keikhlasan adalah rencah utama

April 30, 2020

Resepi Kuih Seri Muka



Resepi (resep) kuih Seri Muka salah satu jenis kuih muih tradisional melayu yang amat popular terutamanya di bulan puasa Ramadhan. Ianya amat sesuai dibuat sarapan, minum petang dan juga juadah berbuka puasa. Ada juga yang memanggil kuih ini dengan nama pulut sekaya.

Moh kite cuba buat!

Bahan-bahan pulut

1 cawan pulut
1 cawan santan
1.5 cawan air
Sedikit garam

Bahan-bahan tepung

1.5 cawan air
1/2 cawan santan
1/2 cawan gula
1 cawan tepung
10 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau



Cara-cara

Basuh beras pulut. Masukkan ke dalam rice cooker.

Masukkan bahan-bahan pulut yang lain iaitu santan, air dan garam.

Tanak atau masak pulut dengan rice cooker itu.

Didihkan air sementara menunggu pulut masak.

Potong daun pandan ke dalam pengisar, masukkan air dan kisar.

Tapis dan ambil airnya. Masukkan sedikit pewarna untuk mendapatkan warna hijau yang cantik.

Bersihkan pengisar dan masukkan tepung, santan dan gula. Masukkan juga air daun pandan tadi.

Kisar sehingga sebati semuanya.

Masukkan pulut yang telah masak ke dalam loyang. Padatkan dan ratakan.

Tuang hasil kisaran ke dalam loyang di atas pulut.

Kukus selama 15 minit.

Angkat dan sejukkan sebelum dipotong.

Hidangkan dan nikmatilah.

#serimuka
#kuihtradisional
#mohkite

Nota:

1. Jangan buka pengukus selalu kerana air akan jatuh ke dalam loyang. Jika boleh, jangan buka terus sebelum angkat.
2. Kredit kepada sahabat Noor Azlan Hassan dan isteri untuk resepi ini.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
SHARE:

April 27, 2020

Resepi kuih tepung pelita

Resepi kuih tepung pelita
Tepung pelita atau lebih dikenali sebagai Limas di negeri Perak adalah salah satu jenis kuih muih yang amat digenari ramai terutamanya ...
SHARE:

April 08, 2020

Resepi kuih tepung talam

Resepi kuih tepung talam
Resepi kuih (resep kue) tepung talam ini adalah salah satu resepi kuih kuih tradisional melayu. Kuih ini amat popular walaupun tak vir...
SHARE:

April 06, 2020

Resepi agar agar milo

Resepi agar agar milo
Resepi (resep) agar-agar milo yang amat mudah. Minum milo anda jadi sihat dan kuat. Duduk dirumah dan masaklah untuk keluarga. Moh kite...
SHARE:

August 08, 2019

Resepi Puding Roti

Resepi Puding Roti
Resepi puding roti yummy in sangat sedap dan mudah. Boleh dibuat untuk minum petang dan dinikmati bersama keluarga dan orang tersayang. M...
SHARE:

May 23, 2018

Resepi kuih Cucur jawa

Resepi kuih Cucur jawa
Ini adalah resepi (resep) kuih (kue) kepakaran ibu mertua saya. Masih belum ada lagi anak-anak mahupun cucu-cucu yang mampu menghasilkan...
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig