keikhlasan adalah rencah utama

August 19, 2020

Resepi ayam percik merecik

 



Ayam percik adalah ayam bakar yang dibakar dengan kuah percik. Kuah percik ini memang amat istimewa (special) kerana ia menambahkan kelazatan ayam bakar ini.

Merecik! Memang merecik ayam percik ni. Resepi yang mudah tetapi hasilnya begitu memuaskan. Moh kite cuba!


Bahan-bahan

4 ketul ayam bahagian peha & peha atas
3 cawan santan 
3 biji cili merah
10 biji cili api
5 batang serai
2 inci halia
5 ulas bawang putih
2 sudu teh garam
3 sudu gula
2 Sudu tepung jagung


Cara-cara

Bersihkan ayam yang telah dibelah 4. Sebaiknya ambil bahagian peha dan peha atas sahaja tetapi kalau suka bahagian isi atau dada, boleh juga.

Tuang santan ke dalam pengisar. 

Masukkan cili merah, cili api atau cili padi (cabe rawit), serai, halia (jahe) bawang putih, garam dan gula ke dalam pengisar (blender). 

Kisar (blend) sehingga halus kesemuanya. Sebaiknya bahan-bahan dipotong pendek atau kecil sebelum mengisar untuk memudahkan kisaran.

Masukkan ayam ke dalam mangkuk besar.

Tuang hasil kisaran ke dalam mangkuk dan perap sekurang-kurangnya 2 jam.

Setelah diperap, alihkan ayam ke dalam bekas lain.

Masukkan tepung jagung ke dalam kuah perapan tadi dan kacau rata.

Masakan sehingga pekat kuah percik itu.

Letak ayam ke atas pemanggang. Sapukan kuah percik ke atas ayam.

Bakar sehingga kuah kering dan terbalikkan/ alihkan ayam. Sapu kuah percik.

Bakar lagi dan ukangi proses bakar dan sapu kuah percik sehingga ayam masak.

Angkat ayam dan hidangkan bersama kuah percik.

Siap!


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

SHARE:

August 08, 2020

Resepi rendang pedas ayam

Resepi rendang pedas ayam
  Raya je ,pasti teringin lemang, ketupat dan rendang. Ada pelbagai jenis dan rasa rendang. INi mungkin kerana resepi yang berlainan. Kadar...
SHARE:

June 09, 2020

Resepi burnt cheese cake

Resepi burnt cheese cake
Burnt cheesecake ataupun kek keju hangus adalah kek yang agak pelik. Rupanya tidak cantik tetapi rasanya amat memikat terutama bagi penggema...
SHARE:

May 27, 2020

Resepi kerutuk daging special

Resepi kerutuk daging special
Kerutuk adalah salah satu makanan femes di Kelantan. Resepi ini adalah resepi pemberian seorang rakan yang menggunakan campuran rempah se...
SHARE:

May 23, 2020

Resepi rendang udang buncis

Resepi rendang udang buncis
Rendang dan raya tak boleh dipisahkan. Begitu juga pulut. Tak kisahlah rendang ayam, daging udang atau pun kerang. Masakan pulut pula s...
SHARE:

May 22, 2020

Resepi rendang daging

Resepi rendang daging
Rendang daging, rendang ayam, rendang kerang, rendang udang, rendang pedas, rendang tok dan bermacam macam lagi rendang. Raya dan renda...
SHARE:

May 21, 2020

Resepi kek pisang

Resepi kek pisang
R esepi (resep) kek (bolu) pisang gebu mudah menggunakan sukatan cawan. Ia juga dikenali sebagai bolu pisang di Indonesia. Sesuai dim...
SHARE:

May 21, 2020

Resepi pulut kuning

Resepi pulut kuning
Pulut kuning pastinya sedap dinikmati bersama rendang. Tidak kiralah rendang ayam, daging, udang ataupun kerang. Ia juga sudah sinonim ...
SHARE:

May 02, 2020

Resepi kek pandan kukus

Resepi kek pandan kukus
Resepi (resep) kek pandan kukus (steamed) sukatan cawan amat sedap, lembut dan gebu. Boleh habis sekali makan je kalau ada 5-6 orang....
SHARE:

April 30, 2020

Resepi Kuih Seri Muka

Resepi Kuih Seri Muka
Resepi (resep) kuih Seri Muka salah satu jenis kuih muih tradisional melayu yang amat popular terutamanya di bulan puasa Ramadhan. Ian...
SHARE:

April 28, 2020

Resepi Ketupat Sotong Terengganu

Resepi Ketupat Sotong Terengganu
Resepi ketupat sotong Terengganu atau tupak sotong ganu yang amat mudah tetapi amat menyelerakan. Sesuai dibuat juadah atau hidangan ...
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig