Moh kite masak!
Bahan Bahan:
1 pot beras
Segenggam ikan bilis (digoreng rangup)
10 ekor ikan bilis (ditumbuk agak halus)
1 kiub pati ikan bilis
10 batang kangkung (diambil bahagian lembut sahaja)
1 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
5 biji cili api (dipecahkan - guna belakang pisau)
Minyak masak/ zaitun
Garam secukup rasa
Cara cara:
1) Masak beras sehingga menjadi nasi.
2) Panaskan minyak di dalam kuali.
3) Tumis bawang putih dan bawang merah.
4) Masukkan cili api.
5) Masukkan ikan bilis yang ditumbuk serta pati ikan bilis dan garam secukup rasa.
6) Masukkan kangkung dan tunggu sehingga ia agak layu.
7) Masukkan nasi dan ratakan.
8) Masukkan ikan bilis goreng dan ratakan.
9) Siap.
Nota:
1) Boleh ditambah udang, sotong, daging dan ayam.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama