Pages

Tuesday, October 30, 2018

Resepi Kerang air asam





Moh kite masak kerang air asam!

Bahan bahan

1kg kerang
1/2 biji bawang besar holland
1 biji tomato
2 sudu pes asam jawa
1/2 sudu teh kerisik
2 cawan air
garam secukup rasa

Cara cara

Rebus kerang sehingga masak. Sejukkan dan keluarkan isi kerang.

Potong tomato panjang-panjang dan tumbuk dengan lesung batu. Cukup sekadar seperti dilenyek bukan tumbuk sehingga lumat.

Hiris bawang besar nipis-nipis.

Satukan tomato yang telah ditumbuk bersama bawang ke dalam satu bekas.

Masukkan isi kerang ke dalam periuk bersama dengan pes asam jawa garam dan kerisik. Buka api dan biar sehingga mendidih.

Tutup api dan sejukkan. 

Masukkan kerang dan satukan dengan tomato dan bawang. Gaul rata.

Sedia dihidang.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Monday, October 8, 2018

Resepi Rendang kerang hitam



Di kampung saya, setiap kali raya ada satu rumah yang menyediakan rendang kerang berwarna hitam. Ianya unik dan sangat sedap. Saya sudah beberapa kali mencuba mendapatkan resepi tetapi seolah-olah gagal. Jadi, saya juga telah mencuba memasaknya beberapa kali dan akhirnya saya mendapat rasa yang agak hampir. Cubalah!

Moh kite masak!

Bahan bahan

1/2 kg isi kerang
10 batang kacang buncis
1/2 inci lengkuas
5 batang serai
2 inci halia
5 biji bawang merah/ kecil
10 tangkai cili kering
1 biji santan kelapa
3 sudu besar kicap lemak manis
garam secukup rasa

Cara cara

Bersihkan (buang kulit dan basuh) lengkuas, halia, serai dan bawang merah. Potong kecil kecil untuk memudahkan kerja mengisar.

Potong cili kering pendek-pendek dan rebus seketika sehingga mendidih dan lembut. Tapis dan toskan.

Masukkan lengkuas, halia, serai, bawang merah, kicap, santan dan cili kering ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.

Bersihkan kacang buncis dan potong serong pendek-pendek.

Masukkan kerang, kacang buncis dan hasil kisaran ke dalam kuali/ periuk.

Pasangkan api dan masak sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa.

Masak sehingga agak kering sebelum menutup api.

Nota:

Sedap dimakan bersama lemang atau ketupat. Sedap juga dengan pulut dan nasi.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Saturday, July 21, 2018

Resepi Sotong bakar



Sotong bakar yang lembut, tidak liat dan segar sentiasa menjadi pilihan saya jika makan di restoran yang ada menyediakannya.  Kena pulak bersambal yang enak, mau bertambah di kedai makan. Sesuatu yang jarang dilakukan tetapi kalau sedap memang akan terjadi. Jadi, saya pun mencuba buat sendiri untuk makan di rumah. Memang bertambah-tambah nasi dan kalau tidak mahu ini terjadi jangan masak nasi banyak-banyak.

Moh kite bakor!

Bahan bahan

5 ekor sotong sederhana besar
7 tangkai cili kering
1 sudu teh pes asam jawa
2 sudu teh gula
sedikit garam

Cara cara

Bersihkan sotong. Kelar badan sotong (jangan putuskan). Basuh dan toskan.

Potong cili kering kecil-kecil, basuh dan rebus sehingga mendidih.

Kisar cili kering dengan sedikit air sehingga halus.

Masukkan cili kering kisar ke dalam periuk bersama garam, asam jawa dan gula. ke dalam periuk. Buka api dan biar sehingga mendidih dan agak pekat. Tutup api dan sejukkan.

Letak sotong di atas pemanggang atau tempat bakar. Kuali pun boleh juga tetapi sebaiknya yang tidak melekat. Buka api dan biar sotong kering airnya.

Letakkan cili yang telah dimasak tadi di atas sotong atau gaulkan. Biar seketika sehingga sebati dan cili bertambah pekat.

Tutup api dan hidangkan

Nota:

Enak dimakan bersama nasi puti atau nasi lemak. Sedap juga dimakan dengan air asam utara

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Cucur ikan bilis


Berpagi-pagian dengan perut yang lapar di hujung minggu. Kena pulak malas nak keluar tetapi malas juga hendak memasak makanan yang agak berat. Jadi masakan mudah dan cepat seperti cucur ikan bilis ini amat sesuai. Dipasangkan pula dengan teh 'o' atau kopi 'o' panas, pastinya kudapan ini amat sesuai dan menyenangkan juga mengenyangkan.

moh kite masak!

Bahan bahan

1 genggam ikan bilis
2 cawan tepung gandum
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam (jika perlu)
air
Sos cili atau sos tomato

Cara cara

Bersihkan ikan bilis, basuh dan toskan.

Kisar ikan bilis dalam pengisar kering sehingga agak halus. Jangan kisar sehingga terlalu halus.

Masukkan tepung ke dalam mangkuk.

Masukkan hasil kisaran bersama air ke dalam mangkuk. Gaul rata. Jumlah air adalah mengikut kesesuaian agar hasil bancuhan tidak terlalu pekat atu terlalu cair.

Masukkan sedikit garam jika perlu kerana biasanya ikan bilis sudah ada kemasinannya sendiri. Jika ditambah garam mungkin akan menjadi lebih masin.

Masukkan serbuk kunyit dengan kadar amat sedikit yakni sekadar di hujung sudu dan gaul rata.

Panaskan minyak masak di dalam kuali.

Masukkan hasil bancuhan dengan kadar kecil satu demi satu. Rupa cucur terpulang pada tukang masak sama ada hendak ianya berbentuk bulat, panjang atau apa sahaja.

Apabila susah agak kuning, alihkan dan pisah cucur antara satu sama lain. Tunggu sehingga masak dan sedikit kekuningan (garing) dan angkat.

Seterusnya, masukkan pula baki bancuhan sehinggalah habis.

Hidangkan bersama sos cili atau sos tomato sebagai cicahan.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi air asam kerisik



Air asam sangat terkenal di utara terutama untuk lauk yang dibakar seperti daging, ikan dan ayam. Air asam juga dimakan bersama ulam-ulaman di utara. Pada majlis kenduri kendara  atau ketika korban, biasanya akan ada sup kawah yang mana pasangan terbaiknya adalah air asam. Pasti bertambah makan kenduri. 



Terdapat kepelbagaian dalam membuat air asam. Resepi ini saya ambil daripada seorang rakan yang mana saya rasa sangat sedap. Dia memasangkan air asam ini dengan nasi daging.Air asam pastinya memerlukan bawang sebagai bahan utama.

Bahan-bahan lain adalah seperti asam jawa, tomato, garam, gula dan kerisik. Ada juga air asam yang menggunakan daun kesum.

Bahan-bahan untuk air asam ini amat mudah didapati. Ianya juga amat mudah untuk disediakan.

Moh kite buat!


Untuk melihat cara membuatnya, tonton video di bawah.





Bahan bahan (Kisar)

2 biji cili merah
5 biji cili api
1 sudu pes asam jawa
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1 biji limau nipis(diperah)
1 sudu teh belacan
1 sudu kerisik
1 cawan air

Bahan-bahan 

2 biji tomato
2 labu bawang besar

Cara-cara

Kisar kesemua bahan-bahan kisar. Masukkan hasil kisaran ke dalam mangkuk.

Hiris nipis bawang besar dan masukkan ke dalam mangkuk.

Hiris tomato, masukkan ke dalam lesung batu dan lenyek sedikit. Masukkan ke dalam mangkuk. Gaul rata.

Hidangkan dan makan bersama lauk pauk yang bersesuaian.


Nota: 

Kredit untuk Ida (jiran) untuk resepi ini.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Tuesday, July 3, 2018

Resepi Nasi Goreng Tomyam


Ini adalah resepi percubaan terbaru saya. Nasi yang digoreng bersama dengan perencah tomyam dan sayuran menghasilkan nasi yang enak dan sesuai dinikmati seisi keluarga. Cubalah!

Moh kite masak!

Bahan bahan

3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar/holland
1 sudu  pes tomyam
5 tangkai cili kering
1 genggam brocolli
1 genggam kobis bunga
7 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan
1 pot/ cawan beras
5 sudu minyak zaitun/ masak
1/4 kg daging

Cara cara

Tanak beras sehingga masak. Kurangkan sedikit air agar nasi tidak terlalu lembut.

Potong daging kecil-kecil dan rebus dan garam sehingga lembut.

Potong kecil- kecil cili kering dan rebus sehingga lembut. Kisar sehingga halus.

Hiris bawang putih dan bawang merah nipis-nipis.

Hiris juga bawang besar.

Potong kecil bunga kantan dan masukkan ke dalam pengisar kering bersama daun limau purut. Kisar sehingga halus.

Kukus brocolli dan kobis bunga sehingga lembut.

Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu.

Masukkan cili kisar dan pes tomyam. Tumis sehingga naik minyak.

Masukkan bawang besar dan hasil kisaran bunga kantan bersama daun limau purut.

Masukkan daging dan gaul rata. Biar seketika sehingga


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Monday, June 4, 2018

Resepi Sup daging





Sup adalah satu masakan mudah yang enak. Cara masakan mungkin berbeza-beza. Ada yang menumis dahulu dan ada juga yang terus merebus. Apa pun kaedahnya, ia adalah masakan berkuah yang sedap terutama dimakan ketika masih panas. Ianya boleh dimakan dengan nasi, nasi himpit  bihun dan mi tetapi ia bergantung pada bahan-bahan yang dibubuh ketika memsaaknya.. Ianya boleh juga dihirup begitu sahaja. Cubalah.

Moh kite masak!

Bahan bahan

1/2 kg daging
2 batang seleri
1 biji lobak merah
2 biji ubi kentang
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu teh jintan putih
3 kuntum bunga lawang
1 kulit kayu manis
daun sup
daun bawang
garam
5 cawan air


Cara cara

Bersihkan daging dan potong kecil-kecil. Basuh dan toskan.

Hiris bawang putih nipis-nipis.

Potong halia kecil melidi.

Potong lobak merah nipis nipis secara membulat.

Potong dadu ubi kentang kecil-kecil.

Potong selere nipis-nipis.

Potong daun sup dan daun bawang kecil kecil.

Rebus seketika lobak merah dan buang airnya.

Masukkan daging, jintan putih, seleri,, bawang putih, air, bunga lawang, kulit kayu manis

dan halia ke dalam periuk.

Buka api dan tutup periuk. Tunggu sehingga mendidih.

Masukkan lobak merah dan kentang dan tutup periuk semula. Biarkan sekatika dan kacau sekali-sekala.

Masukkan garam secukup rasa. Kacau rata dan biar ia sebati sebelum menutup api.

Tutup api dan masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau rata.

Sedia dihidang.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi kurma kambing






Daging kambing semakin popular di Malaysia. Dahulu, ramai yang takut hendak memakaannya kerana pelbagai bentuk persepsi seperti daging kambing panas, takut darah naik, berbau dan banyak lagi. Kini, boleh dikatakan daging kambing mudah didapati di restoran-restoran dan kedai-kedai makan dalam pelbagai jenis bentuk masakan. Dahulu, kalau hendak makan daging kambing perlu ke kedai mamak sahaja. Kini, ianya tidak lagi terhad kepada kedai mamak.

Moh kite masak!



Bahan bahan

1/2 kg daging kambing
1.5 paket serbuk kurma
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
3 kuntum bunga lawang
1 kulit kayu manis
1/4 kobis
santan pekat 1 biji kelapa
garam secukup rasa
minyak zaitun/ minyak masak
3 cawan air

Cara cara

Bersihkan daging kambing. Potong sederhana besar.

Hiris bwang putih dan bawang merah nipis-nipis.

Potong halia kecil melidi.

Bancuh serbuk kurma dengan sedikit air dan campurkan bersama bunga lawang, kulit kayu manis dan halia.

Potong bawang besar dari atas tetapi tidak putus ke bawah agar berbentuk bunga.

Bancuh santan pekat dengan 3 cawan air.

Ambil daun kobis di bahagian yang lembut sahaja dan basuh.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.

Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh tadi. Tunggu sehingga pekat/ naik minyak.

Masukkan santan, daging kambing dan bawang besar.

Kacau rata dan tutup kuali/ periuk. Biar sehiingga daging lembut/ empuk. Buka sekali-sekala untuk mengacau.

Masukkan kobis dan garam. Kacau rata. Biarkan sehingga kobis layu dan kuah menjadi pekat.

Tutup api dan hidangkan.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Sayur campur


Terdapat pelbagai jenis sayuran dan cara masakannya. Ini adalah resepi (resep) yang dicuba-cuba dan hasilnya memuaskan hati.Sayuran nampak segar tidak layu tetapi lembut. Ianya sesuai juga dimakan oleh anak-anak kecil

Moh kite masak!

Bahan bahan

1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji lobak merah
kira kira segenggam broccoli
kira kira segenggam kobis bunga
2 sudu sos makanan laut/ sos tiram
1 sudu tepung jagung
2 cawan air
garam
minyak zaitun

Cara cara

Hiris bawang putih dan bawang merah nipis-nipis.

Potong lobak merah panjang-panjang dan nipis-nipis.

Potong broccoli dan kobis bungas ederhana kecil.

Basuh semua sayuran.

Gunakan periuk kukus dan kukus semua sayuran sehingga lembut.

Panaskan minyak zaitun di dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang merah.

Masukkan sos makanan laut dan kacau.

Bancuh tepung jagung dengan 1 cawan air dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan juga 1 cawan air lagi.

Tunggu sehingga mendidih dan masukkan semua sayuran. Kacau rata.

Masukkan garam secukup rasa. Kacau rata dan tutup api.

Sedia dihidang.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi hati lembu masak rempah



Masakan ini diajar oleh ibu saya dan menjadi kegemaran keluarga. Bagi yang menggemari hati lembu, pastinya resepi (resep) masakan ini sesuatu yang patut dicuba.

Moh kite masak!

Bahan bahan

1/2 kg hati lembu
1/2 peket serbuk kari
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 inci halia
1 sudu kicap masin
serbuk kunyit
garam
1 biji cili merah
1 tangkai daun kari
Minyak masak

Cara cara

Bersihkan hati dan potong/ hiris nipis nipis.

Gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.

Goreng hati sehingga masak. Angkat dan toskan.

Keluarkan minyak dari kuali tetapi tinggalkan sedikit untuk menumis.

Hiris bawang merah dan bawang kecil nipis nipis.

Hiris halia kecil melidi.

Hiris bawang besar dalam bentuk bulat.

Bancuh serbuk kari dengan sedikit air.

Panasakan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu.

Masukkan serbuk kari bersama halia dan daun kari. Tumis sehingga pekat/ pecah minyak.

Masukkan kicap dan kacau rata.

Masukkan hati dan kacau rata.

Masukkan garam secukup rasa.

Masukkan bawang besar, kacau  sehingga agak layu dan tutup api.

Hiris cili merah nipis nipis dan masukkan ke dalam masakan. Boleh juga dimasukkan awal bersama bawang besar tadi.



Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Serawa Tembikai






Tembikai adalah salah satu buah-buahan tempatan yang disukai ramai. Ianya mengandungi air yang banyak. Rasanya yang manis dengan isinya yang lembut dan rangup membuatkan remai menggemarinya, bahkan kanak kanak. Ianya boleh dimakan begitu sahaja, dibuat jus, dimakan dengan nasi dan dibuat serawa.  Serawa tembikai resipinya agak mudah dan sesuai dimakan terutamanya ketika cuaca panas  atau ketika berbuka puasa.

Moh kite buat!

Bahan bahan

1/2 biji tembikai (2 kg)
Santan pekat 1 biji kelapa.
7 sudu air gula
Air masak
Ais

Cara cara

Ambil dan potong isi tembikau kecil-kecil berbentuk dadu. Bubuh ke dalam mangkuk.

Carikan santan pekat dengan 3 cawan air masak dan masukkan ke dalam mangkuk.

Masukkan air gula ke dalam mangkuk dan kacau rata.

Masukkan ais dan kacau rata.

Biarkan sehingga tembikai mengeluarkan air, santan bertukar warna kemerah-merahan dan hidangan menjadi sejuk.

Gaul rata sekali lagi dan hidangkan.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Wednesday, May 23, 2018

Resepi kuih Cucur jawa



Ini adalah resepi (resep) kuih (kue) kepakaran ibu mertua saya. Masih belum ada lagi anak-anak mahupun cucu-cucu yang mampu menghasilkan cucur jawa yang setanding. Resepinya nampak mudah tetapi untuk menghasilkan rupa sebegitu agak susah. Apa pun rupa hasil terakhir ia masih boleh dimakan. Cuma, untuk kepuasan pastinya hendak mendapatkan rupa yang terbaik. Saya telah mencuba beberapa kali dengan berbagai percubaan dan itulah hasil terbaik saya setakat ini.

Kuih juga dikenali sebagai penganan. Ia sesuai dibuat kudap atau kudapan.

Moh kite buat!

Untuk panduan memasak resepi ini, klik video di bawah.


Bahan bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras (elakkan yang campuran)
2/3 cawan gula pasir
1 sudu gula merah
1 cawan air
1 cawan minyak masak

Cara cara

Masukkan tepung gandum, tepung beras, gula dan gula merah ke dalam satu bekas. gaul rata dengan tangan.

Masukkan 3/4 cawan air dan gaul rata kesemuanya.

Biarkan seketika kira kira 1/2 jam untuk gula mencair (melengas)

Masukkan baki 1/4 air dan gaul rata.

Biarkan adunan sebati selama 3-4 jam.

Panaskan minyak dalam kuali. Bila sudah panas perlahankan api.

Guna senduk untuk menceduk dan menuang adunan ke dalam kuali.Tuang pada satu tempat sahaja iaitu di tengah-tengah kuali. Ia akan merebak sendiri.

Selepas beberapa ketika setelah adunan mula timbul, alihkan/ terbalikkan. Jika kedua-dua sudah berwarna agak perang, bolehlah diangkat.

Pastikan tuangan tidak terlalu banyak atau terlalu sedikit. Jika terlalu banyak, ia akan menjadi "tembam" dan kelihatan tidak menarik tetapi masih boleh dimakan.

Kalau "tembam", kurangkan kuantiti tuangan seterusnya sehinggalah mendapat hasil yang diinginkan dan gunakanlah ia sebagai penanda aras untuk semua tuangan.

Nota:

1) Api kecil membantu membentuk lebih cantik.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Monday, May 21, 2018

Resepi Udang galah masak lemak cili api


Resepi (resep) udang galah masak lemak cili api (cabe rawit) yang mudah dan ringkas.

Moh kite masak!

Bahan bahan

1/2 kg udang galah
15 biji belimbing buluh
7 biji cili api
1 inci kunyit hidup
santan pekat 1 biji kelapa
2 gelas air
1 helai daun kunyit
garam secukup rasa.

Cara cara

Bersihkan udang dan toskan. Masukkan ke dalam periuk.

Buang pangkal belimbing buluh dan belah setiap satu belimbing buluh menjadi dua. Masukkan ke dalam periuk.

Masukkan santan, air, cili api, kumyit dan garam ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Masukkan hasil kisaran ke dalam periuk dan gaul rata.

Pasang api dan kacau selalu agar santan tidak pecah lemak. Tunggu sehingga semua belimbing buluh layu dan udang bertukar ke warna jingga.

Hiris daun kunyit halus-halus dan masukkan ke dalam periuk. Gaul rata dan tutup api.

Sedia dihidang.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Kerabu jantung pisang



Resepi (resep) kerabu jantung pisang yang sangat enak dan menyelerakan. Kena pula dengan nasi panas. Memang makan tak sedar apa.

Moh kite masak!

Bahan bahan 

1 biji jantung pisang
1biji bawang besar
5 biji cili api
3 keping asam keping
1/2 biji kelapa santan pekat
1 cawan air

Cara cara

Buang bahagian kulit yang keras pada jantung pisang. Ambil yang lembut sahaja.

Potong kecil kecil dan basuh jantung pisang itu.

Rebus sehingga jantung lembut, toskan dan bubuh ke dalam mangkuk.

Hiris bawang besar nipis-nipis dan masukkan ke dalam mangkuk.

Potong cii api kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk.

Masukkan santan, air , garam dan asam keping ke dalam periuk. Buka api dan kacau selalu sehingga mendidih sebelum menutup api.

Masukkan santan tadi tanpa asam keping ke dalam mangkuk dan gaul rata kesemuanya. Asam keping itu tidak perlu dimasukkan sekali.

Hidangkan.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Sunday, May 20, 2018

Resepi Kerabu kulit tembikai


Tembikai memang sedap dimakan terutamanya apabila ia sejuk setelah diletak di dalam peti sejuk. Ianya juga enak dibuat jus dan dibuat ulam makan bersama nasi. Ramai yang tidak mengetahui kulit tembikai juga boleh dimakan dan dimasak.

Moh kite buat!

Bahan bahan

Isi sebelah dalam kulit tembikai (bahagian dekat dengan isi)
1 biji bawang merah
3 biji cili padi
1 biji limau nipis (perah ambil airnya)
Secubit belacan
Secubit garam

Cara cara

Korek isi dlm kulit tembikai dengan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam mangkuk.

Hiris bawang merah kecil dah cili padi.

Masukkan bawang dan cil ke dalam mangkuk.

Masukkan belacan, garam dan jus limau nipis. Gaul sebati.

Siap untuk dimakan.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Kari kepala ikan



Kepala ikan memang sedap jika dimasak kari. Biasanya kepala ikan yang besar menjadi pilihan kerana apabila sudah masak, lemak-lemak ikan disitu banyak dan sedap dihisap. Terdapat pelbagai jenis ikan yang kepalanya sedap dibuat masakan kari. Antaranya ialah ikan merah, ikan jenahak dan ikan kerapu. Resepi (resep)

Moh kite masak!

Bahan bahan  

Sebelah kepala ikan merah (saiz besar)
1.5 peket serbuk kari ikan (bubuk kari)
0.5 biji santan pekat
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 inci halia
1 kuntum bunga lawang
7 biji bendi
1 tangkai daun kari
3 cawan air
minyak masak


Cara cara

Bersihkan kepala ikan.

Hiris bawang putih dan bawang merah halus-halus.

Potong halia kecil-kecil dan nipis-nipis.

Bancuh serbuk kari dangan sedikit air.

Potong serong bendi kira kira 2 inci.

Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.

Masukkan bancuhan serbuk kari dan bunga lawang. Tumis sehingga pekat dan naik minyak.

Masukkan halia dan daun kari. Gaul rata sehingga sebati.

Masukkan air, santan pekat dan bendi. Kacau kerap agar lemak santan tidak pecah sehingga mendidih.

Masukkan ikan dan teruskan mengacau. Biar seketika sebelum mengallih/ terbalikkan ikan. Hati hati agar ikan tidak pecah.

Teruskan mengacau sehingga ikan masakdan kuah menjadi pekat.

Tutup api dan hidangkan.


Nota:

1) Sedap dimakan bersama kerabu. Contohnya kerabu salom.

2) Jika gemar masakan kari yang lebih lemak, lebihkan santan.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

Resepi Laksa Johor


Laksa Johor menggunakan spaghetti sebagai mi. Kuahnya pekat ditambah dengan sayur sayuran menjadikan ianya makanan yang pelbagai dalam satu hidangan. Ditambah pula dengan sambal belacan, pastinya menambahkan kesedapan kuahnya dan laksa Johor secara keseluruhannya,

Moh kite buat!

Bahan bahan kuah

1 kg ikan sardin
21 tangkai cili kering
7 keping asam keping
3 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 peket serbuk kari ikan
1/2 kg santan pekat
Garam secukup rasa
Air untuk merebus ikan

Bahan bahan untuk mi

1 bungkus spaghetti
2 sudu minyak zaitun
air


Bahan bahan rampai

15 helai daun kesom/ daun selasih
1 kuntum bunga kantan
1 biji bawang besar
1 biji timun
2 batang kacang panjang

Bahan bahan sambal belacan

Sedikit belacan
7 biji cili api (cabe rawit)
1/2 sudu teh pes asam jawa
sedikit garam


Cara cara menyediakan kuah

Ikan sardin dibersihkan dan direbus bersama asam keping sehingga isi ikan tertanggal dari tulang.

Asingkan isi ikan dan air rebusan dengan menggunakan penapis dan sejukkan kedua-duanya.

Potong cili kering pendek-pendek, buang bijinya dan basuh. Rebus sehingga mendidih. Toskan dan masukkan ke dalam pengisar.

Buang kulit halia, lengkuas dan bawang besar. Potong kecil-kecil untuk memudahkan kerja mengisar.Masukkan ke dalam pengisar.

Ambil kira kira 3-4 inci serai dati akarnya/ pangkalanya dan buang daunnya. Potong pendek pendek dan basuh. Masukkan ke dalam pengisar.

Masukkan santan dan serbuk kari ikan ke dalam pengisar.

Kisar semua bahan hingga halus. Jika terlalu padat, tambah sedikit air. Bubuh ke dalam periuk besar.

Pisahkan isi ikan dari tulang. Ramas agar dapat mengasingkan tulang-tulang kecil daripada isi ikan. Kisar isi ikan yang telah diasingkan tulang dengan air rebusan berserta asam keping yang direbus bersama-sama tadi. Kisar sehingga halus dan masukkan ke dalam periuk.

Kisar tulang tulang ikan bersama air rebusan sehingga halus. Gunakan penapis ketika menuang ke dalam periuk.

Ulang jika baki tulang atas penapis masih likat. 

Jika ada baki air rebusan ikan, masukkan juga ke dalam periuk.

Letakkan garam secukup rasa dan nyalakan api. Kacau sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat.

Rasa masakan jika perlu. Kalau kurang masin, tambah garam.

Tutup api.


Cara cara menyediakan spaghetti

Celur spaghetti bersama air dan 2 sudu minyak zaitun sehingga lembut

Tuutp api dan toskan menggunakan penapis.


Cara cara menyediakan rampai

Hiris bawang besar, daun kesom dan halus-halus/ kecil-kecil.

Potong kacang panjang pendek-pendek.

Buang kulit timun dan potong secara nipis secara membulat untuk kelihatan seperti bawang. Boleh juga dpotong halus-halus dan kecil-kecil.


Cara cara menyediakan sambal belacan

Bersihkan cili api, buangkan tangkainya dan masukkan ke dalam lesung batu.

Masukkan garam dan tumbuk/ gesek sehingga agak halus dan biji semuanya tergesek.

Masukkan belacan dan tumbuk/ gesek lagi.

Masukkan asam jawa dan tumbuk/ gesek rata.


Cara cara menyediakan hidangan

Masukkan spaghetti ke dalam pinggan/ mangkuk.

Tuangkan kuah ke dalam pinggan/ mangkuk.

Masukkan rampaian dan sambal belacan.

Siap dan nikmatilah.

Nota:

1) Ikan sardin kecil lebih sedap dan lebih manis.

2) Minimakan penggunaan air untuk terus mendapat kuah yang pekat.

3) Ini mungkin cara masakan paling mudah dengan bahan paling mudah.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama