Pages

Saturday, July 21, 2018

Resepi Sotong bakar



Sotong bakar yang lembut, tidak liat dan segar sentiasa menjadi pilihan saya jika makan di restoran yang ada menyediakannya.  Kena pulak bersambal yang enak, mau bertambah di kedai makan. Sesuatu yang jarang dilakukan tetapi kalau sedap memang akan terjadi. Jadi, saya pun mencuba buat sendiri untuk makan di rumah. Memang bertambah-tambah nasi dan kalau tidak mahu ini terjadi jangan masak nasi banyak-banyak.

Moh kite bakor!

Bahan bahan

5 ekor sotong sederhana besar
7 tangkai cili kering
1 sudu teh pes asam jawa
2 sudu teh gula
sedikit garam

Cara cara

Bersihkan sotong. Kelar badan sotong (jangan putuskan). Basuh dan toskan.

Potong cili kering kecil-kecil, basuh dan rebus sehingga mendidih.

Kisar cili kering dengan sedikit air sehingga halus.

Masukkan cili kering kisar ke dalam periuk bersama garam, asam jawa dan gula. ke dalam periuk. Buka api dan biar sehingga mendidih dan agak pekat. Tutup api dan sejukkan.

Letak sotong di atas pemanggang atau tempat bakar. Kuali pun boleh juga tetapi sebaiknya yang tidak melekat. Buka api dan biar sotong kering airnya.

Letakkan cili yang telah dimasak tadi di atas sotong atau gaulkan. Biar seketika sehingga sebati dan cili bertambah pekat.

Tutup api dan hidangkan

Nota:

Enak dimakan bersama nasi puti atau nasi lemak. Sedap juga dimakan dengan air asam utara

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Cucur ikan bilis


Berpagi-pagian dengan perut yang lapar di hujung minggu. Kena pulak malas nak keluar tetapi malas juga hendak memasak makanan yang agak berat. Jadi masakan mudah dan cepat seperti cucur ikan bilis ini amat sesuai. Dipasangkan pula dengan teh 'o' atau kopi 'o' panas, pastinya kudapan ini amat sesuai dan menyenangkan juga mengenyangkan.

moh kite masak!

Bahan bahan

1 genggam ikan bilis
2 cawan tepung gandum
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam (jika perlu)
air
Sos cili atau sos tomato

Cara cara

Bersihkan ikan bilis, basuh dan toskan.

Kisar ikan bilis dalam pengisar kering sehingga agak halus. Jangan kisar sehingga terlalu halus.

Masukkan tepung ke dalam mangkuk.

Masukkan hasil kisaran bersama air ke dalam mangkuk. Gaul rata. Jumlah air adalah mengikut kesesuaian agar hasil bancuhan tidak terlalu pekat atu terlalu cair.

Masukkan sedikit garam jika perlu kerana biasanya ikan bilis sudah ada kemasinannya sendiri. Jika ditambah garam mungkin akan menjadi lebih masin.

Masukkan serbuk kunyit dengan kadar amat sedikit yakni sekadar di hujung sudu dan gaul rata.

Panaskan minyak masak di dalam kuali.

Masukkan hasil bancuhan dengan kadar kecil satu demi satu. Rupa cucur terpulang pada tukang masak sama ada hendak ianya berbentuk bulat, panjang atau apa sahaja.

Apabila susah agak kuning, alihkan dan pisah cucur antara satu sama lain. Tunggu sehingga masak dan sedikit kekuningan (garing) dan angkat.

Seterusnya, masukkan pula baki bancuhan sehinggalah habis.

Hidangkan bersama sos cili atau sos tomato sebagai cicahan.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi air asam kerisik



Air asam sangat terkenal di utara terutama untuk lauk yang dibakar seperti daging, ikan dan ayam. Air asam juga dimakan bersama ulam-ulaman di utara. Pada majlis kenduri kendara  atau ketika korban, biasanya akan ada sup kawah yang mana pasangan terbaiknya adalah air asam. Pasti bertambah makan kenduri. 



Terdapat kepelbagaian dalam membuat air asam. Resepi ini saya ambil daripada seorang rakan yang mana saya rasa sangat sedap. Dia memasangkan air asam ini dengan nasi daging.Air asam pastinya memerlukan bawang sebagai bahan utama.

Bahan-bahan lain adalah seperti asam jawa, tomato, garam, gula dan kerisik. Ada juga air asam yang menggunakan daun kesum.

Bahan-bahan untuk air asam ini amat mudah didapati. Ianya juga amat mudah untuk disediakan.

Moh kite buat!


Untuk melihat cara membuatnya, tonton video di bawah.





Bahan bahan (Kisar)

2 biji cili merah
5 biji cili api
1 sudu pes asam jawa
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1 biji limau nipis(diperah)
1 sudu teh belacan
1 sudu kerisik
1 cawan air

Bahan-bahan 

2 biji tomato
2 labu bawang besar

Cara-cara

Kisar kesemua bahan-bahan kisar. Masukkan hasil kisaran ke dalam mangkuk.

Hiris nipis bawang besar dan masukkan ke dalam mangkuk.

Hiris tomato, masukkan ke dalam lesung batu dan lenyek sedikit. Masukkan ke dalam mangkuk. Gaul rata.

Hidangkan dan makan bersama lauk pauk yang bersesuaian.


Nota: 

Kredit untuk Ida (jiran) untuk resepi ini.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Tuesday, July 3, 2018

Resepi Nasi Goreng Tomyam


Ini adalah resepi percubaan terbaru saya. Nasi yang digoreng bersama dengan perencah tomyam dan sayuran menghasilkan nasi yang enak dan sesuai dinikmati seisi keluarga. Cubalah!

Moh kite masak!

Bahan bahan

3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar/holland
1 sudu  pes tomyam
5 tangkai cili kering
1 genggam brocolli
1 genggam kobis bunga
7 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan
1 pot/ cawan beras
5 sudu minyak zaitun/ masak
1/4 kg daging

Cara cara

Tanak beras sehingga masak. Kurangkan sedikit air agar nasi tidak terlalu lembut.

Potong daging kecil-kecil dan rebus dan garam sehingga lembut.

Potong kecil- kecil cili kering dan rebus sehingga lembut. Kisar sehingga halus.

Hiris bawang putih dan bawang merah nipis-nipis.

Hiris juga bawang besar.

Potong kecil bunga kantan dan masukkan ke dalam pengisar kering bersama daun limau purut. Kisar sehingga halus.

Kukus brocolli dan kobis bunga sehingga lembut.

Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu.

Masukkan cili kisar dan pes tomyam. Tumis sehingga naik minyak.

Masukkan bawang besar dan hasil kisaran bunga kantan bersama daun limau purut.

Masukkan daging dan gaul rata. Biar seketika sehingga


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama