keikhlasan adalah rencah utama

February 17, 2021

Ikan siakap masak cencuan tanpa taucu

 



Ikan siakap masak Cencuan tanpa taucu. Resepi mudah dan boleh dimasak menggunakan pelbagai jenis ikan seperti ikan kembung, ikan sardin dan ikan bawal hitam. Jika suka taucu atau kacang masin, boleh ditambah kepada masakan ini. Jika tidak suka, ikan masak cencuan in sudah cukup sedap. Moh kite masak masakan cina Ikan Masak Cencuan ini. Bahan-bahan Ikan Siakap Masak Cencuan 1 ekor ikan siakap 3 ulas bawang putih 2 biji bawang besar 3 biji bawang merah 1 biji cili merah Sedikit serbuk kunyit Sedikit garam 4 cawan/ 800ml air Sedikit air asam jawa. Minyak untuk menggoreng




Cara- cara memasak Ikan Cencuan

Bersihkan ikan dan potong.

Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Biarkan sektika.

Hiris nipis bawang merah dan bawang putih.

Potong bulat bawang besar.

Potong cili merah secara nipis memanjang.

Goreng ikan siakap sehingga garing. Angkat dan toskan.

Keluarkan minyak masak daripada kuali. Tinggalkan sedikit sahaja.

Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu.

Masukkan cili merah.

Masukkan air bawang besar.

Masukkan air asam jawa.

Masak sehingga bawang layu, masukkan air.

Biarkan mendidih dan masukkan ikan.

Masukkan garam secukup rasa.

Tutup api dan hidangkan.


Nota:

1.) Lebih sedap kalau ada cili hijau.

2. Boleh ditambah taucu jika suka taucu.

3. Guna asam keping/ gelugor ganti asam jawa pun sedap juga.


SHARE:

February 16, 2021

Ayam goreng kunyit sedap

Ayam goreng kunyit sedap
  Ayam goreng kunyit adalah satu masakan popular dan mudah. Walaupun mudah ianya tetap sedap dan boleh dinikmati pelbagai golongan termasukl...
SHARE:

February 14, 2021

Udang Kam Heong Chinese Style

Udang Kam Heong Chinese Style
Resepi dan cara memasak udang kam heong (kam heong prawn). Ia adalah resepi masakan kaum Cina yang sedap walaupun dimasak dengan pelbagai ma...
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig