keikhlasan adalah rencah utama

March 13, 2024

Resepi Nasi Daging Air Asam Kerisik




BAHAN AIR ASAM KERISIK

5 biji cili merah

5 biji cili api merah

3 sudu pes asam jawa Adabi

5 sudu kerisik

2 sudu teh garam bukit pink Halagel

7 sudu gula

1 biji limau nipis

1 sudu teh belacan

1/2 cawan air


1kg tomato

3 biji bawang besar


CARA BUAT AIR ASAM KERISIK




  1. hiris tomato nipis-nipis dan masukkan ke dalam Food Processor dengan mata plastik. Blend seketika dan jangan terlalu hancur. Jika tiada Food Processor, boleh tumbuk menggunakan lesung baru tetapi jangan terlalu hancur.
  2. Hiris bawang besar nipis-nipis dan satukan dengan tomato tadi.
  3. Perahkan limau nipis ke dalam pengisar dan kisar bersama bahan lain sehingga halus. Jangan kisar limau nipis dengan hanya membuang kulitnya kerana bahagian dalamnya juga boleh mengakibatkan rasa pahit.
  4. Tuangkan hasil kisaran ke dalam bekas tomato dan bawang tadi. Gaul rata.
  5. Dah siap!!


BAHAN-BAHAN REBUSAN DAGING

2kg daging yang dipotong kecil

5 sudu teh serbuk lada hitam

7 biji buah pelaga

7 kuntum bunga cengkih

3 kuntum bunga lawang

3 cebis kulit kayu manis

Secubit jintan putih

2 kiub ayam Adabi

3 sudu teh garam bukit pink Halagel

Air


CARA REBUS/ BUAT SUP DAGING

  1. Rebus daging bersama semua bahan menggunakan pressure cooker dengan setting high pressure selama 45 min. Jika tiada pressure cooker, rebus daging dengan semua bahan KECUALI GARAM selama sekurang-kurangnya 2.5jam. Setelah daging lembut, baru masukkan garam.
  2. Siap dah!


BAHAN-BAHAN NASI DAGING

1kg beras basmathi pusa cream

7 biji buah pelaga

7 kuntum bunga cengkih

3 kuntum bunga lawang

3 cebis kulit kayu manis

Secubit jintan putih

1 biji lada benggala (capsicum)

1/2 batang seleri

1/4 biji lobak merah (carrot)

3 sudu teh garam bukit pink Halagel

7 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

1 inci halia

7 sudu teh serbuk kurma Adabi

2 sudu besar minyak sapi GeeBlend

Air


CARA MASAK NASI DAGING


  1. Rendam beras basmathi sekurang-kurangnya 1 jam. Sebaiknya rendam sebelum atau semasa rebus daging. Bila daging dah siap, masa rendaman pun dah cukup.
  2. Hiris bawang putih, bawang merah dan halia nipis-nipis.
  3. Kisar semua bahan lain (selain beras, halia dan bawang) dengan sedikit air kecuali bunga lawang dan minyak sapi.
  4. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang, halia serta bunga lawang sehingga naik bau dan bawang layu.
  5. Masukkan hasil kisaran dan tumis sehingga pecah/ naik minyak.
  6. Toskan beras dan masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan rempah yang telah dimasak tadi.
  7. Masukkan 600ml air rebusan daging dan 600ml air. Sukatan untuk 1kg beras adalah 1.2 liter air. Lebih sikit tidak mengapa.
  8. Masak nasi dan sekali sekala kacau sehinggalah masak.
  9. Siap!


NOTA:

  1. Sukatan nasi adalah untuk 12 orang makan (tanpa bertambah)
  2. Jika ingin berniaga, asingkan daging dengan sup sebelum masukkan bawang goreng, daun sup & sebatang serai ke dalam sup. Daun bawang akan kembang dan kurang cantik jika bercampur dengan daging. Kalau untuk makan sendiri belasah aje lah!
  3.  Nak lagi sedap, masak nasi bersama daging. Lebihkan sedikit air. Cuma kalau ingin bernjaga, susah nak control sukatan daging jika buat cara ini.
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig