![]() |
Rendang daging sapi Padang cocok untuk Idul Adha
Raya haji atau raya korban sudah semakin dekat. Ianya juga dikenali dengan nama Aidul Adha atau Idul Adha. Ia dirayakan pada 10 Zulhijjah Tahun Hijrah Islam setiap tahun. Terdapat peristiwa berkaitan perintah Allah supaya Nabi Allah Ibrahim untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail dan ketika hendak menyembelih anaknya, Nabi Ismail ditukarkan dengan seekor kibas.
Daripada peristiwa itulah, penyembelihan korban dilakukan okeh umat Islam. Sebahagian daging korban dibahagikan kepada fakir miskin dan sebahagiannya boleh diambil oleh tuan punya daging sapu korban.
Pelbagai masakan boleh dimasak. Biasanya untuk perayaan atau hari raya, daging lembu atau daging sapi akan dimasak rendang. Pelbagai jenis rendang terdapat di Malaysia. Antaranya rendang pedas dan rendang tok. Boleh juga dibuat serunding.
Apa kata kali ini kita cuba buat rendang seperti saudara kita, jiran kita di Padang, Sumatera, Indonesia. Kita cuba rendang daging sapi asli. Menarik caranya dan sedap hasilnya. Moh kite masak resepi ini.
Bahan-bahan
1 kg daging sapi
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 helai daun limau purut
3 helai daun salam (bay leaves)
1 liter air
Garam secukup rasa
Bahan kisar
10 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci lengkuas
2 inci halia (jahe)
3 biji buah keras (kemiri)
10 biji Cili merah
1 inci kunyit hidup
1 sudu ketumbar
Cara-cara
Potong daging ikut suka
Kisar bahan kisar sehingga halus
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
Masukkan daun salam dan daun limau purut.
Masukkan daging dan kacau rata. Masak sehingga air daging keluar dan hampir kering.
Masukkan air. Masak sehingga hampir kering semula.
Masukan garam secukup rasa dan serbuk lada hitam.
Kacau sebati dan tutup api.
No comments:
Post a Comment