BAHAN AIR ASAM KERISIK
5 biji cili merah
5 biji cili api merah
3 sudu pes asam jawa Adabi
5 sudu kerisik
2 sudu teh garam bukit pink Halagel
7 sudu gula
1 biji limau nipis
1 sudu teh belacan
1/2 cawan air
1kg tomato
3 biji bawang besar
CARA BUAT AIR ASAM KERISIK
- hiris tomato nipis-nipis dan masukkan ke dalam Food Processor dengan mata plastik. Blend seketika dan jangan terlalu hancur. Jika tiada Food Processor, boleh tumbuk menggunakan lesung baru tetapi jangan terlalu hancur.
 - Hiris bawang besar nipis-nipis dan satukan dengan tomato tadi.
 - Perahkan limau nipis ke dalam pengisar dan kisar bersama bahan lain sehingga halus. Jangan kisar limau nipis dengan hanya membuang kulitnya kerana bahagian dalamnya juga boleh mengakibatkan rasa pahit.
 - Tuangkan hasil kisaran ke dalam bekas tomato dan bawang tadi. Gaul rata.
 - Dah siap!!
 
BAHAN-BAHAN REBUSAN DAGING
2kg daging yang dipotong kecil
5 sudu teh serbuk lada hitam
7 biji buah pelaga
7 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 cebis kulit kayu manis
Secubit jintan putih
2 kiub ayam Adabi
3 sudu teh garam bukit pink Halagel
Air
CARA REBUS/ BUAT SUP DAGING
- Rebus daging bersama semua bahan menggunakan pressure cooker dengan setting high pressure selama 45 min. Jika tiada pressure cooker, rebus daging dengan semua bahan KECUALI GARAM selama sekurang-kurangnya 2.5jam. Setelah daging lembut, baru masukkan garam.
 - Siap dah!
 
BAHAN-BAHAN NASI DAGING
1kg beras basmathi pusa cream
7 biji buah pelaga
7 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 cebis kulit kayu manis
Secubit jintan putih
1 biji lada benggala (capsicum)
1/2 batang seleri
1/4 biji lobak merah (carrot)
3 sudu teh garam bukit pink Halagel
7 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
7 sudu teh serbuk kurma Adabi
2 sudu besar minyak sapi GeeBlend
Air
CARA MASAK NASI DAGING
- Rendam beras basmathi sekurang-kurangnya 1 jam. Sebaiknya rendam sebelum atau semasa rebus daging. Bila daging dah siap, masa rendaman pun dah cukup.
 - Hiris bawang putih, bawang merah dan halia nipis-nipis.
 - Kisar semua bahan lain (selain beras, halia dan bawang) dengan sedikit air kecuali bunga lawang dan minyak sapi.
 - Panaskan minyak sapi dan tumis bawang, halia serta bunga lawang sehingga naik bau dan bawang layu.
 - Masukkan hasil kisaran dan tumis sehingga pecah/ naik minyak.
 - Toskan beras dan masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan rempah yang telah dimasak tadi.
 - Masukkan 600ml air rebusan daging dan 600ml air. Sukatan untuk 1kg beras adalah 1.2 liter air. Lebih sikit tidak mengapa.
 - Masak nasi dan sekali sekala kacau sehinggalah masak.
 - Siap!
 
NOTA:
- Sukatan nasi adalah untuk 12 orang makan (tanpa bertambah)
 - Jika ingin berniaga, asingkan daging dengan sup sebelum masukkan bawang goreng, daun sup & sebatang serai ke dalam sup. Daun bawang akan kembang dan kurang cantik jika bercampur dengan daging. Kalau untuk makan sendiri belasah aje lah!
 - Nak lagi sedap, masak nasi bersama daging. Lebihkan sedikit air. Cuma kalau ingin bernjaga, susah nak control sukatan daging jika buat cara ini.
 

