keikhlasan adalah rencah utama

February 16, 2021

Ayam goreng kunyit sedap

 



Ayam goreng kunyit adalah satu masakan popular dan mudah. Walaupun mudah ianya tetap sedap dan boleh dinikmati pelbagai golongan termasuklah kanak-kanak kecil. Ayam goreng kunyit sesuai untuk bila bila masa. Sesuai untuk sarapan dengan nasi kerabu, sesuai untuk makan tenghari (lunch) dan juga sesuai untuk makan malam (dinner). Resepi ayam goreng kunyit ini menggunakan isi ayam. Kebanyakan orang tidak berapa suka bahagian isi ayam tetapi kalau potong kecil kecil dan masak seperti ini, pasti ramai yang suka. 

Moh kite masak ayam goreng kunyit!

Bahan-bahan

300g isi ayam (chicken)
Serbuk kunyit (tumeric powder)
Garam secukup rasa (salt)
1 biji bawang holland (onion)
1 biji lobak merah (carrot)
5 batang kacang panjang (long beans) - tiada di dalam gambar
Minyak masak (cooking oil)

Cara-cara

Potong isi ayam kecil-kecil.

Gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Serbuk kunyit dilebihkan sedikit agar nampak berserbuk pada ayam. Perap seketika kira-kira 10-30 minit.

Bersihkan lobak merah dan kacang panjang.

Potong lobak merah memanjang. Potong juga kacang panjang agak agak 1-2 inci.

Hiris bawang holland nipis-nipis.

Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga garing atau bertukar warna menjadi kuning keperangan. Angkat dan toskan.

Masukkan kacang panjang, lobak merah dan bawang holland ke dalam minyak gorengan ayam tadi.

Goreng sehingga lobak merah dan kacang panjang lembut. Angkat dan toskan.

Letak ayam dan hasil gorengan lain ke dalam piring dan hidangkan.


Nota:

1. Boleh juga dimakan/ dihias dengan salad dan cili merah.
2. resepi ini boleh juga digunakan untuk daging goreng kunyit.

SHARE:

August 19, 2020

Resepi ayam percik merecik

Resepi ayam percik merecik
  Ayam percik adalah ayam bakar yang dibakar dengan kuah percik. Kuah percik ini memang amat istimewa (special) kerana ia menambahkan kelaza...
SHARE:

May 28, 2020

Resepi ayam goreng mamak ala KFC

Resepi ayam goreng mamak ala KFC
Ayam goreng mamak biasanya memang sedap dan best. Kalau nak puas hati dan harga yang lebih murah daripada KFC atau McDonald, biasanya orang ...
SHARE:

April 06, 2020

Resepi ayam goreng kunyit

Resepi ayam goreng kunyit
Resepi (resep) ayam goreng kunyit yang menggunakan kunyit hidup berbanding serbuk kunyit. Moh kite cuba! Bahan-bahan ...
SHARE:

March 07, 2020

Resepi ayam pencen masak lemak mangga dan pegaga

Resepi ayam pencen masak lemak mangga dan pegaga
Ayam pencen atau ayam tua memang keras tetapi kalau kena cara memasaknya, ia akan jadi lebih sedap daripada ayam daging biasa. Moh kite m...
SHARE:

January 27, 2020

Resepi ayam masak kicap

Resepi ayam masak kicap
Resepi dan cara masak ayam masak kicap yang sedap dan mudah. Moh kite cuba! Bahan-bahan 1 ekor ayam 3 biji toma...
SHARE:

July 24, 2019

Resepi ayam masak merah kenduri kacang hijau

Resepi ayam masak merah kenduri kacang hijau
Ayam masak merah kenduri kacang hijau memang sedap tak terkata. Kenduri-kendara seolah-olah tidak cukup lengkap tanpa ayam masak merah....
SHARE:

July 22, 2019

Resepi Ayam Lemon

Resepi Ayam Lemon
Resep ayam lemon enak banget ini adalah resepi yang dikongsi oleg seorang rakan iaitu Azlin Azmi. Cuma ada sedikit pengub...
SHARE:

June 23, 2019

Resepi ayam butter

Resepi ayam butter
Resepi (resep) buttermilk chicken atau ayam buttermilk ini saya olah daripada resepi ayam lemon (yang diberi oleh seorang rakan) dan ud...
SHARE:

February 22, 2019

Resepi Rendang Ayam Raya

Resepi Rendang Ayam Raya
Untuk cara masakan secara video klik link video di bawah. Moh kite masak rendang! Bahan bahan 2...
SHARE:

February 22, 2019

Resepi Tomyam ayam

Resepi Tomyam ayam
Resepi (resep) tomyam yang mantap dan sedap. Resepi yang tak viral tak semestinya tak bagus. ADa pelbagai resepi dan cara memasak. Jad...
SHARE:

May 20, 2018

Resepi Ayam lada hitam dan cendawan

Resepi Ayam lada hitam dan cendawan
resepi ayam lada hitam (black pepper) dan cendawan (mushroom) enoki yang sedap dan mudah. Moh kite masak! Bahan bahan 1/4 ayam ...
SHARE:

May 12, 2018

Resepi Rendang pedas ayam

Resepi Rendang pedas ayam
Terdapat pelabagai jenis resepi (resep) atau masakan rendang. Jadi, cara memasaknya mungkin juga banyak perbezaannya. Ada yang men...
SHARE:

April 26, 2018

Resepi Asam pedas ayam

Resepi Asam pedas ayam
Kita biasa mendengar atau makan asam pedas yang beasaskan ikan. Contohnya asam pedas ikan kembung, asam pedas ikan pari, asam pedas ikan...
SHARE:

March 08, 2018

Resepi Ayam Goreng Telur Masin

Resepi Ayam Goreng Telur Masin
Moh kite masak! Bahan bahan 1 inci halia dirincik halus 3 ulas bawang putih dirincik halus 3 biji cili api potong kecil keci...
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig