Ikan merah memang mengambil nama daripadanya badannya yang berwarna merah. Ia adalah sejenis ikan laut tetapi ia berbeza dengan ikan siakap merah. Itu adalah ikan lain.
Ada pelbagai jenis masakan dan resepi ikan merah. Kebiasaannya ia dimasak gulai atau kari terutamanya bahagian kepalanya. Memang ia adalah satu kari kepala ikan yang paling sedap terutamanya jika ikan itu besar. Namun, ia boleh juga digoreng, dibakar atau dimasak sup. Jika digoreng sebaiknya makan ketika panas dan masih garing. Sediakan sambal hijau, pastinya menyelerakan.
Sup ikan merah bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak malah orang dewasa pun suka. Adabi ada pulak keluarkan sup bunjut ikan. Rasanya sup bunjutnya sama sahaja. Cuma dalam bungkusan terdapat buah keras, daun salam, kulit kayu manis dan buah pelaga. Jadi kalau beli sup bunjut biasa, boleh tambah bahan-bahan tu. Kalau tak nak tambah pun tak apa. Moh kite masak resepi sup ikan merah.
Bahan-bahan
1 ekor ikan merah
1 paket sub bunjut ikan (sup bunjut biasa pun boleh)
5 ulas bawang putih
1 batang seleri
3 kuntum bunga lawang
5 cawan air
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
Cara-cara
Bersihkan ikan dan potong 3-4 bergantung pada saiz ikan.
Hiris bawang putih nipis-nipis.
Hiris seleri nipis-nipis.
Potong daun sup dan daun bawang pendek-pendek.
Basuh bunga lawang.
Panaskan minyak masak di dalam kuali.
Tumis bunga lawang sehingga naik bau.
Masukkan bawang putih dan tumis sehingga sedikit layu.
Tuang air kesemuanya.
Masukkan semua isi di dalam paket sub bunjut seperti daun salam, kulit kayu manis, buah keras dan buah pelaga.
Masukkan seleri. Masak semuanya sehingga mendidih.
Masukkan ikan merah. Biarkan seketika sehingga agak-agak bahagian bawah sudah masak. Alihkan ikan dan masak lagi.
Masukkan daun sup dan daun bawang.
Masukkan garam dan kacau rata.
Tutup api dan hidangkan.
Nota:
1) Jika ingin pedas, boleh tambah lada hitam ketika memasak atau cili kicap ketika makan.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama