keikhlasan adalah rencah utama

February 22, 2020

Resepi rempeyek kacang tanah ikan bilis



Resepi (resep) rempeyek atau tempeyek atau peyek yang diberikan oleh ibu. Sebenarnya ada juga resepi lain yang menggunakan tepung beras dan kapur makan. Rempeyek adalah salah satu kuih raya yang amat popular. Boleh dikatakan setiapa kali raya mesti ada rempeyek di mana-mana sahaja. Kini, ia bukan sahaja boleh didapati pada musim hari raya malah boleh sentiasa didapati di kedai-kedai yang menjual kerepek. Jadi resepi kuih (kue) raya ini juga adalah amat popular kerana ia juga adalah salah satu kuih raya yang paling mudah untuk dibuat.

Moh kite buat kuih!
Bahan-bahan
500g tepung jagung
1 sudu makan lada hitam
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan ketumbar
3 sudu makan cili boh
1 cawan santan pekat
Sedikit garam
Sedikit air
Sedikit ikan bilis
Sedikit kacang tanah

Cara-cara
Bancuh kesemua bahan kecuali ikan bilis dan kacang tanah.

Pastikan bancuhan tidak terlalu cair dan tidak
terlalu likat.
Panaskan minyak dan letakkan acuan. Ini untuk memastikan bancuhan tidak melekat pada acuan.
Angkat acuan daripada dalam minyak panas dan tuang bancuhan menggunakan senduk ke atas acuan.
Untuk memastikan nipis dan rangup, tuang semula bancuhan di atas acuan ke dalam mangkuk. Guna hanya yang melekat pada acuan.
Letakkan ikan bilis dan kacang.
Goreng sehingga kacang dan ikan bilis masak/ garing.
Angkat dan makan.
Selamat mencuba!
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig