keikhlasan adalah rencah utama

April 08, 2022

Sambal bilis petai Kedah Style

 



Petai atau nama saintifiknya Parkia Speciosa adalah salah satu buah-buahan atau sayur-sayuran yang unik. Ianya berbau kuat sehinggakan boleh mengubag bau urine. Ramai yang tidak suka akan baunya tetapi ramai juga yang menggemarinya sehinggakan ada yang sanggup makan sebagai snek. Biasanya ia digemari oleh masyarakat melayu tetapi ada juga bangsa cina yang gemarkannya sehinggakan mengunyahnya di pejabat. Habis satu office bau petai. Dah la berbau kuat, kunyah dalam pejabat yang berhawa dingin pulak tu. Memang sepatutnya petai mentah menjadi makanan larangan dan kena ban di tempat berhawa dingin macam durian juga.

Di Indonesia ia disebut pete manakala dalam bahasa inggeris ia disebut sebagai bitter bean atau twisted cluster bean atau stink bean. Antara kebaikan petai adalah merendahkan paras kolestrol, mengawal kencing manis atau diebetes, tinggi potassium, kaya vitamin C, kaya kalsium, kaya zat besi dan memantu mengurangkan tekanan. Bagaimanapun ambillah atau makanlah secara sederhana. Pengambilan yang melampau mungkin akan memberi mudarat lain.

Petai atau pete amat enak dimasak dengan pelabgai masakan. Antara yang popular adalah sambal petai. Sambal petai pula boleh dimasak dengan ikan bilis, sotong, udang, kerang , ikan dan sebagainya. Manakala masakan-masakan lain adalah seperti tempoyak daun kayu dan masak lemak cili api. Selain itu ia boleh dinuat sebagai ulam. Cicah dengan sambal tempoyak memang terangkat!

Moh kite buat sambal bilis petai atau sambal bilis pete!

Bahan-bahan

1 genggam ikan bilis

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

2 papan petai

1/4 sudu teh pes asam jawa

3 sudu makan gula

4 sudu cili kering kisar

garam secukup rasa

minyak masak




Cara-cara

Bersihkan ikan bilis dengan mengopeknya atau membuang tahinya. Basuh bersihkan dan toskan.

Panaskan minyak masak. Guna sekadar cukup untuk goreng ikan bilis. 

Goreng ikan bilis sehinga garing. Jika bau masih sedap, ikan bilis belum garing. Goreng sehingga berbau macam pahit atau hangit tetapi jangan biarkan ia hangit. Ketika ini ia benar-benar garing.

Angkat dan sejukkan.

Kisar bawang besar dan bawang putih.

Potong dan buang bahagian tepi petai. Kemudian potong petai di antara setiap mata petai. Boleh juga potong di atas mata petai jika hendak baunya naik. Cara masak ini menggunakan juga kulit petai. Jika tidak mahu kulit petai, bolehlah ambil isinya sahaja.

Panaskan semula minyak gorengan ikan bilis tadi.

Tumis bwang yang telah dikisar sehingga garing.

Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan petai dan masak sehingga ia layu atau bertukar warna daripada hijau terang segar kepada hijau layu.

Masukkan garam, gula dan pes asam jawa. Kacau dan masak seketika biar ia sebati.

Tutup api dan sejukkan.

Pastikan sambal benar-benar sejuk sebelum memasukkan ikan bilis. Kacau rata. Ikan bilis akan kekal rangup untuk masa yang agak lama dengan cara ini.

Kacau rata dan boleh dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi panas. Kena pulak ada masakan kurma telur atau ayam. Memang terangkat! 

SHARE:

March 26, 2022

Sandwich telur

Sandwich telur
  Sandwich adalah makanan yang biasanya dimakan sebagai sarapan atau minum petang. Kebiasaanya ia adalah makanan yang mudah dan ringkas. Sim...
SHARE:

March 26, 2022

Resepi Sambal paru-paru

Resepi Sambal paru-paru
  Paru-paru adalah salah satu organ dalaman yang sangat penting. Ia adalah organ untuk penyerapan oksigen. Tubuh manusia serta haiwan sangat...
SHARE:

March 25, 2022

Pajeri nenas

Pajeri nenas
  Nenas atau nanas adalah salah satu buah-buahan tropika. Ia sesuai ditanam di tanah gambut. Terdapat pelbagai jenis nenas di Malaysia. Anta...
SHARE:

September 02, 2021

Bubur Asyura Kedah Utara

Bubur Asyura Kedah Utara
Bubur Asyura biasanya dimasak pada bulan Muharram. Ia adalah salah satu masakan sempena menyambut Hari Asyura. Biasanya ia dimasak beramai-r...
SHARE:

July 19, 2021

Resepi sup tulang dan gearbox

Resepi sup tulang dan gearbox
Sup tulang dan gearbox Setiap kali sembelihan dijalankan, seboleh-bolehnya setiap bahagian dimanfaatkan. Pastinya bahagian daging menjadi ke...
SHARE:

July 16, 2021

Resepi taugeh goreng kicap dengan daun kucai

Resepi taugeh goreng kicap dengan daun kucai
Taugeh adalah salah satu jenis sayur-sayuran yang asalnya adalah kacang. Biasanya ada 2 jenis taugeh dan dinamakan taugeh kecil/ halus dan ...
SHARE:

July 14, 2021

Resepi Patin tempoyak

Resepi Patin tempoyak
Patin tempoyak musim durian | tempoyak musing king ke? Durian ada pelbagai jenis. Durian kampung, D24, IOI, udang merah, musang king, duri h...
SHARE:

July 13, 2021

Resepi daging sapi padang asli

Resepi daging sapi padang asli
  Rendang daging sapi Padang cocok untuk Idul Adha Raya haji atau raya korban sudah semakin dekat. Ianya juga dikenali dengan nama Aidul  Ad...
SHARE:

July 12, 2021

Resepi Nasi Arab Mandy Kambing Lamb Mandy

Resepi Nasi Arab Mandy Kambing Lamb Mandy
  Nasi arab mandy kambing Bahan-bahan 1kg beras basmathi 1kg daging kambing 3 sudu minyak sapi 5 kuntum bunga lawang ...
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig