keikhlasan adalah rencah utama

March 13, 2020

Resepi sambal tumis sotong petai




Moh kite masak sambal petai sotong (cumi-cumi) pula. Bagi penggemar petai, ianya pasti sukar dilepaskan. Sambal sotong saja dah best. Ini pulak ditambah dengan penaik selera bernama petai. Resepi (resep) ini pastinya menggiurkan dan mengecurkan.

Bahan-bahan
4 ekor sotong sederhana besar (cumi-cumi)
7 sudu cili giling (cili boh)
1 mangkuk kecil isi petai (pete)
1 biji bawang besar
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh pes asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit gula (jika mahu)
Cara- cara


Basuh tangan bersih-bersih. Ambil wudhu’ lagi bagus.
Siang sotong, bersihkan dan toskan.

Hiris bawang merah dan bawang putih.
Potong bulat bawang besar.

Belah dua isi petai.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu.
Masukkan cili giling dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan bawang besar dan petai. Masak sehingga bawang besar sedikit layu.
Masukkan pes asam jawa. Kacau rata.
Masukkan sotong dan kacau rata.
Setelah mendidih masukkan garam dan gula (jika mahu).
Kacau rata sehingga sebati.
Tutup api dan hidangkanlah.
Nota:

1. sedap dimakan dengan nasi lemak
2. Sesuai juga sebagai hidangan berbuka puasa (iftar)


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
SHARE:

May 19, 2018

Resepi Sotong goreng kunyit

Resepi Sotong goreng kunyit
Kunyit agak popular dalam masakan di Malaysia. Biasanya ia digunakan untuk menggoreng lauk pauk seperti ikan, sotong (cumi atau gurita) ...
SHARE:

August 02, 2013

Resepi Sotong Masak Pedas

Resepi Sotong Masak Pedas
Moh Kite masak! Bahan Bahan: 1/2 kg sotong (dipotong/ dihiris bulat) 10 tangkai cili kering (direbus & dik...
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig