keikhlasan adalah rencah utama

August 19, 2020

Resepi ayam percik merecik

 



Ayam percik adalah ayam bakar yang dibakar dengan kuah percik. Kuah percik ini memang amat istimewa (special) kerana ia menambahkan kelazatan ayam bakar ini.

Merecik! Memang merecik ayam percik ni. Resepi yang mudah tetapi hasilnya begitu memuaskan. Moh kite cuba!


Bahan-bahan

4 ketul ayam bahagian peha & peha atas
3 cawan santan 
3 biji cili merah
10 biji cili api
5 batang serai
2 inci halia
5 ulas bawang putih
2 sudu teh garam
3 sudu gula
2 Sudu tepung jagung


Cara-cara

Bersihkan ayam yang telah dibelah 4. Sebaiknya ambil bahagian peha dan peha atas sahaja tetapi kalau suka bahagian isi atau dada, boleh juga.

Tuang santan ke dalam pengisar. 

Masukkan cili merah, cili api atau cili padi (cabe rawit), serai, halia (jahe) bawang putih, garam dan gula ke dalam pengisar (blender). 

Kisar (blend) sehingga halus kesemuanya. Sebaiknya bahan-bahan dipotong pendek atau kecil sebelum mengisar untuk memudahkan kisaran.

Masukkan ayam ke dalam mangkuk besar.

Tuang hasil kisaran ke dalam mangkuk dan perap sekurang-kurangnya 2 jam.

Setelah diperap, alihkan ayam ke dalam bekas lain.

Masukkan tepung jagung ke dalam kuah perapan tadi dan kacau rata.

Masakan sehingga pekat kuah percik itu.

Letak ayam ke atas pemanggang. Sapukan kuah percik ke atas ayam.

Bakar sehingga kuah kering dan terbalikkan/ alihkan ayam. Sapu kuah percik.

Bakar lagi dan ukangi proses bakar dan sapu kuah percik sehingga ayam masak.

Angkat ayam dan hidangkan bersama kuah percik.

Siap!


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

SHARE:

August 08, 2020

Resepi rendang pedas ayam

Resepi rendang pedas ayam
  Raya je ,pasti teringin lemang, ketupat dan rendang. Ada pelbagai jenis dan rasa rendang. INi mungkin kerana resepi yang berlainan. Kadar...
SHARE:

August 06, 2020

Resepi rendang maman Negeri Sembilan

Resepi rendang maman Negeri Sembilan
Authentic! Rendang maman Negeri Sembilan satu makanan atau masakan yang unik. Masakan rendang ini sebaiknya dimasak dengan ayam pencen atau...
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig