Sup adalah satu masakan mudah yang enak. Cara masakan mungkin berbeza-beza. Ada yang menumis dahulu dan ada juga yang terus merebus. Apa pun kaedahnya, ia adalah masakan berkuah yang sedap terutama dimakan ketika masih panas. Ianya boleh dimakan dengan nasi, nasi himpit bihun dan mi tetapi ia bergantung pada bahan-bahan yang dibubuh ketika memsaaknya.. Ianya boleh juga dihirup begitu sahaja. Cubalah.
Moh kite masak!
Bahan bahan
1/2 kg daging
2 batang seleri
1 biji lobak merah
2 biji ubi kentang
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu teh jintan putih
3 kuntum bunga lawang
1 kulit kayu manis
daun sup
daun bawang
garam
5 cawan air
Cara cara
Bersihkan daging dan potong kecil-kecil. Basuh dan toskan.
Hiris bawang putih nipis-nipis.
Potong halia kecil melidi.
Potong lobak merah nipis nipis secara membulat.
Potong dadu ubi kentang kecil-kecil.
Potong selere nipis-nipis.
Potong daun sup dan daun bawang kecil kecil.
Rebus seketika lobak merah dan buang airnya.
Masukkan daging, jintan putih, seleri,, bawang putih, air, bunga lawang, kulit kayu manis
dan halia ke dalam periuk.
Buka api dan tutup periuk. Tunggu sehingga mendidih.
Masukkan lobak merah dan kentang dan tutup periuk semula. Biarkan sekatika dan kacau sekali-sekala.
Masukkan garam secukup rasa. Kacau rata dan biar ia sebati sebelum menutup api.
Tutup api dan masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau rata.
Sedia dihidang.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama