keikhlasan adalah rencah utama

April 05, 2020

Resepi ikan bawal masak kicap



Moh kite masak ikan bawal masak kicap yang lain macam sedapnya. Resepinya pun agak lain daripada biasa. Resepi (resep) ini diberikan oleh seorang rakan. Kredit kepada Zahril Talib.
Bahan-bahan 3 ekor ikan bawal hitam 2 biji cili merah 5 biji cili api (cabe rawit) 7 sudu kicap lemak manis (kecap saus) 2 sudu sos tiram 1/2 sudu teh garam 3 biji bawang merah 1 biji bawang holland Sedikit garam & serbuk kunyit (untuk goreng ikan) Cara-cara Basuh tangan bersih-bersih. Ambil wudhu’ lagi bagus Bersihkan ikan bawal dan potong 2 atau 3 bergantung pada saiz. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga garing. Kisar bawang merah, cili merah dan cili api sehingga halus. Potong/ hiris bawang holland. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisaran sehingga naik bau. Masukkan sos tiram. Kacau rata. Masukkan garam. Kacau rata. Masukkan kicap lemak manis. Kacau rata. Masukkan krimer pekat manis. Kacau rata. Masukkan ikan bawal. Kacau rata. Masukkan bawang holland. Kacau rata. Nota: 1. Boleh taburkan hirisan cili merah jika mahu. 2. Untuk lebih pedas dan lebih kaww, lebihkan cili api dan cili merah. 3. Boleh juga dimasak untuk ikan kembung, ayam dan tenggiri papan 4. Sesuai juga dibuat makanan berbuka puasa (iftar)
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

SHARE:

March 28, 2020

Resepi Ikan Siakap masak halia

Resepi Ikan Siakap masak halia
Resepi (resep) ikan siakap (kakap) ini adalah resepi yang dicuba-cuba dan menjadi. Sebab itulah ianya special. Malah ikan siakap yang a...
SHARE:

April 20, 2018

Resepi Acar ikan Sardin

Resepi Acar ikan Sardin
Masakan ini cuma lain sedikit daripada sambal tumis yang biasa kerana ada cuka epal. Cuka epal menjadikan rasa masakan ini menjadi la...
SHARE:

April 20, 2018

Resepi Salmon Grilled

Resepi Salmon Grilled
Ini adalah salah satu masakan paling mudah, cepat dan sedap. Cuma kalau ikan beku, kenalah nyahbekukan dahulu.Ikan Salmon adalah sal...
SHARE:

April 12, 2018

Resepi Sambal Bilis Petai

Resepi Sambal Bilis Petai
Resepi (resep) masakan sambal ikan bilis petai yang mantap dan menambahkan selera. Moh kite masak! Bahan bahan 200g Ikan bi...
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig