keikhlasan adalah rencah utama

March 28, 2020

Resepi Ikan Siakap masak halia


Resepi (resep) ikan siakap (kakap) ini adalah resepi yang dicuba-cuba dan menjadi. Sebab itulah ianya special. Malah ikan siakap yang agak besar ini tidak cukup untuk 6 orang makan. Itupun beserta dengan lauk lain. 

Moh kite masak!

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap (kakap) besar
1 biji cili merah
7 biji cili padi (cabe rawit)
2 batang serai
3 ulas bawang putih
3 inci halia (jahe)
1 cawan air
sedikit limau nipis
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak masak





Cara-cara

Basuh dan bersihkan tangan. Sebaiknya berwudhu'.

Siang dan bersihkan ikan. Garam kunyit.

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan sehingga garing.

Cincang bawang putih.

Cincang halia.

Hiris serai.

Potong cili merah dan cili api pendek-pendek. Tumbuk menggunakan lesung batu. Tak perlu sampai lumat.

Masukkan serai dan tumbuk rata. Tak perlu terlalu hancur atau lumat.

Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. 

Tumis bawang putih sehingga naik bau.

Masukkan halia dan kacau rata sehingga halia kelihatan kembang.

Masukkan hasil tumbukan cili dan halia. Kacau rata sehingga cili agak masak.

Masukkan secawan air dan biar sehingga mendidih.

Masukkan ikan biar seketika dan alih-alihkan agar semua bahagian terkena bahan tumisan.

Masukkan garam secukup rasa dan alih-alihkan ikan.

Tutup api.

Hidangkan.

Nota: 

1. Untuk lebih pedas, lebihkan cili api (cabe rawit)
2. Untuk kesan halia (jahe) buang angin lebih banyak, lebihkan ia.
3. Sesuai dibuat makan tengahari (siang) dan malam.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

SHARE:

March 27, 2020

Resepi kuih tepung talam gula merah

Resepi kuih tepung talam gula merah
Banyak makanan serta resepi (resep) masakan kuih (kue) muih tradisi ataupun tradisional melayu yang semakin dilupakan. Maksud dilupakan...
SHARE:

March 25, 2020

Resepi sambal belacan

Resepi sambal belacan
C ara-cara yang buat resepi (resep) sambal belacan yang power, sedap dan mengancam jiwa. Moh kite buat! Bahan-bahan Cili...
SHARE:

March 25, 2020

Resepi pelengat pisang

Resepi pelengat pisang
Pelengat pisang ni popular di Kedah. Resepi (resep) kuih (kue) ni pun orang Jitra yang bagi. Ia agak berbeza dengan bancuhan cekodok d...
SHARE:

March 24, 2020

Resepi kuih Kaswi

Resepi kuih Kaswi
Kuih kaswi atau kuih kasui adalah yang agak simple atau mudah cara pembuatannya. Cuma mungkin tidak semua orang ada tepung ubi dan kapu...
SHARE:

March 21, 2020

Resepi daging masak rempah

Resepi daging masak rempah
Daging masak rempah ini sangat sedap rasanya. Kena pulak makan dengan nasi panas ketika tengahari, memang mantap dan padu. Ianya ad...
SHARE:

March 13, 2020

Resepi cendawan tiram kelabu masak lemak

Resepi cendawan tiram kelabu masak lemak
Cendawan tiram kelabu atau kulat tiram kelabu boleh di masak pelbagai cara. Antaranya adalah sup, sayur campur, goreng dan tumis. Moh kite...
SHARE:

March 13, 2020

Resepi Asam pedas ikan kembung siam | kaeng som phed

Resepi Asam pedas ikan kembung siam | kaeng som phed
Moh kite masak asam pedas. Kali ni kite masak asam pedas siam atau pun dalam bahasa siamnya kaeng som phed. Cara dan bahan untuk memasakny...
SHARE:

March 13, 2020

Resepi sambal tumis sotong petai

Resepi sambal tumis sotong petai
Moh kite masak sambal petai sotong (cumi-cumi) pula. Bagi penggemar petai, ianya pasti sukar dilepaskan. Sambal sotong saja dah best. In...
SHARE:

March 07, 2020

Resepi ayam pencen masak lemak mangga dan pegaga

Resepi ayam pencen masak lemak mangga dan pegaga
Ayam pencen atau ayam tua memang keras tetapi kalau kena cara memasaknya, ia akan jadi lebih sedap daripada ayam daging biasa. Moh kite m...
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig