keikhlasan adalah rencah utama

May 23, 2018

Resepi kuih Cucur jawa



Ini adalah resepi (resep) kuih (kue) kepakaran ibu mertua saya. Masih belum ada lagi anak-anak mahupun cucu-cucu yang mampu menghasilkan cucur jawa yang setanding. Resepinya nampak mudah tetapi untuk menghasilkan rupa sebegitu agak susah. Apa pun rupa hasil terakhir ia masih boleh dimakan. Cuma, untuk kepuasan pastinya hendak mendapatkan rupa yang terbaik. Saya telah mencuba beberapa kali dengan berbagai percubaan dan itulah hasil terbaik saya setakat ini.

Kuih juga dikenali sebagai penganan. Ia sesuai dibuat kudap atau kudapan.

Moh kite buat!

Untuk panduan memasak resepi ini, klik video di bawah.


Bahan bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras (elakkan yang campuran)
2/3 cawan gula pasir
1 sudu gula merah
1 cawan air
1 cawan minyak masak

Cara cara

Masukkan tepung gandum, tepung beras, gula dan gula merah ke dalam satu bekas. gaul rata dengan tangan.

Masukkan 3/4 cawan air dan gaul rata kesemuanya.

Biarkan seketika kira kira 1/2 jam untuk gula mencair (melengas)

Masukkan baki 1/4 air dan gaul rata.

Biarkan adunan sebati selama 3-4 jam.

Panaskan minyak dalam kuali. Bila sudah panas perlahankan api.

Guna senduk untuk menceduk dan menuang adunan ke dalam kuali.Tuang pada satu tempat sahaja iaitu di tengah-tengah kuali. Ia akan merebak sendiri.

Selepas beberapa ketika setelah adunan mula timbul, alihkan/ terbalikkan. Jika kedua-dua sudah berwarna agak perang, bolehlah diangkat.

Pastikan tuangan tidak terlalu banyak atau terlalu sedikit. Jika terlalu banyak, ia akan menjadi "tembam" dan kelihatan tidak menarik tetapi masih boleh dimakan.

Kalau "tembam", kurangkan kuantiti tuangan seterusnya sehinggalah mendapat hasil yang diinginkan dan gunakanlah ia sebagai penanda aras untuk semua tuangan.

Nota:

1) Api kecil membantu membentuk lebih cantik.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

SHARE:

May 21, 2018

Resepi Udang galah masak lemak cili api

Resepi Udang galah masak lemak cili api
Resepi (resep) udang galah masak lemak cili api (cabe rawit) yang mudah dan ringkas. Moh kite masak! Bahan bahan 1/2 k...
SHARE:

May 21, 2018

Resepi Kerabu jantung pisang

Resepi Kerabu jantung pisang
Resepi (resep) kerabu jantung pisang yang sangat enak dan menyelerakan. Kena pula dengan nasi panas. Memang makan tak sedar apa. ...
SHARE:

May 20, 2018

Resepi Kerabu kulit tembikai

Resepi Kerabu kulit tembikai
Tembikai memang sedap dimakan terutamanya apabila ia sejuk setelah diletak di dalam peti sejuk. Ianya juga enak dibuat jus dan dibuat ula...
SHARE:

May 20, 2018

Resepi Kari kepala ikan

Resepi Kari kepala ikan
Kepala ikan memang sedap jika dimasak kari. Biasanya kepala ikan yang besar menjadi pilihan kerana apabila sudah masak, lemak-lemak ikan...
SHARE:

May 20, 2018

Resepi Laksa Johor

Resepi Laksa Johor
Laksa Johor menggunakan spaghetti sebagai mi. Kuahnya pekat ditambah dengan sayur sayuran menjadikan ianya makanan yang pelbagai dalam sa...
SHARE:

May 20, 2018

Resepi Ayam lada hitam dan cendawan

Resepi Ayam lada hitam dan cendawan
resepi ayam lada hitam (black pepper) dan cendawan (mushroom) enoki yang sedap dan mudah. Moh kite masak! Bahan bahan 1/4 ayam ...
SHARE:

May 20, 2018

Resepi Acar ikan masin

Resepi Acar ikan masin
Biasanya ikan masin hanya digoreng dan dimakan dengan nasi begitu sahaja. Kelainan masakan mungkin dapat menambah selera makan. Contohnya...
SHARE:

May 20, 2018

Resepi Rendang kerang

Resepi Rendang kerang
Kerang adalah salah satu makanan laut. Ia agak sukar untuk didapati dipasaran. Harganya pula sudah semakin mahal menjadikan...
SHARE:

May 19, 2018

Resepi Sotong goreng kunyit

Resepi Sotong goreng kunyit
Kunyit agak popular dalam masakan di Malaysia. Biasanya ia digunakan untuk menggoreng lauk pauk seperti ikan, sotong (cumi atau gurita) ...
SHARE:

May 14, 2018

Resepi Kerabu daging

Resepi Kerabu daging
Kerabu adalah salah satu makanan popular di Malaysia terutamanya di Pantai Timur. Ia adalah campuran makanan yang mendatangkan rasa seda...
SHARE:

May 14, 2018

Resepi Kerutuk Daging

Resepi Kerutuk Daging
Kerutuk adalah resepi (resep) masakan yang dikongsi oleh seorang rakan sekerja di bulan Ramadhan tahun lepas. Walau bagagaimanapun resipi...
SHARE:

May 14, 2018

Resepi Laksa Utara

Resepi Laksa Utara
Salah satu makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia adalah laksa. Terdapat pelbagai jenis laksa di Malaysia walaupun namanya mun...
SHARE:

May 12, 2018

Resepi Nasi kambing

Resepi Nasi kambing
Moh kite masak! Bahan bahan 2 pot beras basmathi ½ kg daging kambing 1 paket serbuk kurma   3 kuntu...
SHARE:

May 12, 2018

Resepi Asam pedas patin

Resepi Asam pedas patin
Sebut asam pedas sahaja pastinya ramai orang akan teringat atau terbayang asam pedas Melaka. Saya secara jujur asalnya tidak mengetahui y...
SHARE:

May 12, 2018

Resepi Rendang pedas ayam

Resepi Rendang pedas ayam
Terdapat pelabagai jenis resepi (resep) atau masakan rendang. Jadi, cara memasaknya mungkin juga banyak perbezaannya. Ada yang men...
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig