Pelbagai jenis jeruk terdapat di pasaran. Malaysia kaya dengan buh-buahan yang masam. Jadi tidak hairanlah jeruk juga mampu menjadi satu industri. Kebanyakan jeruk mengeringkan tekak dan menggatalkan lidah tetapi sekarang banyak jeruk yang dibuta sudah semakin memenuhi kehendak pelanggan. Resipi jeruk yang dikongsikan ini adalah sangat mudah dan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja asalkan dia berkehendak untuk membuatnya.
Moh kite buat!
2 biji mempelam
4 biji asam boi (warna putih)
1 biji cili api merah kecil
1 sudu gula
1 balang plastik
Cara cara
Buah mempelam dibuang kulit dan diptong nipis memanjang.
Masukkan buah mempelam ke dalam balang bersama asam boi, cili api dan gula ke dalam balang.
Tutup balang dan goncangkan agar sekata.
Masukkan ke dalam peti sejuk.
Ulang goncangan sekali sekala.
Seeloknya dimakan selepas beberapa jam atau semalaman untuk memastikan semua bahan sudah sebati.
Nota:
1) Selepas makan pastikan disimpan semula ke dalam peti sejuk untuk memastikan ketahanannya.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
No comments
Post a Comment