keikhlasan adalah rencah utama

May 31, 2022

Paprik ayam ala thai


 Resepi paprik ayam ala thai yang mudah dan sedap. Paprik ayam biasa dipesan di kedai kedai thai atau kedai tomyam seafood dan patinya orang selatan thai atau orang siam atau orang patani yang menjadi tukang masaknya.

Paprik adalah satu makanan yang bagus kerana dalam satu masakan ada lauk dan ada sayur. Pilihan sayuran terpulang pada masing-masing jika memasak sendiri. Boleh buat paprik ayam, paprik daging, paprik seafood dan paprik campur.


Bahan-bahan

1 kg ayam (bahagian tulang)

5 ulas bawang putih

1 biji bawang holland

5 biji cili api

7 helai daun limau purut

Sedikit bunga kobis

6 biji putik jagung 

1 biji lobak merah

4 batang kacang panjang

2 sudu giling

2 sudu sos cili

2 sudu sos tiram

2 sudu sos ikan

garam secukup rasa

1 cawan air

Sedikit minyak masak



Cara-cara

Potong ayam kecil-kecil dan bersihkan.

Penyekkan bawang putih dengan pisau atau dengan lesung batu.

Potong kobis bunga kecil-kecil.

Potong lobak merah bentuk batang mancis.

Hiris bawang holland nipis-nipis.

Potong kacang panjang kira-kira 1 inci.

Potong putik jagung kecil-kecil.

Lenyek cili api dengan pisau atau dengan lesung batu.

Cicncang halus daun limau purut.

Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga sedikit garing.

Masukkan cil kisar atau cili giling dan tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan sos cili, sos tiram dan sos ikan. Masak seketika sehingga sebati.

Masukkan daun limau purut dan kacau rata.

Masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak.

Tuang 1 cawan air dan masak sehingga air sedikit.

Masukkan putik jagung, lobak merah, kacang panjang, kobis bunga dan bawang holland.

Masak sehingga sayur-sayuran lembut dan kuah pekat.

Tutup api.


SHARE:

May 19, 2022

Kari Ayam Lemon Serai

Kari Ayam Lemon Serai
    Kari ayam atau orang Kedah panggil gulai ayam memang salah satu masakan kegemaran rakyat Malaysia. Tak kira la bangsa apa pun. Melayu ka...
SHARE:

May 01, 2022

Dendeng daging raya

Dendeng daging raya
  Dendeng daging atau dendeng sapi adalah salah satu makan 'versatile' kerana ia boleh dimakan dengan pelbagai makanan lain dan tida...
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig