keikhlasan adalah rencah utama

September 02, 2021

Bubur Asyura Kedah Utara

Bubur Asyura biasanya dimasak pada bulan Muharram. Ia adalah salah satu masakan sempena menyambut Hari Asyura. Biasanya ia dimasak beramai-ramai dan diagihkan kepada keluarga yang memasak serta ahli kariah. Ianya tidaklah wajib dan bukanlah sunnah tetapi sunnah bersedekah dan sunnah berjiran ada di situ.


Bagaimanapun, ia sudah menjadi suatu kebiasaaan. Bila masuk Muharram sahaja orang cari bubur asyura. Kalau tak dapat secara percuma, beli pun tidak mengapa. Bubur asyura pula terdapat pelbagai versi. Ada versi pantai timur, ada versi utara dan ada versi selatan. Ini di Malaysialah. Kalau di tempat lain, mungkin ada versi masing-masing atau mungkin tiada langsung bubur asyura ini. Versi utara biasanya manis dan penuh dengan kacang, jagung dan lain-lain. Versi pantai timur pula berempah dan ada daging. Manakala versi selatan adalah seperti bubur lambuk.


Moh kite masak bubur asyura utara!


Bahan-bahan Bubur Asyura


1 tin jagung kernel

1 tin jagung creamy manis

1 paket kacang merah manis

400g tepung beras

500g santan pekat

4 keping gula melaka/ kabung (350g)

1 cawan kacang hijau

1 cawan kacang merah (sederhana besar)

1 cawan kacang kuda

400g keledek

3 biji pisang

1 sudu teh garam

1.5 liter Air

3 helai daun pandan






Cara-cara


Basuh dan rendam kacang kuda, kacang merah dan kacang hijau selama sekurang-kurangnya 5-6 jam.


Rebus semua kacang sehingga lembut dan mudah dikunyah. Air sekadar melebihi sedikit paras kacang. Air rebusan kacang akan digunakan nanti.


Kupas ubi keledek dan basuh bersih. Potong dadu kecil-kecil kesemuanya dan rebus dengan air sekadar melebihi sedikit paras keledek. Air rebusan akan digunakan nanti.


Bancuh tepung beras dengan air dan santan sehingga sebati (tepung larut).

Tuang ke dalam kuali.


Ikat atau pintal daun pandan dan masukkan ke dalam kuali.


Pasang api sederhana dan mula memasak. 


Patahkan gula melaka kecil-kecil dan masukkan ke dalam kuali.


Masukkan 1 sudu teh garam.


Masak sehingga gula melaka larut.


Masukkan kacang rebus bersama air rebusan. Masukkan juga keledek rebus bersama air rebusannya.


Kacau selalu dan pastikan tidak melekat di dasar kuali.


Masukkan jagung creamy dan jagung kernel serta kacang merah manis. Kacang merah ini adalah kacang yang sama digunakan untuk cendol, abc dan sebagainya.


Masak dan kacau selalu sehingga likat. Jika sudah likat, lihat daun pandan telah berubah warna hijaunya kepada hijau yang layu. Bolehlah tutup api dan hidangkan.


Bolehlah dimakan panas-panas atau sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk jika suka yang sejuk dan beku. Beku bukan beku macam ais tetapi beku ala-ala puding.


Nota:


  1. sukatan ini boleh menghasilkan 4kg-5kg bubur asyura. Jadi bolehlah dibedak-bedak ke rumah jiran-jiran atau kawan-kawan. Rezeki dikongsi bersama.
  2. Manis bubur asyura ini memang secukupnya sahaja. Jika mahu lebih manis, seeloknya ditambah gula pasir.
  3. Terima kasih Cikgu Salina untuk resepi ini walaupun ada part-part derhaka resepi sedikit.
SHARE:

July 19, 2021

Resepi sup tulang dan gearbox

Resepi sup tulang dan gearbox
Sup tulang dan gearbox Setiap kali sembelihan dijalankan, seboleh-bolehnya setiap bahagian dimanfaatkan. Pastinya bahagian daging menjadi ke...
SHARE:

July 16, 2021

Resepi taugeh goreng kicap dengan daun kucai

Resepi taugeh goreng kicap dengan daun kucai
Taugeh adalah salah satu jenis sayur-sayuran yang asalnya adalah kacang. Biasanya ada 2 jenis taugeh dan dinamakan taugeh kecil/ halus dan ...
SHARE:

July 15, 2021

Resepi Ayam Tandoori Chicken

Resepi Ayam Tandoori Chicken
  Tandoori chicken atau ayam tandoori memang salah satu makanan yang mantap. Tambahan pula masa kena duduk di rumah, pastinya ia dirindui. D...
SHARE:

July 14, 2021

Resepi Patin tempoyak

Resepi Patin tempoyak
Patin tempoyak musim durian | tempoyak musing king ke? Durian ada pelbagai jenis. Durian kampung, D24, IOI, udang merah, musang king, duri h...
SHARE:

July 13, 2021

Resepi daging sapi padang asli

Resepi daging sapi padang asli
  Rendang daging sapi Padang cocok untuk Idul Adha Raya haji atau raya korban sudah semakin dekat. Ianya juga dikenali dengan nama Aidul  Ad...
SHARE:

July 12, 2021

Resepi Nasi Arab Mandy Kambing Lamb Mandy

Resepi Nasi Arab Mandy Kambing Lamb Mandy
  Nasi arab mandy kambing Bahan-bahan 1kg beras basmathi 1kg daging kambing 3 sudu minyak sapi 5 kuntum bunga lawang ...
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig