Pages

Monday, April 30, 2018

Resepi Kerabu salom


Terdapat pelbagai jenis kerabu dan pelbagai jenis cara menyediakannya. Resepi (resep) Kerabu daun salom ini saya cuba buat dengan mengagak bahan-bahannya daripada satu majlis kenduri. Alhamdulillah, rasanya sama dan kemungkinan begitulah cara penyediaannya. Cubalah, kerana ia agak mudah dan memikat selera.

Moh kite buat!

Bahan-bahan

1/2 biji kelapa parut
1 ikat daun salom
7 biji cili api (cabe rawit)
garam secukup rasa
sedikit belacan
1 sudu teh pes asam jawa

Cara-cara

Tumbuk cili api bersama garam dan belacan sehingga lumat (halus).

Masukkan asam jawa dan tumbuk sehingga rata/ sebati.

Masukkan kelapa parut dan tumbuk sehingga rata/ sebati.

Potong daun salom kecil kecil.

Masukkan ke dalam bekas dan masukkan juga bahan yang telah ditumbuk.

Gaul rata dan siap untuk dihidang.


Nota:

1) Daun salom boleh digantikan dengan pegaga atau ulam raja. Boleh juga dicampurkan kesemuanya sekali.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Saturday, April 28, 2018

RECIPE: Special black pepper meat





This recipe is a ‘just give it a try’ recipe without guidance or recipe sharing by others. The outcome was really satisfying and without realising you have finished a whole plate! It will not take long as it is quite simple. Try it as it is quite different from the others.

moh kite try!

Ingredients

1/2 kg meat
1/2 red capsicum
1/2 yellow capsicum
1/2 green capsicum
1 shallot
3 garlic cloves
1 onion
3 tea spoons of blended black pepper
3 tea spoons of chili sauce
3 tea spoon of sweet soysauce
Salt 
1 ladle of olive oil


How to cook


Slice the meat to small portions. Make those sliced are not too thin nor too thick.

Cut all the capsicums to small pieces.

Slice thin all the garlics and shallot.

Cut the onion to small pieces.

Mix the black pepper, the soy sauce and the chilli sauce.

Put in the olive oil into the pan and heat it.

Put in shallot and garlic. Stir until you get the nice smell of them.

Put in the mixture of black pepper, chilli sauce and soy sauce.

Stir for a while and then put in the meat. Mix all if them and put pan cover. Put something heavy like mortar on the pan cover. This will act like a pressure cooker to soften the meat.

Let it be for about 5-10 minutes. Then, open it. Stir for a while and then cover it back like before for another 5 minutes.

Open the cover. Put the capsicums. Stir and mix everything evenly and put back the cover. Leave it for about 3-5 minutes.

Open the cover and put in the onion a little amount of salt. Stir them together for a while and you are done.


Notes:

1) tasty even if you eat it by itself. You can also eat it with rice or bread.

  1. The colours of the capsicums are just for appetite attraction. Just using single colour capsicum will not affect the taste.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Thursday, April 26, 2018

MAKAN MAKAN: Amber Chinese Muslim Restaurant




Restoran ini terletak di Nexus, Bangsar South. Boleh menggunakan aplikasi waze dan aplikasi gps lain untuk mencari dan mendapatkan arah ke lokasi ini. Makanannya sedap-sedap dan pastinya memikat selera. Cuma maaf pesanan telah dibuat ketika saya tiba. Jadi, nama sebenar masakan saya tidak tahu. Bila pesanan seperti ini kurangkan makan nasi agar dapat habiskan semuanya tetapi nasinya pun sedap.


Di bawah ini iadalah daging kambing yang diperap dengan rempah. Tidak pedas cuma kekurangan rasa kambing bagi yang gemarkan daging kambing yang ada bau atau sedikit bau. Tetap sedap!


Berikut pula adalah gambar sayur pak choy yang dimasak bersama cendawan. Tengok rupanya shaja sudah cukup mengujakan, inikan pula rasanya. 


Ayam goreng bercili di bawah ini adalah pilihan kepada yang tidak makan ikan atau daging kambing. Rasanya boleh tahan cuma terlalu banyak cili yang akhirnya dibuang begitu sahaja.


Salad buah. Ia dalah sesuatu kebiasaan ada buah dalam hidangan tetapi dengan menambahkan pisang, ia adalah suatu kelaianan. Sedap juga!


Siakap masam manis pula bukanlah kegemaran saya. Cara potongan ikan memudahkan untuk mengambil isi ikan dan memakannya. Penggemar siakap masam manis pasti boleh mencubanya.


Terung! Saya juga bukan penggemar terung tetapi masakan terung ini sedap! Boleh dicuba.


Dan akhir sekali sotong perap yang dibakar. Yang ini memang sedap. Cuma, kalau ada air asam pastinya lebih sedap. Orang kamoung pastinya suka cicah air asam.


Masih terdapat pelbagai menu di restoran ini. Secara kesuluruhan ia amat memuaskan dan sedap. Terdapat beberapa bilik dilengkapi televisyen untuk tempahan acara atau majlis tertutup.


banyak juga resepi yang divideokan dalam channel youtube 'moh kite'.




www.mohkite.com
keihlasan adalah rencah utama

*jadilah rakyat Malaysia yang baik. Pastikan duduk di rumah (stay @ home) dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Controlled Order (MCO) daripada kerajaan untuk memastikan Corona virus atau COVID-19 tidak terus merebak. Angka kematian amat tinggi di negara-negara seperti United States of America (USA), China dan Italy. Berikan kerjasama agar angka kematian tidak terus meningkat di Malaysia. Banyak berzikir, beristighfar dan berdoa agar Malaysia dan seluruh dunia terselamat daripada wabak ini dan tak perlu lockdown.Bersihkan tangan selalu dengan sanitizer ataupun dengan air dan sabun. Pakailah penutup muka atau face mask selalu terutama bila keluar berhadapan dengan orang lain. Semoga vaksin atau ubat segera ditemui. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Allah Maha Penyembuh.Kerajaan dah bagi penjimatan dan penangguhan banyak perkara seperti yang dicontohkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kepada Makcik Kiah penjual goreng pisang golongan B40. Artis juga perlukan bantuan prihatin BPN atau bantuan sara hidup BSH melalui LHDN kerana tiada golongan akan terpinggir. Janganlah terlalu mengecam vivy. KWSP (EPF) pun boleh dikeluarkan melalui kaedah i-lestari. Biarlah barisan hadapan (frontliners) melakukan kerja mereka dan semoga Allah merahmati mereka.Tak perlu jumpa sesiapa. Gunalah video call atau zoom meeting app kalau perlu sangat nak tengok muka. Telco Celcom, Digi, Maxis, UMobile dan XOX pun dah bagi 1GB free setiap hari. Walaupun harga minyak (oil price) RON95 dan RON97 turun, duduk ajelah di rumah. Jangan sampai kita jadi macam dalam cerita zombie ataupun Train to Busan.

Resepi Asam pedas ayam



Kita biasa mendengar atau makan asam pedas yang beasaskan ikan. Contohnya asam pedas ikan kembung, asam pedas ikan pari, asam pedas ikan terubuk, asam pedas ikan parang dan sebagainya. Resipi ini pula adalah yang agak berlainan untuk yang belum pernah mencuba. Asam pedas ayam memang agak pelik kepada saya tetapi setelah mencubanya, ianya sedap. Jadi saya mengesyorkan anda juga supaya mencuba masakan resepi (resep) ini.

Moh kite masak!

Bahan bahan

1/2 ekor ayam
12 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
1 inci halia
15 helai daun kesom
1 kuntum bunga kantan
2 sudu pes asam jawa.
1 batang serai
Garam dan gula secukup rasa.
2 cawan air
Minyak untuk menumis


Cara cara

Rebus cili kering sehingga mendidih. Basuh dan toskan.

Buang kulit bawang besar dan halia.

Kisar cili kering bersama bawang dan halia dengan sedikit air.

Potong 4 bunga kantan. Basuh dan toskan.

Bancuh asam jawa dengan 2 cawan air.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.

Masukkan ayam dan ratakan. Kacau sehingga ayam nampak sedikit kecut.

Masukkan air asam jawa., bunga kantan, daun kesom dan serai yang diketuk.

Biarkan seketika sehingga kuah agak pekat. Masukkan gula dan garam. Kacau sehingga garam dan gula sebati.

Tutup api.

Nota:

1) Gula adalah untuk mengurangkan kepedasan. Jika memang tahan pedas, tanpa gula pun boleh.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Friday, April 20, 2018

Resepi Acar ikan Sardin






Masakan ini cuma lain sedikit daripada sambal tumis yang biasa kerana ada cuka epal. Cuka epal menjadikan rasa masakan ini menjadi lain dari yang lain. cubalah resepi (resep) ini.

Moh kite masak!

Bahan bahan 

5 ekor ikan sardin
7 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang seleri
1 sudu teh gula
1 sudu cuka epal
1 biji cil merah
garam secukup rasa
serrbuk kunyit
minyak masak

Cara cara

Lumur  ikan sardin yang telah dicuci dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga garing. keluarkan dari kuali. Keluarkan juga minyak gorengan tetapi tinggalkan sedikit untuk menumis cili.

Potong cili kering dan rebus seketika. Kemudian, kisar sehingga halus.

Buang kulit bawang putih dan bawaang merah. Ambil pisau besar dan tekan setiap bawang.

Potong seleri kecil kecil.

Tumis cili kisar sehingga naik minyak. Masukkan gula, garam dan cuka epal.

Masukkan ikan dan gaul rata.

Masukkan seleri dan gaul rata.

Hiris cili merah.

Tutup api dan masukkan cili merah. Gaul rata.


Nota:

Tiada cuka epal? Cuka makanan pun boleh.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Salmon Grilled




























Ini adalah salah satu masakan paling mudah, cepat dan sedap. Cuma kalau ikan beku, kenalah nyahbekukan dahulu.Ikan Salmon adalah salah satu ikan yang mempunyai rasa uniknya sendiri sehinggakan ianya boleh digril tanpa apa-apa bahan lain tetapi tetap sedap. Cubalah masakan atau resepi (resep) ini.

Moh kite masak!

Bahan bahan

3 potong ikan salmon
campuran italian herrbs -oregano, basil, resemary & parsley
1 sudu teh lada hitam (black pepper)
2 sudu minyak zaitun (olive oil)

Cara cara

Gaulkan semua bahan bahan di atas.

Letakkan ke dalam grill pan.

Hidupkan api dan tunggu sehingga bahagian bawah garing sebelum dialih atau diterbalikkan.

Boleh juga ditutup pan itu untuk mempercepatkan proses masakan.

Bila dah agak cantik dan berwarna perang bolehlah diangkat.


Nota:

1) Tiada penggunaan garam dalam masakan ini. Jika anda inginmenambah garam, terpulanglah kepada anda.

2) Gambar kedua adalah bersama sos lada hitam yang mana resepinya belum disiapkan lagi.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

MUHASABAH DIRI: Yaumul Jumu'ah




Yaumul Jumu'ah bermaksud hari Jumaat dalam Bahasa  Melayu. Hari yang penuh barakah juga hari yang dikenali sebagai Sayyidul Ayyam. Sayyidul Ayyam pula bermaksud penghulu segala hari.

Penuhilah hari ini dengan istighfar, selawat kepada junjungan Nabi Muhammad dan juga berdoa. Sebenarnya semua itu tidaklah berat cuma kita yang memberatkannya. Jika sudah istiqomah menjadi amalan, ia akan sentiasa berada di bibir  dan hati kita. 

Istighfar adalah satu doa. Doa meminta keampunan. Selawat ke atas Rasulullah juga adalah doa. Satu selawat dibalas 10 oleh Allah. Ada ulama' yang menayatakan itu jika secara lalai. Kalau bersungguh-sungguh selawat, maka Allah akan membalasnya dengan lebih banyak, malah terlalu banyak. Tidak inginkah kita selawat Allah? Tidak rindukah kita kepada Rasulullah?

Perbanyakkan doa dan sentias berdoa. Ada satu masa mustajab pada hari Jumaat yang dirahsiakan. Jika semata mata mencari waktu mustajab, ianya sukar. Ikhlaskan hati dalam beristighfar, berselawat dan berdoa. InsyaAllah mustajab doa kita.

Wallahua'lam.

Thursday, April 19, 2018

MASAK MASAK: Resepi Daging masak lada hitam istimewa







Resipi daging lada hitam (black pepper)  ini adalah resipi cuba-cuba tanpa mendapat tunjuk ajar atau perkongsian daripada orang lain. Hasilnya amat memuaskan dan sudah habis sepinggan! Ia tidak mengambil masa yang lama dan agak mudah. Cubalah kerana resepi (resep) ini ada kelainan daripada resipi-resipi (masakan) yang lain.


Apa menu nak masak hari ni? Apa nak buat time kena lock kat umah?

Masaklah resepi ini.

Bahan bahan

1/2 kg daging
1/2 biji lada benggala merah
1/2 biji lada benggala kuning
1/2 biji lada benggala hijau
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 sudu teh lada hitam kisar
3 sudu teh sos cili
3 sudu teh kicap lemak manis
garam secukup rasa
1 senduk minyak zaitun


Cara cara

Potong daging tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.

Potong kesemua lada benggala kecil-kecil.

Hiris bawang putih dan bawang merah halus-halus.

Potong bawang besar dan hiris.

Gaul lada hitam, sos cili dan kicap lemak manis.

Masukkan minyak zaitun ke dalam kuali dan panaskan.

Bila sudah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau dan layu.

Masukkan campuran lada hitam, sos cili dan kicap lemak manis.

Tumis seketika dan masukkan daging. Gaul rata dan tutup. Letakkan sesuatu yang berat di atas penutup seperti lesung batu. Ia adalah ala-ala periuk tekanan (pressure cooker) untuk melembutkan daging. Biar sebegitu dalam agak-agak 5 min dan buka. Kacau dan tutup seperti tadi semula. Biar lagi seketika.

Buka penutup dan masukkan lada benggala (capsicum). Gaul rata dan tutup semula. Biar lagi dalam 3-5 minit.

Buka penutup dan masukkan bawang besar dan garam. Gaul rata dan sehingga bawang besar agak layu barulah tutup api.


Nota:

1) sedap walau dimakan begitu saja. Boleh juga dimakan dengan nasi atau roti.

2) Lada benggala yang berwarna warni adalah sekadar penarik. Boleh saja  hanya satu warna.

banyak juga resepi yang divideokan dalam channel youtube 'moh kite'.




www.mohkite.com
keihlasan adalah rencah utama

*jadilah rakyat Malaysia yang baik. Pastikan duduk di rumah (stay @ home) dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Controlled Order (MCO) daripada kerajaan untuk memastikan Corona virus atau COVID-19 tidak terus merebak. Angka kematian amat tinggi di negara-negara seperti United States of America (USA), China dan Italy. Berikan kerjasama agar angka kematian tidak terus meningkat di Malaysia. Banyak berzikir, beristighfar dan berdoa agar Malaysia dan seluruh dunia terselamat daripada wabak ini dan tak perlu lockdown.Bersihkan tangan selalu dengan sanitizer ataupun dengan air dan sabun. Pakailah penutup muka atau face mask selalu terutama bila keluar berhadapan dengan orang lain. Semoga vaksin atau ubat segera ditemui. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Allah Maha Penyembuh.Kerajaan dah bagi penjimatan dan penangguhan banyak perkara seperti yang dicontohkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kepada Makcik Kiah penjual goreng pisang golongan B40. Artis juga perlukan bantuan prihatin BPN atau bantuan sara hidup BSH melalui LHDN kerana tiada golongan akan terpinggir. Janganlah terlalu mengecam vivy. KWSP (EPF) pun boleh dikeluarkan melalui kaedah i-lestari. Biarlah barisan hadapan (frontliners) melakukan kerja mereka dan semoga Allah merahmati mereka.Tak perlu jumpa sesiapa. Gunalah video call atau zoom meeting app kalau perlu sangat nak tengok muka. Telco Celcom, Digi, Maxis, UMobile dan XOX pun dah bagi 1GB free setiap hari. Walaupun harga minyak (oil price) RON95 dan RON97 turun, duduk ajelah di rumah. Jangan sampai kita jadi macam dalam cerita zombie ataupun Train to Busan.

Wednesday, April 18, 2018

Resepi Mee kari



Mee (Mi) kari adalah salah satu makanan kegemaran saya. Agak sukar bagi saya mendapatkan mi kari yang dapat menepati citarasa saya.  Jadi, pilihan yang terbaik buat saya adalah memasaknya sendiri. Cuma ada bahagian dalam masakan ini yang menjadikan proses penyediaannya menjadi agak lama terutamanya proses menyediakan kerang rebus. Mi kari saya tanpa kerang bagaikan hambar. Biarlah lama asal ianya berbaloi. Cubalah resepi (resep) masakan mee atau mi ini.


Apa menu nak masak hari ni? Apa nak buat time kena lock kat umah?

Masaklah resepi ini.

Bahan bahan

1/4 ayam
1 kg kerang
3 keping kek ikan
5 pokok sawi
1 biji cili merah
1 bungkus mi kuning
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 peket kari ikan
2 tangkai daun kari
santan dari satu biji kelapa
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara cara

Rendam kerang seketika agak gak l/2 jam untuk mengeluarkan lumpur dari bahagian dalam kulit. Gosok gosokkan agar bahagian luar juga tercuci. Tukar air dan rendam lagi. Kemudian, cuci lagi sehingga yakin bersih. Rebus kerang sehingga masak. Sejukkan dan keluarkan isi kerang.

Potong ayam kepada 4 atau 5 bahagian.

Potong kek ikan nipis nipis.

Potong sawi dan celur seketika di dalam air mendidih. Kemudian, toskan.

Didihkan air lagi dan celur mi kuning seketika. Kemudian, toskan.

Hiris bawang putih dan bawang merah.

Bancuh serbuk kari dengan air. Biar pekat.

Asingkan daun kari dari tangkainya. Ambil daun sahaja. Tangkainya dibuang.

Panaskan minyak masak. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Goreng sehingga layu dan naik bau.

Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh. Kacau sehingga pekat dan naik minyak.

Masukkan halia dan daun kari. Gaulkan dan kacau lagi buat seketika.

Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Perlu selalu dikacau agar santan tidak pecah lemak.

Masukkan garam.

Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam masak.

Masukkan kerang dan kek ikan. kacau seketika sseblum menutup api.

Hiris cili merah nipis-nipis.

Masukkan mi ke dalam mangkuk, bubuh kuah bersama ayam, kerang dan kek ikan. Letakkan cilimerah dan sawi.

Sedia dihidang!!


Nota:

1) Bagi penggemar limau, boleh perahkan limau.

2) Kalau ada bawang goreng rangup, lagi mantap!!

3) Kawan saya Umi Z kata rahsia masak mi kari yang sedap adalah letak seekor ketam dalam kuahnya ketika memasak. Kalau hidang kepada ramai orang, etam itu janganlah dihidangkan kerana nanti tak cukup.


banyak juga resepi yang divideokan dalam channel youtube 'moh kite'.




www.mohkite.com
keihlasan adalah rencah utama

*jadilah rakyat Malaysia yang baik. Pastikan duduk di rumah (stay @ home) dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Controlled Order (MCO) daripada kerajaan untuk memastikan Corona virus atau COVID-19 tidak terus merebak. Angka kematian amat tinggi di negara-negara seperti United States of America (USA), China dan Italy. Berikan kerjasama agar angka kematian tidak terus meningkat di Malaysia. Banyak berzikir, beristighfar dan berdoa agar Malaysia dan seluruh dunia terselamat daripada wabak ini dan tak perlu lockdown.Bersihkan tangan selalu dengan sanitizer ataupun dengan air dan sabun. Pakailah penutup muka atau face mask selalu terutama bila keluar berhadapan dengan orang lain. Semoga vaksin atau ubat segera ditemui. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Allah Maha Penyembuh.Kerajaan dah bagi penjimatan dan penangguhan banyak perkara seperti yang dicontohkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kepada Makcik Kiah penjual goreng pisang golongan B40. Artis juga perlukan bantuan prihatin BPN atau bantuan sara hidup BSH melalui LHDN kerana tiada golongan akan terpinggir. Janganlah terlalu mengecam vivy. KWSP (EPF) pun boleh dikeluarkan melalui kaedah i-lestari. Biarlah barisan hadapan (frontliners) melakukan kerja mereka dan semoga Allah merahmati mereka.Tak perlu jumpa sesiapa. Gunalah video call atau zoom meeting app kalau perlu sangat nak tengok muka. Telco Celcom, Digi, Maxis, UMobile dan XOX pun dah bagi 1GB free setiap hari. Walaupun harga minyak (oil price) RON95 dan RON97 turun, duduk ajelah di rumah. Jangan sampai kita jadi macam dalam cerita zombie ataupun Train to Busan.

Monday, April 16, 2018

MUHASABAH DIRI: Renungi diri


Terlalu sibuk dengan hal orang lain adalah merbahaya. Ia membawa lupa kepada diri sendiri.  Lupa yang diri kita sendiri banyak aib dan kelemahan. Lupa diri sendiri banyak kesalahan dan dosa. Malah, menambah dosa dengan menyibukkan diri dengan hal orang lain terutama perkara perkara yang mengaibkan.

Yakin diri sendiri betul juga adalah masalah. Marah orang lain memandu sambil memegang telefon, membalas whatsapp, parking sesuka hati dan sebagainya. Padahal diri sendiri juga melakukannya malah sentiasa melakukannya.

Marah anak-anak sibuk dengan gadget, ibu bapa pun tidak ada masa untuk mereka kerana sibuk dengan gadget masing masing juga.

Sibuk orang lain tak jaga solat, tak baca Al Quran dan tak berbuat kebaikan tetapi tidak cuba  mendoakan apatah lagi berdakwah. Cuma cercaan, hinaan dan kejian yang ada buat mereka.

Jadi pilihan ada pada diri masing masing.

Renunglah diri, kenalilah diri dan perbaikilah diri.

Ikutlah arahan Tuhanmu dan contohilah akhlak Rasulmu.

Sunday, April 15, 2018

Resepi Jeruk pelam asam boi




Pelbagai jenis jeruk terdapat di pasaran. Malaysia kaya dengan buh-buahan yang masam. Jadi tidak hairanlah jeruk juga mampu menjadi satu industri. Kebanyakan jeruk mengeringkan tekak dan menggatalkan lidah tetapi sekarang banyak jeruk yang dibuta sudah semakin memenuhi  kehendak pelanggan. Resipi jeruk yang dikongsikan ini adalah sangat mudah dan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja asalkan dia berkehendak untuk membuatnya.

Moh kite buat!

Bahan bahan

2 biji mempelam
4 biji asam boi (warna putih)
1 biji cili api merah kecil
1 sudu gula
1 balang plastik

Cara cara

Buah mempelam dibuang kulit dan diptong nipis memanjang.

Masukkan buah mempelam ke dalam balang bersama asam boi, cili api dan gula ke dalam balang.

Tutup balang dan goncangkan agar sekata.

Masukkan ke dalam peti sejuk.

Ulang goncangan sekali sekala.

Seeloknya dimakan selepas beberapa jam atau semalaman untuk memastikan semua bahan sudah sebati.


Nota:

1) Selepas makan pastikan disimpan semula ke dalam peti sejuk untuk memastikan ketahanannya.



Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Tempoyak Daun Kayu


Resepi (resep) tempoyak daun kayu yang menghimpunkan ulam-ulaman yang sedap dan terbaik. Cubalah masakan ini.

Moh kite masak!

Bahan bahan

5 ikat pucuk ubi
1 piring terung pipit
5 batang keladi
2 papan petai
1 keping asam gelugor
1 batang serai
9 biji cili api (cabe rait)
5 sudu tempoyak
1/2 kilo santan pekat
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa

Cara cara

Ambil pucuk dan daun muda sahaja pada pucuk ubi. Yang lain terpaksa dibuang. Hiris pucuk dan daun muda tadi halus halus. Kemudian basuh.

Buang tangkai terung pipit dan basuh.

Ambil isi petai dan belah dua. dan basuh.

Siang keladi dengan membuang kulitnya. Potong nipis nipis dan basuh.

Campur semua sayuran tadi sekali dan letak di dalam kuali.

Masukkan santan pekat, tempoyak, cili api dan sedikit serbuk kunyit ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.

Tuang bahan kisaran ke dalam kuali.

Ketuk serai dan masukkan juga ke dalam kuali bersama asam gelugor dan garam.

Gaulkan kesemuanya.

Buka api dan masak. Kacau sekali sekala. Proses memasak agak lama iaitu sehingga sayuran lembut dan kuah menjadi pekat dan sedikit barulah api ditutup.


Nota:

1) Resipi ini boleh dipelbagaikan bahan-bahannya. Boleh ditambah cendawan sisir, jantung pisang, pucuk kaduk dan lain lain yang bersesuaian.

2) Santan tidak perlu ditambah air kerana masakan ini memang memerlukan santan yang pekat.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

MAKAN MAKAN: Ikan bakar Jalan Bellamy KL





Salah satu tempat makan ikan bakar yang best. Selain ikan, ada juga sotong bakar, kerang bakar dam udang bakar.

Terdapat beberapa gerai di sini. Cuma, pilihan saya adalah gerai ketiga dari jalan masuk. Saya suka air asam atau cili kicapnya. Gerai lain pun tak kurang hebatnya tapi pada saya kelebihan gerai ketiga adalah air asamnya.

Cuma gerai gerai ini hanya dibuka daripada Isnin sehingga hari Sabtu. Sebaiknya sampai awal kerana biasanya penuh dan terpaksa berbaris menunggu ikan atau makanan laut yang lain.

Ada juga makanan nasi campur yang lain. Cuma tumpuan utamanya adalah makanan laut yang dibakar.

Lokasi: Jalan Bellamy atau lebih dineali dengan belakang Istana (Istana Negara yang lama. Sekarang dikenali Muzium DiRaja)

Saturday, April 14, 2018

MUHASABAH DIRI: Rezeki



Rezeki adalah kurniaan daripada ALLAH. Apa sahaja nikmat yang ALLAh berikan kepada kita adalah rezeki. Ia bukanlah wang ringgit, dollar, euro mahupun pound sterling semata-mata.

Mampu buang air pun rezeki. Rezeki kesihatan. Ada orang yang sakit nak buang air pun tak mampu dengan cara sepatutnya. Kena melalui tiub dan sebagainya.

Ada orang yang dikurniakan anak yang ramai, ada juga yang tidak ada anak. Ada orang dikurniakan harta benda yang banyak, ada juga yang miskin. Ada yang mampu berpoiligami ada yang tak mampu. Ada yang belajar tinggi ada yang sekadar sekolah rendah. Ada yang panjang umurnya ada yang pendek umurnya.

Apa pun kena bersyukur dengan apa sahaja yang ALLAH berikan. Dengan bersyukur kita akan merasa cukup.

Tidak perlu berasa risau akan rezeki kita mahupun anak-anak yang bakal kita tinggalkan. Tidak perlu juga hasad dengan rezeki orang lain. Rezeki untuk semua telah ALLAH tetapkan.

MUHASABAH DIRI: Kita tidak punya apa-apa



Kebesaran dan keagungan hanyalah ALLAH. Kita adalah makhluk yang lemah kerana kita diciptakan oleh ALLAH. Kita keluar 2 kali daripada 2 kemaluan, begitulah hinanya asal kita. Sedarlah asal usul kejadian kita dan janganlah sombong dan meninggi diri.

Segala yang kita ada adalah kurnia daripada Allah. Janganlah sombong dan riak kepada sesiapa pun apatah lagi kepada Tuhan yang memberi kita pelbagai nikmat.

Maka yang mana satu nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan? Al Quran 55:13

Begitu juga dengan kudrat kita. Kita tidak akan mampu mengangkat kelopak mata sekalipun tanpa izin dan kekuatan yang diberikan oleh ALLAH.

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan ALLAH.

Resepi Ikan Bawal Emas Bakar





Apa menu nak masak hari ni? Apa nak buat time kena lock kat umah?

Masaklah resepi ini.

Bahan bahan

2 ekor ikan bawal emas


Cara cara

Bersihkan ikan dan bakar.

Cara bakaran terpulang kepada kemudahan masing masing.

Boleh bakar guna bara kayu api/ arang dan boleh juga dengan menggunakan pan.


Nota:

1) Terlalu mudah? Ya memang mudah!! Tanpa garam dan apa pun.

2) Pastikan ada air asam yang mantap untuk mencicah. Contohnya seperti di link berikut

https://www.mohkite.com/2018/04/masak-masak-air-asam-special.html


Thursday, April 12, 2018

Resepi Sambal Bilis Petai







Resepi (resep) masakan sambal ikan bilis petai yang mantap dan menambahkan selera.

Moh kite masak!

Bahan bahan

200g Ikan bilis
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 sudu pes asam jawa
1 cawan air
2 papan petai
1/2 cawan minyak masak
garam secukup rasa
gula secukup rasa


Cara cara

Cili kering dipotong kecil dan direbus seketika.

Kisar cili kering tadi bersama bawang besar dan halia.

Bancuh asam jawa dengan secawan air.

Petai dibasuh dan dipotong nipis nipis tanpa dibuang kulitnya.

Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.

Tumiskan cili kering kisar dalam minyak gorengan ikan bilis tadi. Gunakan api kecil. Kacau sekali sekala sehingga cili pecah minyak.

Masukkan petai, gula, garam dan air asam jawa.

Kacau sehingga sebati dan biarkan seketika sampai petai agak layu. Tutup api. Biarkan sambal sejuk sedikit.

Campurkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal yang sudah kurang  panas dan gaulkan sekata.


Nota:

1) Pastikan cili kering dimasak lama sehingga pecah minyak untuk mendapatkan sambal yang sedap.
2) Ikan bilis mestilah digoreng garing dan dicampurkan ke dalam sambal yang sejuk untuk mengekalkan kerangupannya.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Air asam special


Resepi (resep) air asam untuk menyicah yang sedap. Sesuai untuk ikan bakar, ayam bakar, daging bakar dan sebagainya.

Apa menu nak masak hari ni? Apa nak buat time kena lock kat umah?

Masaklah resepi ini.

Bahan bahan

5 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
7 helai daun kesom
2 sudu pes asam jawa adabi
3/4 cawan air
1/2 sudu teh kerisik
sedikit garam


Cara cara

Potong cili kering kecil kecil. Basuh dan rebus sehingga mendidih. Kemudian, tumbuk sehingga halus.

Masukkan cili yang telah ditumbuk ke dalam periuk bersama asam jawa, air, kerisik dan garam. Panaskan sehingga mendidih dan kemudian sejukkan.

Rincik halus daun kesom.

Potong  bawang besar kecil kecil.

Masukkan bawang dan daun kesom ke dalam bahan yang telah dimasak tadi dan gaul rata.


Nota:

1) Lebih sedap kalau ditambah tomato. ptotong dan tambah sahaja. Jangan masak.

2) Boleh tambah bahan dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan tambah bawang, tomato dan daun kesom.

3) Daun kesom juga dikenali dengan nama daun cenohom.



Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

MAKAN MAKAN: Chilli's Crab



Lokasi:  Kinrara BK5 (Berhampiran Giant, LRT Station dan Masjid Al Ehsan)

Ini adalah sebuah kedai makanan laut tetapi terdapat juga makanan makanan goreng yang lain. Menunya agak menarik dengan pelbagai jenis masakan.

Saya telah memesan udang goreng butter, sotong goreng telur masin dan tomyam. Kesemuanya amat sedap dan memuaskan hati.

Pada mulanya saya lihat harganya agak mahal tetapi apabila hidangan sampai saya rasa memang berbaloi kerana agak banyak dan sedap!!!

Udang goreng butter seperti itu memang telah lama saya cari di Semenanjung kerana sebelum ini yang saya hanya jumpa di Sabah. Ia memang menepati citarasa saya.

Sos telur masin untuk sotong juga agak sedap dan pedas. Pastinya memikat selera.

Manakala tomyam pula, pekat dan terasa ketomyamannya!!


Nota: Komen adalah berdasarkan apa yang telah dimakan dan diminum serta mengikut citarasa saya.

Resepi Ikan sardin masak lemak cili kering



Moh kite masak resepi ini!

Bahan bahan

5 ekor ikan sardin sederhana besar
10 tangkai cili kering
3 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
1 keping asam gelugor
santan dari setengah biji kelapa
garam secukup rasa
serrbuk kunyit
minyak masak untuk menggoreng

Cara cara

Potong cili dan rebus seketika. Kisar cili kering dengan sedikit air sehingga halus.

Hiris bawang merah dan bawang putih.

Hiris juga halia sehingga berbentuk seprti lidi lidi kecil.

Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.

Goreng ikan sehingga garing. Keluarkan dari kuali. Keluarkan juga minyak dan tinggal sedikit sekadar untuk menumis bawang dan cili.


Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu.

Masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak.

Masukkan halia, garam dan asam keping.

Masukkan santan dan biar sehingga mendidih.

Masukkan ikan dan biar seketika untuk sebati dengan kuah sebelum menutup api.


Nota: Masakan ini adalah kegemaran saya dan resipi ini diajarkan oleh ibu saya, Endon Binti Mohd Noor.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama.

Wednesday, April 11, 2018

MUHASABAH DIRI: Tundukkan hati



Apa sahaja yang diciptakan Allah adalah makhluk. Setiap sesuatu yang Allah ciptakan tidak sia sia. Kita sebagai hamba Allah hendaklah tunduk kepadaNya. Tunduk bukan sekadar rukuk dan sujud di dalam solat tetapi tunduk dengan erti kata sebenarnya yakni dengan benar benar menyaksikan Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah Utusan Allah serta menuruti segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.