keikhlasan adalah rencah utama

June 24, 2021

Aiskrim yogurt strawberry ala ala la cremeria

 



Aiskrim memang sedap. Kena pulak tengah musim panas. Tekak mencari benda yang sejuk. Salah satunya aiskrimlah. Terdapat pelbagai jenama dan perisa aiskrim. Ada yang mahal atau harga kayangan dan ada yang murah atau harga marhaen. Antara jenama aiskrim yang popular adalah Nestle, Walls, Magnolia, Kings, Baskin-Robbins, McDonalds dan Tutti Fruiti. Antara aiskrim yang tidak ada jenama tetapi sangat popular adalah aiskrim Malaysia.

Perisa pulak ada pelbagai. Antaranya coklat, vanilla, jagung, durian, keladi, mint, blueberry, strawberry dan macam macam lagilah. Malah ada yang combine biskut dengan ais krim macam Oreo. Tealive pun ada ais krim boba.

Asyik membeli sahaja, ada baik cuba buat sendiri juga. Ilmu dipelajari dan dipraktikkan. Moh kite buat aiskrim strawberry dengan yogurt ala ala Nestle La Cremeria tu. 

Bahan-bahan

1 tin krimer sejat (susu cair)

1/3 tin krimer manis (susu pekat)

1 sudu teh perisa vanila

3 sudu yogurt asli

1 sudu adunan aiskrim/ krimwell (tak wajib)

1 sudu ovalett

1 sudu pes strawberi

3 sudu strawberry fruit topping



Cara-cara

Masukkan krimer sejat, krimer manis, perisa vanila, adunan aiskrim, ovalett dan pes strawberry ke dalam Food processor. Jika tiada food processor, guna mixer atau pengisar (blender) pun boleh. 

Pukul sehingga kembang dan halus. Sekiranya menggunakan food processor, kira-kira 10 minit.

Masukkan yougurt dan kacau rata. Sekiranya mahu lebih masam, tambah lagi sukatan yogurt.

Masukkan strawberry topping. Masukkan setiap sudu di bahagian berbeza.

Tuangkan ke dalam bekas yang ada penutup.

Simpan di dalam peti sejuk bahagian beku (freezer) selama 12 jam atau semalaman.

Boleh dinikmati begitu sahaja atau dengan kon aiskrim atau dengan roti atau dengan apa sahaja.

Selamat mencuba!


SHARE:

June 21, 2021

Jantung pisang masak lemak

Jantung pisang masak lemak
  Pokok pisang adalah salah satu pokok yang mempunyai banyak kegunaan. Umbutnya boleh dibuat kerabu, bahagian tengah batangnya boleh dibuta ...
SHARE:

June 20, 2021

Asam pedas ayam

Asam pedas ayam
Asam pedas memang salah satu makanan yang sangat popular di Malaysia. Negeri yang paling terkenal dengan asam pedas adalah Melaka. Melaka te...
SHARE:

June 19, 2021

Sambal sotong pedas

Sambal sotong pedas
  Sotong adalah salah satu makanan laut yang sedap. Cara menangkap sotong yang mudah mungkin adalah dengan menggunakan pukat tetapi pada mus...
SHARE:

June 18, 2021

Hati lembu masak rempah

Hati lembu masak rempah
  Makan hati berulam jantung. Itu adalah salah satu peribahasa Melayu yang menggambarkan kesedihan disebabkan sesuatu perkara. Makan hati ay...
SHARE:

June 17, 2021

Pecal atau gado gado dengan kanji

Pecal atau gado gado dengan kanji
  Pecal atau juga dikenali sebagai gado-gado adalah makanan yang menggunakan pelbagai sayur-sayuran sebagai bahan utamanya. Dimakan bersama ...
SHARE:

June 16, 2021

Ayam masak ketumbar

Ayam masak ketumbar
  Ayam bermacam ayam. Ada ayam daging, ayam telur, ayam katik, ayam kampung, ayam hutan, ayam belanda dan ayam tua. Setiap jenis ayam tu ada...
SHARE:

June 15, 2021

Sayur Pak Choy goreng Sos Tiram

Sayur Pak Choy goreng Sos Tiram
  Sayur-sayuran adalah salah satu komponen penting dalam gizi pemakanan seharian. Jadi pastikan ia menjadi salah satu hidangan dalam makanan...
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig