keikhlasan adalah rencah utama

August 08, 2019

Resepi Puding Roti


Resepi puding roti yummy in sangat sedap dan mudah. Boleh dibuat untuk minum petang dan dinikmati bersama keluarga dan orang tersayang.
Moh kite buat!

Untuk video bagaimana cara membuatnya, sila klik link video di bawah




Resepi puding roti yang sedap dan mudah.

Apa menu nak masak hari ni? Apa nak buat time kena lock kat umah?

Masaklah resepi ini.
Bahan-bahan 10 keping roti 2 biji telur 100g kismis 50g atau 1/2 cawan gula 400ml atau 1 tin krimer sejat (susu cair) 1 sudu besar mentega 1 sudu teh esen vanilla Bahan-bahan sos kastad 400ml atau 1 tin krimer sejat 100ml atau 1/4 tin air (tin krimer tadi) 2 sudu gula 2 sudu tepung kastad.

Cara-cara

Bakar roti sehingga agak garing menggunakan pembakar roti (toaster), air fryer atau pun bakar atas pan sahaja. Jangan bakar terlalu garing sehingga hangus. Kalau hangus, nanti akan berasa pahit.

Potong empat roti yang telah dibakar. Boleh juga potong kepada kepingan atau bahagian yang lebih kecil.

Gaulkan kismis ke dalam bekas roti yang telah dipotong tadi.

Pukul telur bersama gula, esen vanilla dan susu sejat sehingga sebati.

Tuang hasil pukulan ke dalam bekas roti dan kacau rata.

Masukkan mentega yang telah dicairkan ke dalam bekas. Kacau atau gaul rata dan biarkan semuanya seketika agar diresap oleh roti.


Panaskan oven. Setelah panas, masukkan bekas roti ke dalam oven dan bakar. Gunakan suhu 180 darjah Celcius, api atas dan bawah serta set masa selama 25 minit.

Sementara menunggu siap, bolehlah buat sos kastad.


Cara-cara sos kastad

Tuang krimer sejat ke dalam periuk diikuti air, gula dan tepung kastad.

Kacau rata dan buka api.

Kacau sehingga mendidih dan likat. Tutup api.

Tuang ke dalam bekas roti yang telah siap dibakar.

Nikmatilah.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
SHARE:

August 06, 2019

Resepi daging masak merah

Resepi daging masak merah
Klik video di bawah, untuk melihat cara-cara masakan. //Malay Cara-cara masak daging masak merah. Daging masak merah sedap dimakan de...
SHARE:

August 05, 2019

Resepi nasi daging berempah

Resepi nasi daging berempah
Resepi nasi daging berempah ini asalnya diberi oleh seorang rakan tetapi telah diubah kepada beberapa versi yang menjadikannya lebih sed...
SHARE:

August 01, 2019

Resepi kuih Lepat ubi kayu

Resepi kuih Lepat ubi kayu
Lepat ubi kayu adalah satu makanan tradisional yang unik dan pastinya sedap. Ianya tidaklah terlalu sukar untuk disediakan dan hasilnya ...
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig