikit air ke dalam pengisar.

Perahkan limau nipis.

Kisar halus ke semuanya.

Tuang ke dalam mangkuk ayam dan gaul rata.

Perap sekurang-kurangnya 2 jam.

Gunakan penyepit dan ambil ayam sahaja dan alihkan ke dalam bekas lain. Lebihan perapan jangan dibuang. Ia akan digunakan untuk sos ayam.

Gaul ayam dengan tepung jagung.

Gunakan aluminium foil dan letak ke dalam bekas airfryer. Lubang-lubangkan.

Letak ayam ke atas aluminium foil dan masukkan ke dalam air fryer.

Bakar pada suhu 180C selama 25 minit.

Sementara menunggu, masukkan lebihan gaulan tepung jagung ke dalam mangkuk lebihan perapan. kacau rata dan masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga pekat. Ini adalah sos untuk ayam nanti.

Setelah timer air fryer terhenti, buka dan keluarkan ayam. Jika ayam masih belum masak, masukkan semula dan pusing timer selama 3-5 minit dan begitulah seterusnya. Ini bergantung kepada kondisi dan keupayaan air fryer masing-masing.

Letakkan ayam ke dalam piring dan sapukan/ tuang sos yang telah disediakan tadi.

Nikmatilah.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Tuesday, June 9, 2020

Resepi burnt cheese cake



Burnt cheesecake ataupun kek keju hangus adalah kek yang agak pelik. Rupanya tidak cantik tetapi rasanya amat memikat terutama bagi penggemar-penggemar cheese. Musim PKP dan Covid-19 ni ramai yang telah mencuba membuatnya. Malah ramai juga yang bertukar status daripada doktor, jurutera, arkitek, akauntan dan sebagainya menjadi baker yang mampu menjana pendapatan. Channel moh kite juga telah beberapa kali memasaknya. Cubalah!

Bahan-bahan

500g cheese cream
2.5 cawan whipping cream
1 cawan gula caster
1/2 cawan tepung gandum
3 biji telur
Sedikit butter dan tepung

Cara-cara

Panaskan oven.

Lembutkan cream cheese di luar peti sejuk.

Masukkan ke dalam mangkuk.

Masukkan gula caster.

Pukul sehingga kembang.

Pecahkan telur dan pukul sekatar rata. Ulangi untuk 2 biji lagi.

Masukkan whipping cream dan pukul rata juga.

Masukkan tepung dan gaul rata. Tak perlu pukul.

Sapu loyang kek dengan butter. Ratakan sedikit tepung ke atas butter yang telah disapu.

Tuang adunan ke dalam loyang kek.

Bakar di dalam oven selama 1 jam dengan suhu 180C.

Sejukkan kepada suhu bilik dan kemudian sejukkan do dalam peti sejuk.

Potong dan hidangkan.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Sunday, June 7, 2020

Resepi nasi goreng tomyam daging




 

Tom yam ataupun tom yum adalah salah satu makanan yang berasal daripada Thailand. Thailand juga dikenali sebagai Siam. Jadi tidak hairanlah jika di Malaysia banyak kedai makan terutamanya di waktu malam dipanggil sebagai kedai tomyam ataupun kedai siam. Malah kebanyakan tukang masaknya adalah orang siam. 

Tomyam adalah masakan yang biasanya pedas dan masam. Ianya dimasak menggunakan pelbagai jenis bahan bersama lauk dan sayuran. Ia boleh dimasak dengan makanan laut seperti udang, ikan, sotong, ketam, lala, kepah dan sebagainya. Jadilah tomyam seafood atau tomyam pok tek. Tomyam kung pula adalah tomyam udang. Boleh juga juga dimasak menggunakan ayam, jadilah tomyam ayam. Guna daging, jadilah tomyam daging. Campur segala bahan, jadilah tomyam campur. Kuah tomyam pula ada yang kuah merah dan kuah putih. 
 
Boleh juga menjadikan nasi goreng sebagai nasi goreng tomyam. Tomyam memang sedap terutamanya ketika tengah panas. Dah namanya tomyam, kenalah pedas dan masam, barulah kaww. Nasi goreng tomyam pun kenalah pedas dan masam. Walaupun jarang orang buat atau order di kedai, ianya tetap sedap. Moh kite cuba!

 
Bahan-bahan 2 cawan beras 250g daging 3 ulas bawang putih 1 biji bawang merah 3 sudu pes tomyam 5 biji cili api 5 helai daun limau purut sedikit daun ketumbar 3 batang serai garam secukup rasa
minyak  masak

 

Cara-cara

Masak beras sehingga menjadi nasi. Seeloknya biar kurang sedikit air agar nasi menjadi sedikit keras.

Potong daging nipis-nipis atau kecil-kecil dan basuh.

Hiris bawang putih.

Hiris bawang besar.

Kisar kasar daun limau purut.

Potong daun ketumbar pendek-pendek.

Potong cili api pendek-pendek.

Hiris nipis atau cincang serai.

Panaskan minyak di dalam kuali.

Tumis bawang putih sehingga sedikit layu.

Masukkan pes tomyam dan kacau.

Masukkan serai dan kacau.

Masukkan daging dan masak sehingga daging masak/ lembut.

Masukkan daun ketumbar dan daun limau purut. Kacau rata.

Masukkan garam dan kacau rata.

Perlahankan api dan masukkan nasi. Masukkan cili api. Gaul rata.
 
Kuatkan semula api dan goreng sehingga kering sedikit.

Tutup api dan hidangkan.

Nota:

1. boleh tambah bunga kantan kalau nak lagi sedap.
2. boleh tukar ayam tambah lauk lain seperti ayam, udang, sotong dan sebagainya.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama