Resepi (resep) air asam untuk menyicah yang sedap. Sesuai untuk ikan bakar, ayam bakar, daging bakar dan sebagainya.
Apa menu nak masak hari ni? Apa nak buat time kena lock kat umah?
Masaklah resepi ini.
Bahan bahan
5 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
7 helai daun kesom
2 sudu pes asam jawa adabi
3/4 cawan air
1/2 sudu teh kerisik
sedikit garam
Cara cara
Potong cili kering kecil kecil. Basuh dan rebus sehingga mendidih. Kemudian, tumbuk sehingga halus.
Masukkan cili yang telah ditumbuk ke dalam periuk bersama asam jawa, air, kerisik dan garam. Panaskan sehingga mendidih dan kemudian sejukkan.
Rincik halus daun kesom.
Potong bawang besar kecil kecil.
Masukkan bawang dan daun kesom ke dalam bahan yang telah dimasak tadi dan gaul rata.
Nota:
1) Lebih sedap kalau ditambah tomato. ptotong dan tambah sahaja. Jangan masak.
2) Boleh tambah bahan dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan tambah bawang, tomato dan daun kesom.
3) Daun kesom juga dikenali dengan nama daun cenohom.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
No comments
Post a Comment