Pages

Monday, July 19, 2021

Resepi sup tulang dan gearbox


Sup tulang dan gearbox

Setiap kali sembelihan dijalankan, seboleh-bolehnya setiap bahagian dimanfaatkan. Pastinya bahagian daging menjadi keutamaan tetapi boleh dikatakan setiap bahagian boleh dimasak dan dimakan. Kena pula pada Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban, memang banyak lembu yang dikorbankan. 

Antara bahagian-bahagian yang menjadi perhatian adalah bahagian tulang, perut, paru-paru, hati, limpa dan ekor. Malah bahagian-bahagian lain seperti kulit, keting, lidah, telur dan juga "torpedo" juga boleh dimakan. Cuma mungkin geli dan tak lalu atau seeloknya tidak dimakan bahagian-bahagian yang menjijikkan. Kawan saya pernah order sup "torpedo" tanpa mengetahui apa ia sebenarnya. Setelah sampai ke meja, terus order benda lain. 

Mengenai sup tulang dan sup gearbox, ia adalah sup yang paling mantap. Lemak sup ini memang terangkat tetapi kena berjaga-jaga terutama yang ada penyakit 3 serangkai atau 4 serangkai yakni darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan jantung. Yang ada gout juga patut berhati-hati. Bahagian paling sedap adalah sum-sum dalam tulang. Perlu menggunakan straw untuk menghirupnya ataupun ketuk ke pinggan. Kalau sedikit pasti berebut anak beranak nakkan sum-sum it. 

Moh kite masak!

Bahan-bahan

1 batang tulang kaki lembu (potong 2)

1kg tulang lembu

33 biji buah pelaga

33 biji bunga cengkih

7 kuntum bunga lawang

3 kulit kayu manis

1 sudu serbuk jintan putih

1 sudu serbuk jintan manis

150g minyak sapi

2 kiub ayam

10 ulas bawang putih

3 biji bawang merah

5 inci halia

7 liter air

3 batang seleri

Daun sup

Daun bawang

Garan secukup rasa




Cara-cara


Kisar kasar bawang merah, bawang putih dan halia.


Panaskan dan cairkan minyak sapi di dalam periuk.


Tumis bahan kisaran.


Masukkan semua rempah dan kacau rata. Biar seketika sehingga naik bau.


Masukkan air dan kiub ayam.


Masukkan kesemua tulang.


Masak sehingga daging lembut dan tertanggal daripada tulang.


Potong seleri, daun sup dan daun bawang pendek-pendek.


Masukkan seleri dan garam secukup rasa ke dalam periuk.


Biarkan seketika biar sebati.


Tutup api dan masukkan daun sup serta daun bawang. Kacau rata.


Hidangkan.


Friday, July 16, 2021

Resepi taugeh goreng kicap dengan daun kucai




Taugeh adalah salah satu jenis sayur-sayuran yang asalnya adalah kacang. Biasanya ada 2 jenis taugeh dan dinamakan taugeh kecil/ halus dan taugeh besar/ kasar. Taugeh kecil berasal daripada kacang hijau atau kacang hitam manakala taugeh besar berasal daripada kacang tanah. Taugeh dalam bahasa Inggeris dikenali dengan nama bean sprout yang bermaksud kacang yang mengeluarkan pucuk dan akar. Kualiti dan saiz kacang memberi impak kepada saiz taugeh.
Satu ketika dahulu ada satu rancangan televisyen TV ataupun drama yang memaparkan satu adegan yang mengatakan "makan taugeh ni banyak-banyak, banyak zat ni". Sememangnya taugeh ada pelbagai zat dan khasiatnya tersendiri.
Antara masakan taugeh adalah kerabu taugeh. Masaklah dengan perut lembu atau kerang. Pasti sedap! Ia juga boleh dimasak air dan digoreng. Ia juga sesuai dimakan dengan mi goreng, kuey teow, bihun goreng, gado-gado dan sebagainya.
Moh kite masak taugeh goreng kicap dengan daun kucai. Resepi ini mudah dan sedap. Paling best kalau dapat makan dengan sambal belacan.

Bahan-bahan

400g taugeh kecil
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
5 pokok daun kucai
2 batang kek ikan (fish cake)
1 cawan air
2 sudu kicap
1 biji cili merah




Cara-cara

Bersihkan dan toskan taugeh.

Hiris bawang merah, bawang putih dan cili merah nipis-nipis.

Potong daun kucai pendek pendek.

Potong fish cake pendek-pendek dan hiris nipis-nipis.

Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga sedikit layu.

Masukkan kek ikan dan masak sehingga sedikit garing.

Masukkan taugeh dan daun kucai.

Masak seketika sebelum masukkan kicap dan air. Sukatan air bergantung kepada berapa banyak kuah yang kita mahukan.

Biarkan sehingga mendidih dan masukkan cili merah.

Jika menggunakan kicap yang masin. tidak perlu tambah garam.

Jika kurang masin, masukkan garam sekup rasa.

Nota:

Sedap dimakan bersama sambal belacan.

Thursday, July 15, 2021

Resepi Ayam Tandoori Chicken

 


Tandoori chicken atau ayam tandoori memang salah satu makanan yang mantap. Tambahan pula masa kena duduk di rumah, pastinya ia dirindui. Dengan risiko keluar rumah dan kos yang tinggi jika membelinya di kedai mamak, lebih baik buat sendiri. Puas hati dan boleh makan lebih banyak lagi.

Biasanya ayam tandoori ini ada pasangannya iaitu roti nan. Yang paling serasi adalah cheese nan! Begitupun ia tetap enak dimakan begitu saja atau bersama-sama nasi. Cubalah makan dengan nasi beriani atau nasik bukhara atau nasi minyak.  Pasti terangkat!

Cara membuatnya atau memasaknya tidaklah sukar cuma ia mengambil masa untuk perap yang agak lama. Jadi jika hendak makan pada waktu tertentu, pastikan perap lebih awal. Lagi lama perapan lagi sedap. Jadi bolehlah lupakan kedai mamak. Cuma mungkin anda akan kehilangan rasa air tangan mamak!

Moh kite buat tandoori chicken!

Bahan-bahan

2 ketul ayam (bahagian drumstic & thigh)

2 sudu minyak masak

2 sudu cili kisar

 5 ulas bawang putih

1 inci halia

1/2 cawan yogurt asli

2 biji bawang besar

1 sudu teh jintan manis

1 sudu teh ketumbar

1/2 cawan yogurt

1 sudu teh serbuk kunyit 

1/2 biji lemon

1 sudu teh garam

Sedikit pewarna merah



Cara-cara


Kelar ayam supaya mudah perapan menyerap dan rata pembakaran.


Kisar jintan manis dan ketumbar.


Kisar halia, bawang putih dan bawang besar.


Masukkkan kesemua bahan ke dalam satu bekas. Gaul rata.


Perap sekurang-kurangnya 2 jam.


Bakar dengan air fryer dengan suhu 180C selama 20-30 minit. Bergantung pada keupayaan air fryer masing-masing. Sebaiknya bakar selama 20 minit dahulu. Jika belum masak, tambah masa 5-10 minit.

Jika bahagian atas sahaja yang masak, sebaiknya alihkan bahagian bawah menjadi atas pula.


Boleh juga menggunakan ketuhar oven atau cara bakaran lain.


Boleh hidangkan bersama perahan limau nipis atau lemon. Sedap jika dapat dimakan dengan cheese nan!



Wednesday, July 14, 2021

Resepi Patin tempoyak




Patin tempoyak musim durian | tempoyak musing king ke?

Durian ada pelbagai jenis. Durian kampung, D24, IOI, udang merah, musang king, duri hitam dan tekka adalah antara yang paling popular di Malaysia. Antara tempat yang terkenal dengan durian adalah Balik Pulau, Batu Kurau, Kuala Kangsar, Raub, Bentong dn Jelebu. Kadang-kadang ada juga durian dari Siam ataupun Thailand. Made in Thailand manis dan manja. Hahaha

Harga durian bergantung juga kepada jenis durian selain daripada penjual durian. Ada durian yang boleh mencecah ratusan ringgit walaupun hanya sebiji. Contohnya duri hitan atau black thorn. Sampai adalah yang mengatakan harga yahudi dan sebagainya. Sebenarnya muamalat ni ada akad. Jadi kalau tak nak beli tak perlu beli dan tak perlu menjatuhkan perniagaan orang sebegitu.

Dah durian mahal sampai ke hati nak jadikan tenpoyak? Musang king dan tekka ataupun duri hitam. Sanggup ke jadikan tempoyak sahaja? Nama macam gah. Tempoyak musang king. Tempoyak tekka. Tapi takde lagi kot di pasaran sebab biasa kalau dah masam orang campur je. Tapi menarik jugak nak tengok harganya berapa bila dah jadi tempoyak.

Musim durian ni tempoyak  banyak. Baru pulak tu. moh kite masak patin tempoyak. Nak sedap kena la patin sungai. Tak kira la sungai mana. Sungai Pahang ke Sungai Perak ke Sungai Amazon ke. Jangan patin kolam, sebab bau tanah kuat. Tapi kalau dah takde sanga, balun aje lah. Resepi patin tempoyak simple je. Yang penting sedap. Yang penting dapat la makan macam patin tempoyak yang femes macam kat Temerloh atau kat Jaman Tory ke atau pun kat Akob Patin. Di Selangor boleh cari dan cuba restoran Temerloh Catering, Patin Pahang dan Sambal Hijau.

Bahan-bahan

Beberapa potong ikan patin

1 mangkuk tempoyak

3 batang serai

1 inci kunyit hidup

10 biji cili api

Sedikit daun kesum

Garam secukup rasa

Air

Bunga kantan (jika mahu/ ada)



Cara-cara

Bersihkan ikan patin.

Ketuk serai.

Tumbuk halus cili api dengan sedikit garam.

Tumbuk juga kunyit hidup.

Tuang air ke dalam periuk.

Masukkan serai, cili api dan kunyit.

Masukkan tempoyak. Sebaiknya ramas tempoyak itu tetapi jika tidak mahu, boleh la au menggunakan senduk.

Masak sehingga mendidih, masukkan daun kesom dan garam.

Masukkan ikan patin:

Masak sehingga ikan masak dan lembut.

Tutup api dan hidangkan.


#patintempoyak

#musangking

#durihitam

Tuesday, July 13, 2021

Resepi daging sapi padang asli

 

Rendang daging sapi Padang cocok untuk Idul Adha

Raya haji atau raya korban sudah semakin dekat. Ianya juga dikenali dengan nama Aidul Adha atau Idul Adha. Ia dirayakan pada 10 Zulhijjah Tahun Hijrah Islam setiap tahun. Terdapat peristiwa berkaitan perintah Allah supaya Nabi Allah Ibrahim untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail dan ketika hendak menyembelih anaknya, Nabi Ismail ditukarkan dengan seekor kibas.

Daripada peristiwa itulah, penyembelihan korban dilakukan okeh umat Islam. Sebahagian daging korban dibahagikan kepada fakir miskin dan sebahagiannya boleh diambil oleh tuan punya daging sapu korban.

Pelbagai masakan boleh dimasak. Biasanya untuk perayaan atau hari raya, daging lembu atau daging sapi akan dimasak rendang. Pelbagai jenis rendang terdapat di Malaysia. Antaranya rendang pedas dan rendang tok. Boleh juga dibuat serunding.

Apa kata kali ini kita cuba buat rendang seperti saudara kita, jiran kita di Padang, Sumatera, Indonesia. Kita cuba rendang daging sapi asli. Menarik caranya dan sedap hasilnya. Moh kite masak resepi ini.


Bahan-bahan

1 kg daging sapi

1 sudu teh serbuk lada hitam

3 helai daun limau purut

3 helai daun salam (bay leaves)

1 liter air

Garam secukup rasa

Bahan kisar

10 biji bawang merah

10 ulas bawang putih

3 batang serai

1 inci lengkuas

2 inci halia (jahe)

3 biji buah keras (kemiri)

10 biji Cili merah

1 inci kunyit hidup

1 sudu ketumbar





Cara-cara


Potong daging ikut suka


Kisar bahan kisar sehingga halus


Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.


Masukkan daun salam dan daun limau purut.


Masukkan daging dan kacau rata. Masak sehingga air daging keluar dan hampir kering.


Masukkan air. Masak sehingga hampir kering semula.


Masukan garam secukup rasa dan serbuk lada hitam.


Kacau sebati dan tutup api.

Monday, July 12, 2021

Resepi Nasi Arab Mandy Kambing Lamb Mandy

 


Nasi arab mandy kambing


Bahan-bahan


1kg beras basmathi

1kg daging kambing

3 sudu minyak sapi

5 kuntum bunga lawang

11 biji buah pelaga

1 sudu serbuk kunyit

1 biji bawang besar

2 inci halia

2 sudu gula

Garam secukup rasa

3 helai daun salam (bay leaves)

1 pokok daun ketumbar (basil)

1 pokok daun pudina (mint)

Sedikit lada hitam berperisa


Bahan-bahan kisar


11 kuntum bunga cengkih

1 kulit kayu manis (2 inci)

1 sudu biji ketumbar

1 sudu jintan manis


Bahan-bahan sos


3 biji cili merah

3 biji cili hijau

5 biji cili api

Sedikit daun ketumbar

1 biji lemon

1 biji bawang putih

Garam secukup rasa


Bahan-bahan sayur


1 biji timun

2 biji tomato

1 hirisan limau nipis

Sedikit garam

1 biji cili hijau


Cara-cara


Sukat beras menggunakan cawan. Jumlah sukatan cawan yang sama akan digunakan untuk memasak nasi nanti.


Rendam beras basmathi selama 2 jam atau selama memasak daging kambing (bukan mengunakan pressure cooker).


Kisar halus semua bahan kisar.


Potong daun pudina dan daun ketumbar pendek-pendek.


Hiris halia nipis-nipis.


Panaskan kuali dan cairkan minyak sapi.


Tumis bunga lawang dan buah pelaga.


Masukkan bahan kisar dan tumis. Jika terlalu pekat masukkan air.


Masukkan daun salam dan halia. Kacau rata.


Masukkan daging kambing. Kacau rata

dan biarkan sebati dengan rempah seketika.


Masukkan bawang besar, daun pudina dan daun ketumbar. Tinggalkan sedikit daun ketumbar dan pudina untuk nasi nanti. Kacau rata dan masukkan 1/2 liter air.


Masak sehingga daging kambing lembut. Setiap kali kuah semakin sedikit tambah air sehingga daging lembut atau empuk.


Setelah daging lembut masukkan garam dan gula. Masukkan atau sprinkle lada hitam beperisa. Kacau sebati. Pastikan air kuah mencukupi untuk memasak nasi. Jika kurang, tambah air dan masak sehingga sebati.


Basuh beras dan toskan.


Sukat kuah menggunakan cawan yang sama mengikut sukatan beras. Jika beras 5 cawan, kuah pun 5 cawan. Lebihkan sedikit sahaja kira kira tak sampai suku cawan. 


Masukkan kuah ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan beras dan juga daging kambing.  Masukkan juga lebihan daun ketumbar dan daun pudina. Masak sehingga kering.


Cara-cara buat sos


Kisar cili merah, cili api, cili hijau, tomato, daun ketumbar dan bawang putih. Sebaiknya gunakan food processor.


Perah lemon dan masukkan garam secukup rasa.


Kisar semula sehingga sebati.


Cara-cara sediakan sayur


Potong timun dan tomato kecil-kecil


Perah sedikit hirisan limau.


Masukkan sedikit garam dan gaul rata.


Cili hijau dipotong pendek-pendek untuk dikunyah ketika makan nasi.

Sunday, July 11, 2021

Resepi Laksa Johor ikan tenggiri


Laksa adalah satu makanan yang sememangnya menakjubkan. Di Malaysia sahaja terdapat pelbagai jenis laksa. Kebanyakan mengikut nama negeri. Ada laksa Penang, laksa Kedah, laksa Johor, laksa Sarawak, laksa Terengganu (kuah putih) dan laksa Kelantan ataupun lebih dikenali sebagai laksam. Ada juga yang mengikut nama tempat seperi laksa 3 kuala iaitu laksa Kuala Kangsar, laksa Kuala Kedah dan lan laksa Kuala Perlis. Yang luar negeri pun ada juga. Antaranya adalah laksa Singapura (Singapore) dan laksa Siam. Juga terdapat satu lagi jenis laksa iaitu asam laksa.

Ada juga yang mempelbagaikan resepi laksa mereka dengan menambah mengikut kreativiti masing-masing terutamanya untuk perniagaan. Antaranya adalah laksa ikan sekoq, telur sarang dan lain-lain. Kuah laksa juga pelbagai. Ada yang menggunakan ikan sardin atau ikan selayang, ikan tenggiri, ikan temenung, ikang kembung atau mabong, ikan parang, ikan kurau dan sebagainya. Ia bergantung pada citarasa dan bajet masing-masing. Ada kuah yang menggunakan santan dan ada yang tidak. Sesetengah tempat menggunakan ikan sardin tin sebagai bahan kuahnya Mi laksa pula ada macam-macam juga. Contohnya laksa Johor dan Singapore menggunakan spaghetti. Laksa penang dan kedah menggunakan tepung beras manakala laksa Kuala Kangsar kebanyakannya menggunakan tepung gandum. Cuma ada versi hybrid untuk kuah laksa sebelah utara seperi laksa penang, kedah dan sebagainya. Ramai yang menyukai makan kuah laksa sebelah utara denga bihun goreng. Bahan-bahan 1.5 kg ikan tengiri 2 cawan santan pekat 2 inci halia 1 inci lengkuas 3 batang serai 2 susu serbuk kari ikan 5 sudu cili kisar/ boh 5 keping asam keping 1 paket spaghetti 1 sudu minyak zaitun 10 biji cilli api sedikit belacan sedikit pes asam jawa sedikit daun selasih atau daun kesom 1 biji timun 1 kuntum bunga kantan 3 biji kacang panjang 1 biji bawang besar garam secukup rasa

Cara-cara Rebus ikan dengan asam keping sehingga lembut. Sejukkan. Asingkan isi ikan dan tulangnya. Kisar isi ikan sehingga halus mengunakan air rebusan. Kisar bersama-sama semua asam keping. Masukkan ke dalam periuk. Kisar pula tulang ikan dengan air rebusan. Tapiskan ke dalam periuk. Kisar serai, lengkuas, halia, serbuk kari dan cili boh bersama. Masukan ke dalam periuk. Boleh juga jika hendak ditumis terlebih dahulu. Tuang juga santan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa. Didihkan air bersama minyajk zaitun dan sedikit garam. Celur spaghetti sehingga kembang dan lembut. Untuk awas-awas atau sayuran pula, potong timun dengan cara membulat. Potong kacang panjang pendek pendek. Hiris bawang besar, bunga kantan dan daun selalih atau daun kesom nipis-nipis atau halus-halus. Sediakan pula sambal belacan. Tumbuk cili api bersame belacan , pes asam jawa dan sedikit garam sehingga sedikit lumat. Hidangkan spaghetti bersama kuah laksa dan taburkan sayuran serta letakkanlah sambal belacan. Nikmatilah.

Saturday, July 10, 2021

Resepi Puding susu kotak 4 bahan





 

Puding ada bermacam jenis. Puding jagung, puding mangga, puding roti, puding milo dan sebagainya. Rasa pun berbagai rasa. Cara pun berbagai cara.

Resepi ini adalah puding susu. Guna susu kotak Dutch Lady sahaja. Sedap memang sedap. Mudah pun mudah. Anak-anak suka, ibu bapa suka, atuk nenek pun suka. Musim panas dapat benda sejuk, sejuk je anak tekak. Segar je rasanya. Refreshing la bak kata omputih. Kena pulak kena duduk di rumah musim PKP ni kan. Daripada terperap membongkang je kojenye, moh kite layan buat resepi puding ni.
Bahan-bahan
1 kotak susu coklat
3 kotak susu penuh krim
1 paket 10g serbuk agar-agar clear
3 sudu susu pekat manis




Cara-cara

Masukkan serbuk agar-agar ke dalam mangkuk kecil. 
Tuang susu coklat ke dalam mangkuk. Masukkan 1/4 serbuk aga-agar dan kacau rata. Masak sekadar agar-agar larut. Tidak perlu sehingga mendidih tetapi jika telah mendidih, tidak mengapa.

Sejukkan kepada suhu bilik. Sesudah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk kira-kira 1-2 jam. Setelah sejuk barulah buat cara seterusnya.
Masukkan 3 kotak susu penuh krim ke dalam mangkuk. Masukkan 3 sudu krimer pekat (susu pekat manis). Rasa untuk 3 sudu adalah sangat cantik tetapi jika ingin lebih manis atau kurang manis, bileh tambah atau kurangkan krimer pekat. Jika tiada krimer manis, boleh juga gunakan gula. Masukkan baki 3/4 serbuk agar-agar ke dalam mangkuk dan kacau rata.

Masak sehingga agar-agar larut. Sama seperti susu coklat tadi. Tidak perlu sehingga mendidih.

Sejukkan ke pada suhu bilik. Tidak perlu sehingga beku.

Potong agar-agar coklat. kecil-kecil atau halus-halus. Boleh juga potong mengikut kreativiti masing-masing.

Letakkan ke dalam acuan dan tuangkan agar-agar susu penh krim tadi.
Masukkan ke dalam peti sejuk dan sejukkan selama 2-3 jam.

Boleh dihidangkan dan dimakan. Anak-anak pasti suka.