Terdapat pelbagai jenis kerabu dan pelbagai jenis cara menyediakannya. Resepi (resep) Kerabu daun salom ini saya cuba buat dengan mengagak bahan-bahannya daripada satu majlis kenduri. Alhamdulillah, rasanya sama dan kemungkinan begitulah cara penyediaannya. Cubalah, kerana ia agak mudah dan memikat selera.
Moh kite buat!
Bahan-bahan
1/2 biji kelapa parut
1 ikat daun salom
7 biji cili api (cabe rawit)
garam secukup rasa
sedikit belacan
1 sudu teh pes asam jawa
Cara-cara
Tumbuk cili api bersama garam dan belacan sehingga lumat (halus).
Masukkan asam jawa dan tumbuk sehingga rata/ sebati.
Masukkan kelapa parut dan tumbuk sehingga rata/ sebati.
Potong daun salom kecil kecil.
Masukkan ke dalam bekas dan masukkan juga bahan yang telah ditumbuk.
Gaul rata dan siap untuk dihidang.
Nota:
1) Daun salom boleh digantikan dengan pegaga atau ulam raja. Boleh juga dicampurkan kesemuanya sekali.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama