keikhlasan adalah rencah utama

August 06, 2020

Resepi rendang maman Negeri Sembilan



Authentic! Rendang maman Negeri Sembilan satu makanan atau masakan yang unik. Masakan rendang ini sebaiknya dimasak dengan ayam pencen atau atam tua kerana isinya yang pejal akan menjadikan masakan ini lebih sedap. Begitupun, boleh juga dimasak dengan ayam kampung atau ayam daging. Cuma kalau guna ayam daging, seeloknya bahagian bertulang sahaja. Jika memasak dengan ayam daging, isi ayam akan menjadi begitu lembut tetapi masih sedap juga.

 

Moh kite cuba! 

Bahan-bahan
 
1 ekor ayam (bahagian bertulang) 1 ikat daun maman 3 batang serai 1 inci kunyit hidup 3 keping asam gelugor 10 biji cil api (cabe rawit) 7 cawan santan cair 2 cawan santan separa cair 1 cawan santan pekat garam secukup rasa


Cara-cara

Bersihkan ayam. Buang bulu ayam yang masih melekat pada kulit dan buang lemak-lemak yang tidak perlu.

Siang atau potong daun maman pendek-pendek. Jika ada, gunakan lebih banyak daun maman. Basuh bersih kesemuanya.

Ketuk serai kesemuanya.

Tumbuk atau gesek cili api menggunakan lesung batu bersama sedikit garam.

Buang kulit kunyit hidup dan tumbuk bersama cili api tadi.

Masukkan ayam, serai yang telah diketuk, cili api dan kunyit yang telah ditumbuk ke dalam periuk. Masukkan juga santan cair dan asam keping.

Masak sehingga mendidih, masukkan daun maman. Masukkan perlahan-lahan agar pahit daun maman tidak meresap ke dalam kuah.

Kacau perlahan-lahan sahaja dan tidak perlu terlalu kerap.

Setelah kuah menjadi sedikit, masukkan santan separa pekat dan masak lagi.

Setelah kuah berkurang lagi, masukkan santan pekat dan garam.

Masak sehingga kuah berkurangan dan agak kering sebelum menutup api.

Siap!

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube 'moh kite'
Keikhlasan adalah rencah utama




 
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig