Berpagi-pagian dengan perut yang lapar di hujung minggu. Kena pulak malas nak keluar tetapi malas juga hendak memasak makanan yang agak berat. Jadi masakan mudah dan cepat seperti cucur ikan bilis ini amat sesuai. Dipasangkan pula dengan teh 'o' atau kopi 'o' panas, pastinya kudapan ini amat sesuai dan menyenangkan juga mengenyangkan.
moh kite masak!
Bahan bahan
1 genggam ikan bilis
2 cawan tepung gandum
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam (jika perlu)
air
Sos cili atau sos tomato
Cara cara
Bersihkan ikan bilis, basuh dan toskan.
Kisar ikan bilis dalam pengisar kering sehingga agak halus. Jangan kisar sehingga terlalu halus.
Masukkan tepung ke dalam mangkuk.
Masukkan hasil kisaran bersama air ke dalam mangkuk. Gaul rata. Jumlah air adalah mengikut kesesuaian agar hasil bancuhan tidak terlalu pekat atu terlalu cair.
Masukkan sedikit garam jika perlu kerana biasanya ikan bilis sudah ada kemasinannya sendiri. Jika ditambah garam mungkin akan menjadi lebih masin.
Masukkan serbuk kunyit dengan kadar amat sedikit yakni sekadar di hujung sudu dan gaul rata.
Panaskan minyak masak di dalam kuali.
Masukkan hasil bancuhan dengan kadar kecil satu demi satu. Rupa cucur terpulang pada tukang masak sama ada hendak ianya berbentuk bulat, panjang atau apa sahaja.
Apabila susah agak kuning, alihkan dan pisah cucur antara satu sama lain. Tunggu sehingga masak dan sedikit kekuningan (garing) dan angkat.
Seterusnya, masukkan pula baki bancuhan sehinggalah habis.
Hidangkan bersama sos cili atau sos tomato sebagai cicahan.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
No comments
Post a Comment