keikhlasan adalah rencah utama

April 12, 2018

MAKAN MAKAN: Chilli's Crab



Lokasi:  Kinrara BK5 (Berhampiran Giant, LRT Station dan Masjid Al Ehsan)

Ini adalah sebuah kedai makanan laut tetapi terdapat juga makanan makanan goreng yang lain. Menunya agak menarik dengan pelbagai jenis masakan.

Saya telah memesan udang goreng butter, sotong goreng telur masin dan tomyam. Kesemuanya amat sedap dan memuaskan hati.

Pada mulanya saya lihat harganya agak mahal tetapi apabila hidangan sampai saya rasa memang berbaloi kerana agak banyak dan sedap!!!

Udang goreng butter seperti itu memang telah lama saya cari di Semenanjung kerana sebelum ini yang saya hanya jumpa di Sabah. Ia memang menepati citarasa saya.

Sos telur masin untuk sotong juga agak sedap dan pedas. Pastinya memikat selera.

Manakala tomyam pula, pekat dan terasa ketomyamannya!!


Nota: Komen adalah berdasarkan apa yang telah dimakan dan diminum serta mengikut citarasa saya.
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig