keikhlasan adalah rencah utama

August 19, 2020

Resepi ayam percik merecik

 



Ayam percik adalah ayam bakar yang dibakar dengan kuah percik. Kuah percik ini memang amat istimewa (special) kerana ia menambahkan kelazatan ayam bakar ini.

Merecik! Memang merecik ayam percik ni. Resepi yang mudah tetapi hasilnya begitu memuaskan. Moh kite cuba!


Bahan-bahan

4 ketul ayam bahagian peha & peha atas
3 cawan santan 
3 biji cili merah
10 biji cili api
5 batang serai
2 inci halia
5 ulas bawang putih
2 sudu teh garam
3 sudu gula
2 Sudu tepung jagung


Cara-cara

Bersihkan ayam yang telah dibelah 4. Sebaiknya ambil bahagian peha dan peha atas sahaja tetapi kalau suka bahagian isi atau dada, boleh juga.

Tuang santan ke dalam pengisar. 

Masukkan cili merah, cili api atau cili padi (cabe rawit), serai, halia (jahe) bawang putih, garam dan gula ke dalam pengisar (blender). 

Kisar (blend) sehingga halus kesemuanya. Sebaiknya bahan-bahan dipotong pendek atau kecil sebelum mengisar untuk memudahkan kisaran.

Masukkan ayam ke dalam mangkuk besar.

Tuang hasil kisaran ke dalam mangkuk dan perap sekurang-kurangnya 2 jam.

Setelah diperap, alihkan ayam ke dalam bekas lain.

Masukkan tepung jagung ke dalam kuah perapan tadi dan kacau rata.

Masakan sehingga pekat kuah percik itu.

Letak ayam ke atas pemanggang. Sapukan kuah percik ke atas ayam.

Bakar sehingga kuah kering dan terbalikkan/ alihkan ayam. Sapu kuah percik.

Bakar lagi dan ukangi proses bakar dan sapu kuah percik sehingga ayam masak.

Angkat ayam dan hidangkan bersama kuah percik.

Siap!


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

SHARE:

August 08, 2020

Resepi rendang pedas ayam

Resepi rendang pedas ayam
  Raya je ,pasti teringin lemang, ketupat dan rendang. Ada pelbagai jenis dan rasa rendang. INi mungkin kerana resepi yang berlainan. Kadar...
SHARE:

August 06, 2020

Resepi rendang maman Negeri Sembilan

Resepi rendang maman Negeri Sembilan
Authentic! Rendang maman Negeri Sembilan satu makanan atau masakan yang unik. Masakan rendang ini sebaiknya dimasak dengan ayam pencen atau...
SHARE:

June 17, 2020

Resepi sup ikan merah

Resepi sup ikan merah
Ikan merah memang mengambil nama daripadanya badannya yang berwarna merah. Ia adalah sejenis ikan laut tetapi ia berbeza dengan ikan ...
SHARE:

June 15, 2020

Resepi ayam bakar air fryer

Resepi ayam bakar air fryer
Resepi ayam bakar air fryer yang mudah dan sedap. Bahan perapan boleh menjadi sos ayam pula. Jadi tiada pembaziran hanya kesedapan. Moh kite...
SHARE:

June 09, 2020

Resepi burnt cheese cake

Resepi burnt cheese cake
Burnt cheesecake ataupun kek keju hangus adalah kek yang agak pelik. Rupanya tidak cantik tetapi rasanya amat memikat terutama bagi penggema...
SHARE:

June 07, 2020

Resepi nasi goreng tomyam daging

Resepi nasi goreng tomyam daging
  Tom yam ataupun tom yum adalah salah satu makanan yang berasal daripada Thailand. Thailand juga dikenali sebagai Siam. Jadi tidak hairanla...
SHARE:

May 28, 2020

Resepi kerabu Sotong

Resepi kerabu Sotong
Resepi kerabu sotong masakan ala thai yang masam-masam dan pedas ini pastinya membuatkan kita tak sabar untuk menikmatinya. Bahan-bahannya p...
SHARE:

May 28, 2020

Resepi sotong stim limau

Resepi sotong stim limau
Moh kite memasak atau masak-masak Resepi atau resep sotong stim limau ala thai sawadee ini saya ambil ketika merasa keenakannya di sebuah re...
SHARE:

May 28, 2020

Resepi ayam goreng mamak ala KFC

Resepi ayam goreng mamak ala KFC
Ayam goreng mamak biasanya memang sedap dan best. Kalau nak puas hati dan harga yang lebih murah daripada KFC atau McDonald, biasanya orang ...
SHARE:

May 28, 2020

Resepi ayam masak Palembang

Resepi ayam masak Palembang
Ayam masak palembang ini adalah salah satu masakan teristimewa. Amat rindu dalam hati untuk menikmatinya. Resepi (resep) ayam masak palemban...
SHARE:

May 27, 2020

Resepi mi megi goreng sedap ala mamak

Resepi mi megi goreng sedap ala mamak
Kalau mi macam ni je sinonim dengan perkataan megi. Nasib la jenama lain tu sebab kalau orang order je tetap sebut megi goreng atau megi...
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig