keikhlasan adalah rencah utama

April 14, 2018

MUHASABAH DIRI: Kita tidak punya apa-apa



Kebesaran dan keagungan hanyalah ALLAH. Kita adalah makhluk yang lemah kerana kita diciptakan oleh ALLAH. Kita keluar 2 kali daripada 2 kemaluan, begitulah hinanya asal kita. Sedarlah asal usul kejadian kita dan janganlah sombong dan meninggi diri.

Segala yang kita ada adalah kurnia daripada Allah. Janganlah sombong dan riak kepada sesiapa pun apatah lagi kepada Tuhan yang memberi kita pelbagai nikmat.

Maka yang mana satu nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan? Al Quran 55:13

Begitu juga dengan kudrat kita. Kita tidak akan mampu mengangkat kelopak mata sekalipun tanpa izin dan kekuatan yang diberikan oleh ALLAH.

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan ALLAH.
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig