keikhlasan adalah rencah utama

August 08, 2020

Resepi rendang pedas ayam

 

Raya je ,pasti teringin lemang, ketupat dan rendang. Ada pelbagai jenis dan rasa rendang. INi mungkin kerana resepi yang berlainan. Kadar penggunaan bahan-bahan dan bahan-bahan itu sendiri mungkin menyebabkan rasa yang berlainan. Ditambah pula dengan 'air tangan' si pembuat atau pemasak rendang.Yang pasti rendang kenalah lemak, pedas dan sedap. Tidak kiralah berkuah ataupun kering sehinggalah ke tahap serunding.

Ini adalah resepi rendang pedas ayam yang best.

Moh kite cuba! Rendang ayam yang super mantap dan sedap.
Bahan-bahan 1 ekor ayam 1 sudu kerisik 7 batang serai 3 inci halia 1/2 inci lengkuas 1 sudu serbuk kunyit 3 helai daun kunyit 1 biji bawang besar 3 sudu cili giling/ boh 1 cawan santan pekat 7 cawan santan cair (2 cawan santan pekat dicairkan kepada 7 cawan) Garam secukup rasa


Cara-cara

Bersihkan ayam. Seeloknya ayam dipotong kecil-kecil.

Hiris serai nipis-nipis.

Potong atau cincang halia kecil-kecil.

Hiris/ rincik daun kunyit halus-halus.

Kisar sehingga halus bawang besar, lengkuas, kerisik, serbuk kunyit, cili giling, sebahagian serai yang telah dihiris dan sebahagian halia yang telah dipotong kecil bersama santan cair.

Letak ayam yang telah dibersihkan ke dalam kuali.

Masukkan serai dan halia yang tidak dikisar.

Tuang hasil kisaran ke dalam kuali. Tuang juga lebihan santan cair.

Letak kuali di atas dapur dan nyalakan api.

Masak sehingga kuah pekat dan tinggal sedikit.

Tuang santan pekat ke dalam kuali dan kacau rata.

Masak lagi sehingga kuah pekat dan masukkan hirisan daun kunyit.

Kacau rata dan biar kuah agak kering sebelum menutup api.

Terpulang jika ingin kuah banyak, sedikit ataupun kering terus.

Siap!
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig