Terlalu sibuk dengan hal orang lain adalah merbahaya. Ia membawa lupa kepada diri sendiri. Lupa yang diri kita sendiri banyak aib dan kelemahan. Lupa diri sendiri banyak kesalahan dan dosa. Malah, menambah dosa dengan menyibukkan diri dengan hal orang lain terutama perkara perkara yang mengaibkan.
Yakin diri sendiri betul juga adalah masalah. Marah orang lain memandu sambil memegang telefon, membalas whatsapp, parking sesuka hati dan sebagainya. Padahal diri sendiri juga melakukannya malah sentiasa melakukannya.
Marah anak-anak sibuk dengan gadget, ibu bapa pun tidak ada masa untuk mereka kerana sibuk dengan gadget masing masing juga.
Sibuk orang lain tak jaga solat, tak baca Al Quran dan tak berbuat kebaikan tetapi tidak cuba mendoakan apatah lagi berdakwah. Cuma cercaan, hinaan dan kejian yang ada buat mereka.
Jadi pilihan ada pada diri masing masing.
Renunglah diri, kenalilah diri dan perbaikilah diri.
Ikutlah arahan Tuhanmu dan contohilah akhlak Rasulmu.
No comments
Post a Comment