keikhlasan adalah rencah utama

August 08, 2020

Resepi rendang pedas ayam

 

Raya je ,pasti teringin lemang, ketupat dan rendang. Ada pelbagai jenis dan rasa rendang. INi mungkin kerana resepi yang berlainan. Kadar penggunaan bahan-bahan dan bahan-bahan itu sendiri mungkin menyebabkan rasa yang berlainan. Ditambah pula dengan 'air tangan' si pembuat atau pemasak rendang.Yang pasti rendang kenalah lemak, pedas dan sedap. Tidak kiralah berkuah ataupun kering sehinggalah ke tahap serunding.

Ini adalah resepi rendang pedas ayam yang best.

Moh kite cuba! Rendang ayam yang super mantap dan sedap.
Bahan-bahan 1 ekor ayam 1 sudu kerisik 7 batang serai 3 inci halia 1/2 inci lengkuas 1 sudu serbuk kunyit 3 helai daun kunyit 1 biji bawang besar 3 sudu cili giling/ boh 1 cawan santan pekat 7 cawan santan cair (2 cawan santan pekat dicairkan kepada 7 cawan) Garam secukup rasa


Cara-cara

Bersihkan ayam. Seeloknya ayam dipotong kecil-kecil.

Hiris serai nipis-nipis.

Potong atau cincang halia kecil-kecil.

Hiris/ rincik daun kunyit halus-halus.

Kisar sehingga halus bawang besar, lengkuas, kerisik, serbuk kunyit, cili giling, sebahagian serai yang telah dihiris dan sebahagian halia yang telah dipotong kecil bersama santan cair.

Letak ayam yang telah dibersihkan ke dalam kuali.

Masukkan serai dan halia yang tidak dikisar.

Tuang hasil kisaran ke dalam kuali. Tuang juga lebihan santan cair.

Letak kuali di atas dapur dan nyalakan api.

Masak sehingga kuah pekat dan tinggal sedikit.

Tuang santan pekat ke dalam kuali dan kacau rata.

Masak lagi sehingga kuah pekat dan masukkan hirisan daun kunyit.

Kacau rata dan biar kuah agak kering sebelum menutup api.

Terpulang jika ingin kuah banyak, sedikit ataupun kering terus.

Siap!
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
SHARE:

May 25, 2020

Resepi rendang hijau ayam pencen

Resepi rendang hijau ayam pencen
A yam pencen. Bunyinya macam tak best dan tak sedap. Tetapi sebenarnya ianya amat sedap terutamanya untuk masakan rendang. Ini kerana is...
SHARE:

May 23, 2020

Resepi rendang udang buncis

Resepi rendang udang buncis
Rendang dan raya tak boleh dipisahkan. Begitu juga pulut. Tak kisahlah rendang ayam, daging udang atau pun kerang. Masakan pulut pula s...
SHARE:

May 22, 2020

Resepi rendang daging

Resepi rendang daging
Rendang daging, rendang ayam, rendang kerang, rendang udang, rendang pedas, rendang tok dan bermacam macam lagi rendang. Raya dan renda...
SHARE:

February 22, 2019

Resepi Rendang Ayam Raya

Resepi Rendang Ayam Raya
Untuk cara masakan secara video klik link video di bawah. Moh kite masak rendang! Bahan bahan 2...
SHARE:

October 08, 2018

Resepi Rendang kerang hitam

Resepi Rendang kerang hitam
Di kampung saya, setiap kali raya ada satu rumah yang menyediakan rendang kerang berwarna hitam. Ianya unik dan sangat s...
SHARE:

May 20, 2018

Resepi Rendang kerang

Resepi Rendang kerang
Kerang adalah salah satu makanan laut. Ia agak sukar untuk didapati dipasaran. Harganya pula sudah semakin mahal menjadikan...
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig