Resepi kerabu sotong masakan ala thai yang masam-masam dan pedas ini pastinya membuatkan kita tak sabar untuk menikmatinya. Bahan-bahannya pun senang sahaja dan masa penyediaannya tidaklah terlalu lama.
Yang penting halal dan thoyyib. Halalan thoyyiban. Moh kite cuba!
Bahan-bahan
3 ekor sotong besar (cumi-cumi)
2 batang serai
1 biji tomato (tomat)
1 biji limau nipis (kalau tak cukup, perah 2 biji)
1 biji bawang besar
2 biji cili api (cabe rawit)
7 helai daun limau purut (wajib)
1/2 sudu garam
1 batang kacang panjang (jika ada)
Cara-cara
Hiris serai nipis nipis. Masukkan ke dalam mangkuk.
Hiris bawang besar nipis nipis. Masukkan ke dalam mangkuk.
Potong dadu atau potong kecil tomato. Masukkan ke dalam mangkuk.
Potong cili api kecil kecil. Masukkan ke dalam mangkuk.
Cincang halus daun limau purut. Masukkan ke dalam mangkuk.
Potong atau hiris limau nipis. Perahkan ke dalam mangkuk.
Gaul rata kesemuanya.
Bersihkan sotong. Buang dakwat, kulit, tulang, telur dan mulutnya.
Potong kecil-kecil atau kalau pandai corakkan bolehlah potong bercorak.
Basuh dan masukkan ke dalam kuali. Panaskan dan biar airnya hampir kering.
Tutup api dan masukkan sotong ke dalam mangkuk. Gaul rata kesemuanya dan biar ia sebati.
Hidangkanlah dan nikmatilah.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama