keikhlasan adalah rencah utama

July 28, 2019

Resepi Bubur lambuk


Bubur lambuk popular terutamanya di bulan Ramadhan. Ia sebenarnya adalah bubur nasi yang dicampur rempah dan santan. Terdapat kepelbagaian cara dan rasa bubur lambuk. Ini cara saya. cubalah!

Moh kite masak!

Untuk video cara-cara memasak, sila klik pautan di bawah.



Bahan-bahan

200g daging kisar
1 pot beras
santan 1 biji kelapa
1 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga
3 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan putih
1/2 jaq air
garam secukup rasa

Cara-cara

Masukkan beras yang telah dibasuh ke dalam periuk.

Masukkan jintan putih, bawang putih,  bunga lawang dan buah pelaga.

Kemudian, masuk 1/2 jag air. Pasang api dan tutup periuk.

Apabila sudah mendidih, buka penutup dan masukkan daging kisar. Tutup semula periuk.

Tutup dan buka periuk sekali sekala untuk melihat keadaan nasi.

Setelah beras menjadi nasi, masukkan santan, kacau rata dan tutup periuk semula.

Masak sehingga nasi mengembang dan pecah daripada keadaan asalnya.

Masukkan garam secukup rasa dan gaul rata. Tutup kembali periuk.

Setelah nasi pecah dan hancur, bolehlah masukkan daun bawang dan sup. Gaul rata dan tutup api.

Hidangkanlah.


Nota:

Boleh juga menggunakan daging yang dipotong kecil bagi menggantikan daging kisar.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

SHARE:

July 24, 2019

Resepi ayam masak merah kenduri kacang hijau

Resepi ayam masak merah kenduri kacang hijau
Ayam masak merah kenduri kacang hijau memang sedap tak terkata. Kenduri-kendara seolah-olah tidak cukup lengkap tanpa ayam masak merah....
SHARE:

July 22, 2019

Resepi Ayam Lemon

Resepi Ayam Lemon
Resep ayam lemon enak banget ini adalah resepi yang dikongsi oleg seorang rakan iaitu Azlin Azmi. Cuma ada sedikit pengub...
SHARE:

July 14, 2019

Resepi udang goreng nestum

Resepi udang goreng nestum
Resepi Nestum Cereal Butter Prawn ini diberi oleh seorang rakan hanya kerana dia telah memaparkan hasil masakannya di Instagram. Gambar...
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig